Re-install Windows, tiada driver hardware?

Masalah driver hilang dan hardware tak dapat digunakan langsung atau hardware boleh digunakan tetapi banyak fiturnya tidak berfungsi, sering kali berlaku apabila kita re-format hardisk dan re-install Windows (OS). Masalah ini mungkin memeningkan kepala.
Sebaiknya gunakan driver yang dibekalkan oleh pembuat hardware itu untuk OS yang kita gunakan dan mengemas kini (jika ada) dengan driver update oleh pembuat hardware itu. Konsep "janji boleh run" tidak patut digunakan, terutama kepada kedai servis komputer kerana ia menganiaya pembeli/pelanggan.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan penggunakan perisian Driver Checker atau Driver Genius dan lain2 yang seumpamanya. Perisian ini mengenal pasti dan mencari driver2 khas untuk hardware itu dari Internet. Ia memuat turun driver daripada pembuat hardware, OEM atau dari sumber2 lain. Ia juga berupaya untuk mengemas kini (update) driver jika terdapat versi baru yang dikeluarkan oleh pembuat hardware.


Download link :

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagaimana mengatasi sekatan capaian ke atas laman web tertentu?

Resolusi dan saiz gambar digital

Baiki Komputer Sendiri? - Hardware Asas