Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Re-install Windows, tiada driver hardware?

Imej
Masalah driver hilang dan hardware tak dapat digunakan langsung atau hardware boleh digunakan tetapi banyak fiturnya tidak berfungsi, sering kali berlaku apabila kita re-format hardisk dan re-install Windows (OS). Masalah ini mungkin memeningkan kepala. Sebaiknya gunakan driver yang dibekalkan oleh pembuat hardware itu untuk OS yang kita gunakan dan mengemas kini (jika ada) dengan driver update oleh pembuat hardware itu. Konsep "janji boleh run" tidak patut digunakan, terutama kepada kedai servis komputer kerana ia menganiaya pembeli/pelanggan. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan penggunakan perisian Driver Checker atau Driver Genius dan lain2 yang seumpamanya. Perisian ini mengenal pasti dan mencari driver2 khas untuk hardware itu dari Internet. Ia memuat turun driver daripada pembuat hardware, OEM atau dari sumber2 lain. Ia juga berupaya untuk mengemas kini (update) driver jika terdapat versi baru yang dikeluarkan oleh pembuat hardware. Download l

Pelancaran Microsoft Visual Studio 2010

Imej
Microsoft akan melancarkan Visual Studio 2010 pada 12 April 2010 seluruh dunia. Di negara kita pula adalah seperti berikut: Date: 12 April 2010 (Monday) Time: 9.00am - 6.00pm Venue: Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya dan Date: 15 April 2010 (Thursday) Time: 8.00am - 4.15pm Venue: Penang Skills Development Centre (PSDC), 1, Jalan Sultan Azlan Shah, Bandar Bayan Baru, Bayan Lepas, 11900 Penang

Jangan beli CD/DVD pilet, download lagi best B-)

Imej
Meskipun CD/DVD perisian cetak rompak dikatakan sebagai seperti mencuri harta intelek, namun pada pandangan aku perisian versi lanun inilah yang memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk mengenali komputer dan kegunaannya. Perisian original juga mempunyai skandalnya yang tersendiri, silap haribulan kita bayar beribu-ribu (boleh cecah juta) tetapi hasilnya amat-amat tak memuaskan atau sedikit pun tak memenuhi keperluan. Sewaktu aku berkerja di sebuah IPTA beberapa tahun lalu, pihak fakulti telah membeli beberapa pakej perisian jenis ensiklopedia dengan harga lebih 20 ribu ringgit untuk kegunaan pelajar dan pengajar. Urusan pembelian itu telah dibuat sebelum aku bekerja di situ lagi. Yang mencadangkan pembelian itu tidaklah begitu mahir tentang ICT, oleh itu banyak bergantung kepada vendor untuk khidmat rundingan. Fakulti telah menjelaskan kepada vendor spesifikasi perisian, di mana kami mahu perisian2 itu dipasang pada sebuah  server dan kemudian dapat dikongsikan oleh s