Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Melayari Internet tanpa meninggalkan jejak

Imej
Tahukah anda, pelayar-pelayar web (web browser) versi terkini seperti Mozilla Firefox 3.5.5+ dan Ms Internet Explorer 8+ membolehkan kita melayari Internet tanpa meninggalkan jejak, sama ada history, cache, dan cookie? Apakah itu jejak pelayaran, cookie, cache? Masih baru dalam dunia Internet? Dapatkan buku Internet untuk Semua di kedai buku berdekatan anda. Mozilla Firefox 3.5.5 dan versi terkini Maklumat lanjut layari http://en-us.www.mozilla.com/en-US/firefox/features/#private-browsing Sometimes it’s nice to go undercover. When this feature is enabled, you won’t leave a single browsing fingerprint behind for others to discover. You can slip in and out of private browsing mode quickly, so it’s easy to return to what you were doing before as if nothing ever happened (you can also browse privately all the time). Ikuti langkah2 berikut. 1) memulakan sesi pelayaran private 2) sahkan 3) sahkan jika anda sedang melayari apa-apa laman web dalam mod biasa 4) sesi pelayaran pri

Membina Blog Peribadi

Imej
Membina blog adalah lebih mudah daripada membina laman web peribadi satu ketika dahulu. Blog juga merupakan satu bentuk laman web kecuali kandungannya adalah dinamik, biasanya menggunakan pangkalan data SQL (apa-apa jenis), dan layout halaman di kawalan oleh fail CSS. Untuk maklumat lanjut (takrifan dan sebagainya) mengenai blog, sila rujuk artikel Wikipedia ( dalam bahasa Inggeris, lebih lengkap ) atau ( dalam bahasa Melayu ) atau ( dalam bahasa Inggeris mudah ). Blog dibina dengan menggunakan bahasa skrip sama ada PHP, ASP dan apa-apa bahasa pengaturcaraan Web dan pangkalan data SQL atau menggunakan fail teks. Jika anda mahu menggunakan hos yang menawarkan servis blog secara percuma, anda tidak perlu fikirkan perkara ini. Walau pun melanggan hos pelayan web berbayar, anda juga tidak perlu bersusah payah membangunkan program blog. Berikut adalah pilihan untuk anda sama ada menggunakan hos berbayar atau percuma: Hos Percuma : Blogger , Wordpress , Live Journal dan banyak lagi. H

Program menukar wallpaper Windows

Imej
Konsep bagaimana membangunkan program untuk menukar wallpaper desktop windows. Kod atur cara ditulis dalam Visual Basic .NET. Jika anda hanya berminat dengan program siap, anda boleh baca dan muat turun program DeztopWP di http://blogkaryait.wordpress.com/2009/06/23/deztopwp-2-2-penukar-wallpaper-automatik/ . Pemboleh ubah Global Private WPFile As String = My.Computer.Registry.GetValue( _ "HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop", "Wallpaper", Nothing) Private Const SPI_SETDESKWALLPAPER As Integer = &H14 Private Const SPIF_UPDATEINIFILE As Integer = &H1 Private Const SPIF_SENDWININICHANGE As Integer = &H2 Private Declare Auto Function SystemParametersInfo Lib _ "user32.dll" (ByVal uAction As Integer, ByVal uParam As Integer, _ ByVal lpvParam As String, ByVal fuWinIni As Integer) As Integer Prosedur penukaran Private Sub SetWallpaper(ByVal WPImej As Image) Dim imageLocation As String imageLocation = My.Computer.FileSystem.Combin

VB.net : Tarikh dan Kalendar Hijrah

Imej
Membangunkan aplikasi yang boleh memaparkan tarikh hijrah atau apa-apa tarikh dalam kalandar lain agak mudah dalam platform .NET. .NET Framework dibina dengan sokongan untuk globalisasi iaitu sokongan bahasa, bentuk huruf dan simbol-simbol tempatan. .NET framework membekalkan kelas Calendar dan juga implementasi kelas-kelas berikut. • ChineseLunisolarCalendar • EastAsianLunisolarCalendar • GregorianCalendar • HebrewCalendar • HijriCalendar • JapaneseCalendar • JapaneseLunisolarCalendar • JulianCalendar • KoreanCalendar • KoreanLunisolarCalendar • PersianCalendar • TaiwanCalendar • TaiwanLunisolarCalendar • ThaiBuddhistCalendar • UmAlQuraCalendar Untuk kalendar Hijri, dua algoritma boleh digunakan iaitu HijriCalendar dan UmAlQuraCalendar. Adalah dicadangkan supaya menggunakan algoritma UmAlQuraCalendar kerana ia lebih tepat. Rujukan yang perlu: Imports System.Globalization Imports System.Text Imports System.Threading

Internet untuk Semua

Imej
Buku panduan Internet yang lengkap untuk semua tahap pengguna. Panduan yang jelas dan ringkas bersama gambar-gambar rajah, memudahkan pemahaman. Bermula daripada asas-asas Internet masa kini yang patut diketahui (sedikit teknikal), teknik-teknik sambungan ke Internet, ke kepelbagaian penggunaan Internet. Menggunakan pelayar web terkini, mendedahkan fungsi-fungsi terkini yang perlu anda diketahui. Membantu anda mencari di Internet dengan teknik carian yang lebih efektif. Mencari, memuat turun atau berkongsi fail dengan mudah dan efisen sama ada menerusi pelayar atau aplikasi P2P dan torrent. Memberikan panduan lengkap penggunaan e-mel serta keselamatan-nya. Pelbagai tip dan cara selamat berurus niaga menerusi e-dagang. Tajuk : Internet untuk Semua Penulis : Khairul Anuar Mohammad Penerbit : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd. ISBN : 978967506515-6 Cara Beli : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd. ATAU terus dari penulis.