Program menukar wallpaper Windows


Konsep bagaimana membangunkan program untuk menukar wallpaper desktop windows. Kod atur cara ditulis dalam Visual Basic .NET. Jika anda hanya berminat dengan program siap, anda boleh baca dan muat turun program DeztopWP di http://blogkaryait.wordpress.com/2009/06/23/deztopwp-2-2-penukar-wallpaper-automatik/.

Pemboleh ubah Global

Private WPFile As String = My.Computer.Registry.GetValue( _
"HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop", "Wallpaper", Nothing)
Private Const SPI_SETDESKWALLPAPER As Integer = &H14
Private Const SPIF_UPDATEINIFILE As Integer = &H1
Private Const SPIF_SENDWININICHANGE As Integer = &H2
Private Declare Auto Function SystemParametersInfo Lib _
"user32.dll" (ByVal uAction As Integer, ByVal uParam As Integer, _
ByVal lpvParam As String, ByVal fuWinIni As Integer) As Integer

Prosedur penukaran
Private Sub SetWallpaper(ByVal WPImej As Image)
Dim imageLocation As String
imageLocation = My.Computer.FileSystem.CombinePath(My.Computer.FileSystem.SpecialDirectories.MyPictures, WPFile)
Try
WPImej.Save(imageLocation, System.Drawing.Imaging.ImageFormat.Bmp)
SystemParametersInfo(SPI_SETDESKWALLPAPER, 0, imageLocation, _
SPIF_UPDATEINIFILE Or SPIF_SENDWININICHANGE)

If Not (WPImej Is Nothing) Then
WPImej.Dispose()
WPImej = Nothing
End If
Catch Ex As Exception
'mesej jika ralat
End Try
End Sub

Panggilan
SetWallpaper(Image.FromFile(lokasi penuh fail gambar))

Contoh program yang telah dihasilkan, DeztopWP 2.2. Sebuah program menukar wallpaper Windows secara automatik. Ia boleh menukar wallpaper secara rawak dan mengikut senarai dalam sela masa yang ditetapkan dan secara berjadual atau tetap. Untuk menjimatkan sumber ia juga boleh dilarikan semasa Windows Startup, menukar wallpaper secara rawak atau senarai dan kemudian keluar (aplikasi tamat). Senarai wallpaper disusun dengan kemas menerusi album wallpaper, ia adalah seperti playlist Mp3 Winamp dan iTunes di mana anda juga boleh memilih untuk mengguna atau tidak sesuatu wallpaper dalam album. Begitu juga dengan senarai jadual, anda boleh pilih sama anda untuk melaksanakannya atau tidak. Banyak ciri penukaran wallpaper yang boleh dikustomkan. Lebih menarik lagi perisian ini adalah PERCUMA, dan kod sumber boleh diperolehi menerusi buku mengenai pengaturcaraan Visual Basic .NET yang akan diterbitkan. Sila layari blog KaryaIT (karyait.power-minds.com) untuk download perisian ini dan maklumat lanjut.



Program DeztopWP dibina dengan VisualBasic 2008 Express Editon, menggunakan teknologi XML, LINQ dan memerlukan .NET Framework 3.5 atau terkini. Hanya boleh dilaksanakan pada Windows XP (minima) dan terkini. Masih belum diuji sepenuhnya pada Vista dan Windows 7.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...