Widget@Plug-in untuk web atau blogger - chat

CHAT atau online chat adalah salah satu servis Internet, ia biasanya dirujuk sebagai sebarang komunikasi menerusi Internet. Perbualan antara pengguna atau pengunjung di sesebuah laman web atau blog boleh meningkatkan keinteraktifan laman web/blog tersebut. Oleh itu ia boleh meningkatkan rating dan juga kunjungan ke laman web atau blog itu. Online/offline chat agak popular di laman web komuniti, misalnya blog politik, kelab peminat dan sebagainya. Ada banyak hos untuk servis chat yang anda boleh langgan untuk dimasukkan ke dalam laman web@blog, Xanga, Myspace, Friendster, Piczo (dan lain2) anda. Antaranya yang agak menarik adalah Chatngo. Kelebihannya: bina chat room, iaitu kumpulan chat untuk laman web anda. boleh chat offline. private chat mini box, kotak chat mini untuk laman web. free. unlimited. kawalan atau ban pengguna, perkataan. dan banyak lagi Untuk melanggan, sila layari chatango.com. Hos Chat lain : Cbox , Shoutmix, MeeboMe , Plugoo , Userplane , Geesee , Gab