Memahami mikro pemproses (CPU) dual, triple, ...

Mikro pemproses atau lebih dikenali sebagai CPU adalah enjin kepada sebuah komputer, sebagai mana enjin kereta yang menjadi penggerak kepada sebuah kereta. Pada hari ini membeli sebuah CPU atau pemilihan platform komputer PC tidak lagi semudah dahulu. Setiap pembuat cip mikro pemproses seperti AMD dan Intel, memasarkan beberapa model kelas CPU mereka dan setiap model pula ada beberapa model kelajuan. Ini memberi kesulitan kepada pembeli di mana adakah yang paling mahal, paling laju, pilihan terbaik dari sudut kepantasan, kecekapan dan ketahanan? dan yang paling murah, perlahan, lembab, tak bagus? Contoh sebut harga bagi mikro pemproses di pasaran (contoh); Salah satu sebab kenapa banyak sangat variati mikro prosesor adalah disebabkan fitur dua teras CPU dalam satu cip mikro pemproses (dikenali sebagai dual core CPU), atau tiga teras CPU dalam satu cip mikro pemproses (dikenali sebagai triple core CPU), atau empat teras CPU dalam satu cip mikro pemproses (dikenali sebagai quad cor