Membina Blog Peribadi

Membina blog adalah lebih mudah daripada membina laman web peribadi satu ketika dahulu. Blog juga merupakan satu bentuk laman web kecuali kandungannya adalah dinamik, biasanya menggunakan pangkalan data SQL (apa-apa jenis), dan layout halaman di kawalan oleh fail CSS.

Untuk maklumat lanjut (takrifan dan sebagainya) mengenai blog, sila rujuk artikel Wikipedia (dalam bahasa Inggeris, lebih lengkap) atau (dalam bahasa Melayu) atau (dalam bahasa Inggeris mudah).

Blog dibina dengan menggunakan bahasa skrip sama ada PHP, ASP dan apa-apa bahasa pengaturcaraan Web dan pangkalan data SQL atau menggunakan fail teks. Jika anda mahu menggunakan hos yang menawarkan servis blog secara percuma, anda tidak perlu fikirkan perkara ini. Walau pun melanggan hos pelayan web berbayar, anda juga tidak perlu bersusah payah membangunkan program blog. Berikut adalah pilihan untuk anda sama ada menggunakan hos berbayar atau percuma:
  • Hos Percuma : Blogger, Wordpress, Live Journal dan banyak lagi.
  • Hos web berbayar : dapatkan skrip blog percuma daripada mana-mana laman web skrip percuma, misalnya Hot Scripts yang boleh didapati dari senarai pautan blog ini. Adalah dicadangankan anda menggunakan skrip blog Wordpress.org kerana skrip ini sangat membangun, telah diuji, kaya ciri dan boleh diaplikasikan dengan mana-mana ribuan template Wordpress di Internet (ada berbayar dan ada percuma). Banyak template Wordpesss yang mempunyai paparan elegen dan profesional juga mudah didapati.
  • Hos percuma, domain berbayar : tiada beza dengan pilihan hos blog percuma. pastikan hos itu membolehkan penggunaan domain sendiri.
Dalam artikel ini kita hanya akan membincangkan hos blog percuma Blogger.com berbanding Wordpress.com. Komentar mengenai perbandingan antara Blogger.com dan Wordpress.com juga banyak boleh diperolehi menerusi enjin carian Yahoo! atau Google. Apa yang kita ingin bincangkan di sini adalah lebih ringkas lagi dan anda lebih mudah menentukan yang mana satu yang bersesuaian dengan subjek blog yang anda ingin bangunkan.

Adakah layout paparan blog sangat penting, iaitu bagaimana blog anda kelihatan?
Jika YA untuk hos percuma, anda dicadangkan menggunakan servis Blogger kerana template tema Blogger mudah didapati. Ada banyak kelab atau pembangun bebas yang membangunkan tema blog Blogger secara percuma. Anda juga boleh membina tema anda sendiri dengan hanya menggunakan CSS (cascading syle sheet) atau mengubah suai kod CSS tema yang anda muat turun. Meski pun terdapat banyak tema Wordpress yang profesional dan elegen, banyak juga yang telah diadaptasikan (diubah suai atau ditukar) ke tema blogger.

Jika YA untuk hos berbayar, blogger tiada dalam senarai pilihan untuk dipilih. Anda dicadangkan menggunakan skrip Wordpress dari Wordpress.org sebagai platform blog anda. Oleh kerana ia adalah hos berbayar anda bebas memilih atau mengaplikasikan tema Wordpress kepada blog Wordpress anda. Tambahan pula banyak tema berkualiti tinggi, elegen dan profesional dibangunkan dalam Wordpress. Anda boleh menggunakan skrip JavaScript dan lain-lain widget dengan mudah, termasuk stat atau traker luaran.

Walaupun dicadangkan Blogger, tetapi jika tema Wordpress yang disediakan dalam Wordpress.com bertepatan atau memenuhi subjek blog anda, sudah tentu adalah lebih baik anda menggunakan Wordpress.

Kebebasan menggunakan Widget, stat, counter dan traker luaran?
Hanya Blogger yang menyokongnya, hos Wordpess percuma tidak membenarkan JavaScript tetapi Wordpress menyediakan widget stat (pembilang dan counter) bina dalam boleh terus diaplikasikan kepada blog Wordpress. Cuma paparannya adalah paparan teks dan bukan flash.

Halaman statik berbilang aras selain daripada laman blog utama?
Hanya Wordpress yang membenarkan berbilang halaman selain daripada blog. Laman statik berguna untuk kandungan-kandungan tetap. Sila bandingkan blog Karya IT ini (Blogger.com) dengan blog Blog Karya IT (Wordpress.com), di mana Blog Karya IT mengimplemen beberapa halaman statik dalam blog itu. Meskipun begitu jika anda tetap mahu menggunakan blogger, satu caranya ialah anda boleh mencipta beberapa blog blogger dalam satu akaun blogger anda bagi mewakili subjek-subjek blog berlainan dan kemudian menyediakan menu pautan ke blog-blog ini dan menggunakan template tema yang serupa.

Avatar pengunjung/responder
Hanya Wordpress menyediakan avatar responder yang memberi komen sama ada dengan Gravatar atau lain-lain. Ini boleh menambah seri lagi pada komen pembaca.

Di mana anda boleh mendapatkan template berkualiti percuma?
  • http://btemplates.com/
  • gunakan enjin carian dan cari "free wordpress template" atau "free blogger template" atau "high quality blogger template" dan sebagainya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...