Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Pasang & Larikan - Windows 7 Starter Edition, Langkah demi langkah

Imej
Panduan ini sesuai untuk mereka yang baru belajar mengenali selok belok komputer. Panduan ini hanya untuk komputer baru atau hard disk baru yang tidak mempunyai OS. Windows 7 Starter adalah edisi dengan fitur2 yang amat terhad. Ini termasuk anda tidak boleh menukar wallpaper. Lihat artikel Windows 7 Pebezaan antara versi2 . Anda perlukan DVD installer Windows 7 Starter Edition untuk mengikuti latihan ini. Dengan konsep yang hampir sama, anda juga boleh gunakan kaedah ini untuk pemasangan Windows 7 edisi lain. Masukkan DVD Installer Windows 7 Starter Edition ke pemacu DVD dan boot komputer dengan DVD installer ini. Jika perlu, sila tukar tetapan pada BIOS setting supaya boleh boot dari pemacu CD/DVD dan boot priority (keutamaan) mula2 adalah DVD/CD drive. Tunggu sehingga Windows dimuatkan.

Baiki Komputer Sendiri? - Format & Partition (kajian kes)

Imej
Komputer masalah, komputer lembab semacam jer, Windows selalu crash ... masalah start Windows, program ... tak boleh run walaupun reinstall banyak kali, PC kena virus tak boleh clean, bla, bla, bla ... Kebiasaan solution yang kedengaran adalah format semula hard disk itu. Aku pernah experience sendiri, kat computer labs. Baru je ganti hard disk baru kerana hard disk lama rosak secara mekanikal, format dan kemudian setup semula Windows. Semasa update Windows servis pack secara automatik, bomm PC dah terkena virus/worm dari rangkaian kampus. Oleh itu belum apa2 lagi PC dah crash. Jadi format bukanlah suatu penyelesaian unggul dalam memperbaiki komputer. Dalam troubleshooting PC, terlebih dahulu kita perlu mengenal pasti punca masalah, sama ada masalah hardware, software, Windows atau rangkaian, atau bercampur-campur. Jangan hentam semua dengan format, ia mungkin tidak menyelesaikan masalah. Dalam kes yang dinyatakan tadi, sekali lagi kena format dan reinstall Windows tetapi update

Lagi Anime Music Video suara seperti Saleem, ha, ha ...

Imej
Satu lagi AMV oleh suara macam Saleem, tapi versi Jepun. AMV Honey and Clover ハチミツとクローバー, Robinson ロビンソン oleh Spitz スピッツ. Anda boleh mengikuti lagu ini kerana AMV ini disertakan dengan subtitle Bahasa Melayu, serta lirik romanji dan kanji. Lagu ini amat popular dan pernah menjadi top ten di Jepun suatu ketika dahulu. Manakala Honey & Clover pula adalah anime berbentuk drama yang baik, manga-nya telah memenangi Kodansha Manga Award ke 27 untuk shōjo. AMV kali ini aku buat sepenuhnya, tak ambil shortcut macam AMV Aku Hanya Serangga. Dalam AMV terdahulu itu aku hanya bernasib baik kerana kebetulan AMV itu lebih sepadan dengan lagu Aku Hanya Serangga, berbanding lagu asal.  Klik butang Play di tingkap pemain di bawah untuk memainkan AMV ini. Atau pergi ke halaman Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=QY1gqGNdpsA . Subtitle bahasa melayu dan inggeris. Memperkenalkan Karya IT AMV (Youtube Channel) untuk koleksi AMV yang dihasilkan oleh Karya IT.

Efek Lytebox pada pautan gambar atau pautan web, untuk blog dan laman web

Imej
Pernahkah anda melihat paparan LightBox, ShadowBox dan seumpamanya di laman2 web atau blog? LyteBox adalah variasi kepada LightBox, ShadowBox, Thickbox dll. Oleh kerana ia adalah kod JavaScript tunggal, maka masalah keserasian dengan framework JavaScript seperti jQuery dan Mootool dapat dielakkan. Efek lightbox/thickbox pada galeri gambar di laman web Media Sukan. Lytebox ditulis dari kelas Lightbox yang dimajukan oleh Lokesh Dhakar ( http://www.huddletogether.com ). Lytebox menyokong paparan gambar tunggal, galeri gambar, slideshow, dan juga kandungan HTML. Apa yang anda perlu lakukan untuk mengaplikasi Lytebox di blog/laman web anda? Muat turun fail2 skrip dari http://dolem.com/lytebox/lytebox_v3.22.zip . Ekstrak dan upload ke pelayan web. Oleh kerana Blogger adalah servis hos blog percuma dan ia tidak menyokong upload fail selain gambar dan video, anda perlu uploadkan fail2 ke mana2 hos web percuma atau berbayar. Google selain menghoskan Blogger, ia juga menghoskan laman we

Tonton Video Online (Youtube, MySpace ...) dengan lebih mudah

Imej
Adakah anda sering menonton video secara online di laman2 hos video seperti YouTube, MySpace, MegaVideo,, Veoh dan lain2? Andakah anda mempunyai talian Internet broadband kelajuan tinggi lebih daripada 1Mbs? ATAU talian Internet anda agak perlahan dan perlu berkongsi dalam rangkaian? Atau anda adalah pelajar, mempunyai komputer tetapi tidak mempunyai talian Internet yang pantas di rumah, anda hanya guna Internet di Kolej atau Universiti? Tahukan anda boleh memuat turun (download) video online yang dipaparkan pada laman2 hos video dan kemudian memainkan semula fail video itu secara offline pada bila2 masa? Jika anda adalah pelajar, mungkin sukar bagi anda untuk menonton apa2 video online secara terus di makmal komputer. Oleh itu kaedah memuat turun video membolehkan anda melakukan dua atau lebih kerja dalam satu masa. :-) Bagaimana download video online? Aku tak pasti dengan browser (pelayar web) lain, tetapi rasanya paling mudah untuk memuat turun video online adalah menerusi web b

Membeli belah online tanpa kad kredit?

Imej
Ingin membeli belah secara online @ membeli barangan menerusi Internet, tetapi kad kredit menjadi kekangan? Tidak cukup syarat untuk memiliki kad kredit atau tidak mahu hidup dibelenggu dengan masalah kad kredit? Kad debit di pasaran pula tidak mesra atau serasi dengan sistem e-dagang di Internet? Sehingga kini biar apa pun pakej kad debit/kad prepaid di pasaran, semuanya menghadapi kesulitan atau tidak dapat digunakan dalam pembelian secara online terutama menerusi servis2 pembayaran online seperti PayPal, AlertPay dan lain2. RHB Bank kini menawarkan perbankkan Internet RHB-PayPal , ia merupakan kerjasama eksklusif antara RHB dan PayPal, iaitu perkhidmatan pembayaran dalam talian No 1 dunia . RHB dan PayPal bersama2 akan mengubah cara anda bertransaksi secara online. Top-ap akaun PayPal RHB membolehkan anda memindahkan kredit ke akaun Paypal anda dari akaun deposit RHB anda. Anda hanya perlu memiliki akaun simpanan/semasa RHB Bank, melanggan perbankkan Internet RHB, log masuk ke

Tinjauan Pasaran Harga Hardware/Software November 2010

Tinjauan harga sekitar Low Yatt dan Imbi Plaza, Kuala Lumpur. Mikroprocessor 1x core Intel Celeron 430  : : 1.80GHz 512K 800MHz FSB = RM115 AMD Sempron 140  : :   2.70GHz 1MB 1600Mhz HT = RM110 2x core AMD Athlon II X2 240  : :  2.80GHz 2MB 4000MHz HT = RM180 AMD Athlon II X2 250  : :  3.00GHz 2MB 4000MHz HT = RM195 AMD Phenom II X2 555 BE  : :  3.20Ghz 7MB 4000MHz HT = RM320 Intel Celeron E3300  : :  2C/2T 2.50GHz 1MB 800MHz = RM155 Intel Pentium Dual Core E5400  : :  2C/2T 2.70GHz 2MB 800MHz = RM195 Intel Core 2 Duo E7500  : :  2C/2T 2.93GHz 3MB 1066MHz = RM379 Intel Pentium G6950  : :  2C/2T 2.80GHz 3MB - = RM280 Intel Core i3 530  : :  2C/4T 2.93GHz 4MB - = RM325 Intel Core i5 650  : :  2C/4T 3.20GHz 4MB 3.46GHz = RM540 3x core AMD Athlon II X3 440  : :  3.00GHz 1.5MB 2000Mhz HT = RM235 AMD Phenom X3 8650  : :  2.30GHz 3.5MB 4000Mhz HT = RM279 4x core AMD Athlon II X4 620  : :  2.60GHz 2MB 4000Mhz HT = RM300 AMD Athlon II X4 640  : :  3.00GHz 2MB 4000Mhz HT = RM3

Baiki Komputer Sendiri? - Hardware Asas

Imej
Pernahkah anda ke kedai untuk membaiki komputer anda? Mungkin sering kali ditemui, juruservis itu mengatakan "ooo ... ini rosak, itu rosak, sana rosak, sini rosak, kena ganti motherboard, kena ganti itu, kena ganti ini, ... ". Ganti sana, ganti sini macam "try & error" cuba-gagal-berjaya ataupun kesudahannya kena ganti dengan yang baru, mereka offer pada harga istimewa". Keadaan yang sama sering berlaku jika mengunjungi bengkel kenderaan, "kena ganti itu, ini ... ini tak boleh pakai lagi, jual 1 set kena tukar semua, kena overhoul, rebow, potong eksos dll". Kalau renovate rumah, kata kontraktor "mereka boleh bagi murah, bla, bla ... bila dapat projek, ooo ... ini bahan mahal, itu mahal, kos tak cukup, ini kena buat, itu kena buat, kena tambah lagi duit ... tetapi kualiti hampeh". Maaf le, dan tak ada beza dengan kebanyakkan doktor2, "ini kena kasi potong, kena operate, bla, bla ... sikit2 potong, sikit2 operate ... tak ada cara la

Beli barangan terpakai secara online? Hati-hati! jangan terkena.

Imej
Notebook 2nd hand atau apa2 barangan 2nd adalah pilihan bagi mereka yang budget atau tak mahu berbelanja lebih atau tidak mahu melabur terlalu banyak untuk pulangan yang tak pasti atau pulangan kecil. Dengan teknologi Internet, barangan terpakai lebih mudah dicari, dijual dan dibeli pengguna. Ada banyak laman web atau servis e-dagang di Internet, misalnya e-bay, atau untuk pasaran tempatan kita, kita ada Lelong , Mudah dan lain-lain. Ada banyak isu yang perlu diperhatikan jika anda mahu membeli barangan terpakai. Anda perlu lakukan banyak kajian atau studi harga pasaran dan pasaran itu sendiri. Jenis Barangan Terpakai Barang jenis "komponen bergerak" atau "moving part" adalah komponen yang mudah haus dimamah usia dengan penggunaan berterusan. Misalnya pemacu CD/DVD atau CD/DVD writer, ini termasuk drive blu-ray. Gelang getah di dalam drive biasanya mempuyai jangka hayat yang pendek. Motor juga mempunyai hayat tertentu. Hard disk, juga akan mengalami susutan pr

Lagu terbaru Saleem ? Uso ...

Imej
Tukar angin kejap... nak sembang subjek ini kat karyait-anime.blogspot.com , majoriti penunjung blog itu adalah dari luar negara. Jadi terpaksa la selit pos ini di blog ini. Ehhh ... Saleem ada lagu baru? Dah lama tak follow muzik tanah air, banyak yang tak tahu pasal dah tak follow. Rasanya lagu skrg kurang nilai kesasteraan dan seni tak macam lagu rock era 80an-90an dulu. Walaupun pada masa itu rock, banyak lirik lagu yang mempunyai nilai sastera yang baik. Maaf pandangan aku aje, mungkin para pembaca mempunyai pandangan dan perspektif berlainan. Cuba tonton dan dengar baik2 AMV ini sampai habis. Macam suara Saleem (x-Iklim) kan. Aku bukan peminat Saleem atau kumpulan Iklim, cuma bila dengar lagu ini teringat kumpulan IKLIM yang popular dengan lagu "Suci Dalam Debu". Nostalgia ...

Bina Blog dengan Blogger - Bahagian II

Imej
Anda boleh mula memasukkan "posting" baru dengan mengklik mana2 pautan New Post. Klik New Post di halaman Dashboard Atau di Halaman Edit Post (senarai posting) Overbiu Tingkap Editor Anda boleh masukkan kandungan blog dalam dua mod iaitu dalam mod HTML (masukkan kod HTML mentah) atau mod Compose (kaya teks seperti dalam aplikasi pemproses kata, Word). Nyatakan tajuk posting. Taipkan kandungan dalam ruang disediakan. Tetapkan label jika perlu. Tetapkan tarikh siaran jika perlu, tarikh perlu dalam format YY/MM/DD (tahun-bulan-hb) dan jam dalam format 24jam. Format dan Gaya Teks Anda boleh gunakan format bold, italik, bergaris di bawah, dipotong, warna tulisan, warna latar tulisan (spt highlight), alignment teks, butiran (bullet & numbering) dan sebagainya. Blockquote pula digunakan untuk petikan misalnya. Malaysia’s national waterski team comprising veteran Phillipa Yoong and three young... Masukkan Gambar Masukkan gambar boleh dibuat dengan memuat n

Boot Skin Islamik untuk Windows XP

Imej
Sebagai hadiah untuk pengunjung sekalian di Hari Raya Aidilfitri ini, saya hadiahkan 3 boot skin Windows berkonsepkan Islamik. Anda perlukan perisian Stardock Bootskin for Windows XP untuk menggunakan bootskin ini. Jangan bimbang perisian Stardock Bootskin adalah percuma dan boleh dimuat turun dari laman web Stardock. Software diperlukan : Startdock BootSkin XP ( download ). BootSkin XP adalah percuma. BootSkin Islamik Basmallah ( download XP bootskin ) Islamic Digital ( download XP bootskin ) Laillahaillalah Muhammad Rasullullah ( download XP bootskin ) Mengenai perisian BootSkin Stardock BootSkin adalah sebuah program yang membolehkan pengguna menukar paparan boot Windows mereka. Tidak seperti program lain yang setara, BootSkin melakukannya dengan cara selamat. Tiada patch pada kernel Windows. Tidak memerlukan pengguna untuk memuat turun penggantian kernel Windows untuk melakukannya. Skrin Boot yang menggunakan BootSkin biasanya di bawah 20Kb berbanding dengan pro