Jangan beli CD/DVD pilet, download lagi best B-)

Meskipun CD/DVD perisian cetak rompak dikatakan sebagai seperti mencuri harta intelek, namun pada pandangan aku perisian versi lanun inilah yang memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk mengenali komputer dan kegunaannya. Perisian original juga mempunyai skandalnya yang tersendiri, silap haribulan kita bayar beribu-ribu (boleh cecah juta) tetapi hasilnya amat-amat tak memuaskan atau sedikit pun tak memenuhi keperluan.

Sewaktu aku berkerja di sebuah IPTA beberapa tahun lalu, pihak fakulti telah membeli beberapa pakej perisian jenis ensiklopedia dengan harga lebih 20 ribu ringgit untuk kegunaan pelajar dan pengajar. Urusan pembelian itu telah dibuat sebelum aku bekerja di situ lagi. Yang mencadangkan pembelian itu tidaklah begitu mahir tentang ICT, oleh itu banyak bergantung kepada vendor untuk khidmat rundingan. Fakulti telah menjelaskan kepada vendor spesifikasi perisian, di mana kami mahu perisian2 itu dipasang pada sebuah  server dan kemudian dapat dikongsikan oleh setiap PC dalam fakulti. Maksudnya semua pensyarah dan pelajar dapat mencapai perisian itu pada bila2 masa sama ada di makmal komputer utama atau bilik-bilik pensyarah di jabatan masing-masing. Entahlah sama ada salah maklumat atau sebagainya, perisian yang telah dibeli beribu-ribu ringgit, yang dibangunkan oleh beberapa pemaju perisian mempunyai beberapa batasan antaranya.
  • hanya boleh diinstall 3 kali dalam satu masa. teknik ini dikawal dengan menggunakan disket, metod ini agak popular zaman dahulu untuk mengawal agar perisian tidak dipasang berulang-ulang.
  • hanya boleh dilaksanakan menerusi CD drive. Bagaimana nak dikongsikan dengan lebih daripada 200 PC dalam fakulti? 
  • versi lama untuk Windows 9x, tidak compitable dengan sistem operasian semasa pada masa itu (Windows ME & Windows 2000), apatah lagi OS terkini
  • CD perisian copy protected pada beberapa CD, oleh itu CD tidak dapat disalin bagi tujuan backup dan perlu dilarikan dengan CD original. Akhirnya CD orginal rosak, bercalar-calar setelah dipinjam banyak tangan sebelum CD server dibeli.
Semasa aku masuk berkerja di situ, fakulti baru membeli CD server (sejenis fail server, untuk file sharing) dan aku ditugaskan untuk pemasangan perisian2 itu. Banyak CD yang tidak boleh diinstall kerana masalah di atas, oleh hanya 1/3 sahaja daripada semua tajuk boleh dipasang dengan pengubahsuaian konfigurasi secara manual. Vendor dipanggil taklah menyelesaikan masalah ini sepenuhnya, hanya sekadar melepas batuk di tangga. Memang la peruntukan universiti, bukan peruntukan peribadi, maka duit keluar tak sapa peduli.

Jadi nasihat aku sebelum membeli sesuatu perisian, baik kita test puas2 sampai berpuas hati. Kalau dah puas hati, jangan pula tak beli kerana kita perlu menyokong pemaju perisian yang membangunkan perisian yang berkualiti kalau tak tiadalah produk itu di pasaran suatu hari nanti.

OK sekarang kat mana nak dapatkan perisian ***** ******, CD/DVD pilet susah nak cari dan ada cadangan si bodoh untuk mengenakan tindakan udang2 kepada pembeli.
  1. kalau nak cari kat internet, gunakan kata kunci seperti "download software free". Lagi baik kalau dinyatakan nama web hosting untuk file sharing seperti hotfiles, megaupload, hotfiles, sharing matrix, uploadbox dan lain-lain. contoh : "download software free hotfiles megaupload rapidshare".


  • Ada banyak kategori sama ada perisian, games, anti virus, grafik, wallpaper, movie, lagu, e-book dan banyak lagi.






  • Walau bagaimana pun kalau untuk fail-fail yang terlau besar, ia mungkin dipecahkan kepada beberapa bahagian. Lebih besar maka lebih banyak serpihan/pecahannya itu. Alternatif lain adalah dengan menggunakan torrent.
  • Anda perlukan klien torrent untuk memuat turun fail2 daripada p2p torrent, cadangan gunakan utorrnet.
  • Antara web site torrent yang mudah dan besar adalah btJunkie.


Nota : memuat turun fail2 terutama fail2 program mendedahkan komputer anda kepada ancaman virus/trojan. Pastikan anda mempunyai anti virus terkini yang dikemas kini secara automatik. Harga perisian antivirus di pasaran tak lah mahal sangat, sekitar RM50 - RM100. Cadangan sila beli Kasperskey 2010. ATAU muat turun ESET NOD32 dari win7dl.com di atas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...