Mengenai Penulis

Adalah seorang penulis, pemaju sys. maklumat, konsultan dan programmer. Lulusan Dip. IT (eks), Universiti Malaya. Lebih 17 thn pengalaman dlm ICT. >>>

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Isnin, Februari 22, 2010

Betul ke CPU AMD, murah, cepat panas, ... ? ye ker %-)

Baru-baru ini di sebuah kedai-kedai komputer, semasa nak beli barangan komputer, terdengarlah si jurujual@technician sedang menerangkan mengenai komputer kepada pelanggannya. Aku takda lah nak campur, dengar gitu-gitu saja. Betul ker mikro processor AMD cepat panas sebab itu ia murah? Dalam kata lain seolah-olah produk AMD tak berkualiti, performa rendah dan sebagainya.

Jika AMD bereputasi teruk, kenapa AMD sekarang boleh menjadi market leader dalam pasaran kad grafik atau GPU melebihi Nvidia dan Intel? Mempelajari komputer atau ICT bukan seperti belajar sejarah, jika sesuatu adalah sebegitu suatu ketika dahulu maka begitulah sampai bila-bila. Tidak kira siapa, baik AMD, mahupun Intel, Nvidia, VIA atau pun syarikat apa, masing-masing sudah tentu menambah baikkan atau mencipta teknologi baru yang lebih baik untuk produk-produk mereka supaya mereka mampu bersaing dalam pasaran.

Mungkin benar mikro pemproses AMD lebih panas suatu ketika dahulu dan boleh terbakar jika dibuang heat sink (kenapa nak kena buang heat sink, jika ia direka bentuk memerlukan heat sink untuk membuang haba), tetapi itu tak selama-lamanya kekal begitu sahaja. AMD juga telah banyak melakukan penambah baikkan dan mencipta banyak teknologi baru mikro pemproses pada hari ini. Misalnya x86-64, bus HyperTransport yang menggunakan teknologi paket data, dan banyak lagi. Malah mikro pemproses Intel (market leader) hari ini seperti dalam siri Core i (i5, i7 ...) boleh dikatakan sebagai "Intel CPU, design by AMD". Ini kerana banyak teknologinya dicilok dari AMD secara lesen bersilang. Dalam rencana teknologi PC luar negara, ramai yang berterima kasih kepada persaingan antara Intel dan AMD kerana ia membuahkan teknologi yang lebih baik dalam mikro pemproses hari ini. Lebih pantas, lebih sejuk, penjimatan tenaga, dan lebih banyak fitur, dan ini juga memberi kesan positif kepada teknologi perisian seperti Windows 7, 3D rendering, multimedia dan sebagainya.

Siapa kata CPU AMD panas? cuba lihat rajah2 berikut.

CPU idle selepas digunakan 19/2/2010 2:22am.
CPU terus dalam keadaan idle lagi 19/2/2010 7:07am (pagi).
CPU dalam keadaan idle lagi 19/2/2010 7:24am (pagi).

CPU boleh dikatakan menghampiri suhu bilik, dalam keadaan idle pada 19/2/2010 7:36am (pagi).

Spesifikasi Ujian Pemerhatian
Bilik tiada air-cond, guna "air"-cond semula jadi je, di mana PC diletak dekat tingkap. Cuaca malam/pagi sekitar 23C - 28C, bukan lepas hujan dan tiada hujan pada hari itu. Spesifikasi PC dengan mikro pemproses AMD yang baru.
- CPU : AMD Athlon II X3 435 ; 2.9GHz, 1.5Mb cache, tri core, Cool'n'Quiet tech. 3.0, AMD64 w Direct Connect Architecture
- M/B : Asus M4A78-EM
- HDD : SATA-II & MEM : DDR-II 1 dimm
- PSU : PowerLogic 550Watt
- Casing : PowerLogic Modena X2200 (ada air duct, serombong angin untuk sedut angin luar terus kepada heat sink CPU), casing ini biasa je dan tiada apa2 yg special
- CPU cooler/heat sink : guna heat sink yang bundle dengan CPU je, jadi tiada apa2 istimewa atau special tentang cooler CPU
- 2 side fan 3" +/-2000rpm, satu sedut angin masuk, dan satu sedut angin keluar, kipas biasa je tiada apa2 special.
- tiada kad grafik tambahan, guna VGA chipset onboard je
- dan tiada apa2 tambahan atau special untuk penyejukan CPU dan lain-lain.
- OS : Windows 7 x64 bits
 dan tiada apa2 tuning tambahan untuk menjadikan PC ini lebih sejuk daripada biasa. Cuma oleh kerana PC diletak berhampiran tingkap, maka setiap bulan atau bila suhu operasi biasa melebihi 52C, kipas2 dan heat sink dalam PC perlu divakum untuk mengatasi masalah mendapan habuk berlebihan (dust "build-up").

Suhu mikro pemproses pada siang hari cuaca panas terik pada kelajuan penuh (2900Mhz) adalah sehingga 50C.

Suhu CPU AMD aku yang baru ini adalah jauh lebih rendah daripada suhu AMD Athlon XP 2100+ aku yang lama (53C-67C) dan lebih menjimatkan tenaga dengan fitur barunya itu (Cool'n'Quiet 3).

Kenapa CPU moden lebih sejuk?
CPU moden pada hari ini dilengkapi dengan fitur penjimatan tenaga dan kawalan kelajuan seperti teknologi yang digunakan dalam mikro pemroses notebook dan juga server. Oleh itu semasa bebanan pemprosesan yang rendah, CPU mengurangkan kelajuannya secara automatik dan meningkatkan kelajuannya ke frekuensi maksimum apabila bebanan pemprosesan yang tinggi. Pada kelajuan yang lebih rendah, penggunaan tenaga juga rendah dan haba yang terhasil juga rendah.

Jadi kenapa PC baru lebih panas?
Selain CPU, jangan lupa terdapat komponen2 lain yang menjanakan haba dan agak panas, antaranya
  • cipset (northbridge)
  • kad grafik (GPU, graphic processing unit)
  • hard disk
  • dan jangan lupa, PSU juga menjanakan suhu yang tinggi.
Bolehkah CPU bersuhu bawah 45C boleh memanaskan udara dalam bilik? Tambahan pula suhu CPU adakalanya lebih rendah daripada suhu m/b, adakah ini mungkin? Tak mungkin CPU dengan saiz relatif yang sangat kecil berbanding dengan saiz bilik mampu memanaskan udara dalam bilik dan menjadikan bilik itu "panas". Apabila diteliti pada kipas udara keluar casing, kipas udara keluar berhampiran CPU tak panas pun dan macam suhu biasa TETAPI udara panas kebanyakkan keluar daripada PSU di bahagian atas casing. Masalah ini bukan masalah penggunaan mikro pemproses AMD, malah komputer dengan CPU Intel juga menghadapi masalah yang sama. Tak pasti ada ke tidak PSU yang menjana sedikit haba dan lebih sejuk.

Penting
Apabila anda membina sendiri sebuah komputer, pastikan komponen yang anda gunakan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam whitepaper yang dikeluarkan oleh pengilang. Baik AMD mahupun Intel, mereka mengeluarkan spesifikasi khusus, hardware apa yang diluluskan atau telah diuji dan lulus untuk digunakan bersama CPU mereka. Contoh motherboard, PSU, memori, kad grafik dan harddisk.

Dalam masa yang sama pengeluar komponen seperti motherboard juga menetapkan spesifikasi tertentu, CPU apa yang boleh digunakan dan apa yang tidak boleh, memori dan juga model PSU yang diluluskan atau apakah syarat minimum bagi membolehkan komponen2 berfungsi dengan baik. Teknik ambil mudah, "hentam saja la labu" tidak boleh diguna pakai. Malah reka bentuk casing juga mempengaruhi kelancaran sesebuah sistem PC itu berfungsi. Untuk CPU moden adalah dicadangkan anda menggunakan casing yang ada air-duct.

Misalnya jika pengeluar motherboard mengatakan model m/b itu direka bentuk menyokong CPU dengan TDP sehingga 65watt, sudah tentu banyak masalah akan timbul jika anda menggunakan CPU dengan TDP sehingga 140watt. Apabila masalah timbul, maka yang disalahnya sama ada CPU tak bagus, m/b cap ayam dan sebagainya.

Untuk memahami konsep ini tidaklah begitu sukar, cuba lihat reka bentuk kereta. Misalnya kereta biasa diubah suai, absorber dipotong supaya kereta lebih rendah macam kereta F1 dan ditambah sayap untuk lebih ringan kononnya. Apabila dipandu laju melalui jalan biasa yang berombak-ombak, maka sudah tentu banyak kerosakan akan berlaku pada kereta itu.

Teringat pula satu tajuk berita panas mengenai AMD dan saingannya Intel pada tahun lepas.

Intel-Dell Dealings Under Fire

Pressure on Dell, as outlined in Cuomo's lawsuit, provides fresh insight into the marketing payments that regulators say left PC makers beholden to Intel


It was called the Mother of All Programs, or MOAP for short. That was the code name Intel (INTC) bestowed on a series of payments it made to Dell (DELL), one of its largest customers, over a five-year period through January 2007.
Now that $6 billion in payments has become the mother of all predicaments for Intel, the world's largest computer-chip maker. New York Attorney General Andrew Cuomo, in a federal antitrust lawsuit, says Intel wielded those payments to coerce computer makers into using its chips instead of those made by Advanced Micro Devices (AMD). ...
artikel penuh sila layari (http://www.businessweek.com/technology/content/nov2009/tc2009114_975298.htm) dan baca juga http://www.agner.org/optimize/blog/read.php?i=49


Jadi kesimpulannya tidaklah begitu menghairankan kenapa lebih banyak produk berasaskan pemproses Intel di pasaran berbanding AMD dan kenapa pemasaran produk Intel adalah lebih agresif berbanding AMD, malah media-media tempatan suatu ketika dahulu juga seperti dacing senget sebelah. Kalau kita menilai seseuatu barang hanya berdasarkan cakap-cakap orang tanpa ilmu pengetahuan, kita mungkin termakan umpan jurujual dan membayar pada harga yang lebih tinggi untuk sesuatu yang memberi hasil yang sama atau setara atau lebih baik daripada itu.

0 komen:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails