Betul ke CPU AMD, murah, cepat panas, ... ? ye ker %-)

Baru-baru ini di sebuah kedai-kedai komputer, semasa nak beli barangan komputer, terdengarlah si jurujual@technician sedang menerangkan mengenai komputer kepada pelanggannya. Aku takda lah nak campur, dengar gitu-gitu saja. Betul ker mikro processor AMD cepat panas sebab itu ia murah? Dalam kata lain seolah-olah produk AMD tak berkualiti, performa rendah dan sebagainya. Jika AMD bereputasi teruk, kenapa AMD sekarang boleh menjadi market leader dalam pasaran kad grafik atau GPU melebihi Nvidia dan Intel? Mempelajari komputer atau ICT bukan seperti belajar sejarah , jika sesuatu adalah sebegitu suatu ketika dahulu maka begitulah sampai bila-bila. Tidak kira siapa, baik AMD, mahupun Intel, Nvidia, VIA atau pun syarikat apa, masing-masing sudah tentu menambah baikkan atau mencipta teknologi baru yang lebih baik untuk produk-produk mereka supaya mereka mampu bersaing dalam pasaran. Mungkin benar mikro pemproses AMD lebih panas suatu ketika dahulu dan boleh terbakar jika dibuang heat s