Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Memahami Sistem Rangkaian Komputer - Bhg 1

Imej
Rangkaian diwujudkan apabila lebih daripada satu peranti/peralatan dihubungkan antara satu sama lain bagi tujuan komunikasi data melalui saluran komunikasi. Rangkaian komputer dibina dengan menghubungkan dua atau lebih komputer atau peranti bagi tujuan komunikasi data antara satu sama lain menerusi saluran komunikasi. Rangkaian komputer boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan komputer, pencetak, pelayan dan lain-lain peranti yang dihubungkan bersama dengan saluran komunikasi (kabel atau tanpa kabel). Setiap peranti yang disambungkan ke rangkaian itu dikenali sebagai nod. Rangkaian-rangkaian boleh terdiri daripada berpuluh-puluh, beratus, beribu atau berjuta-juta nod. Telekomunikasi adalah komunikasi melalui satu jarak dengan menggunakan teknologi untuk mengatasi jarak itu. Komunikasi data pula adalah penghantaran atau penerimaan maklumat menerusi saluran-saluran komunikasi. Saluran komunikasi terdiri daripada apa-apa medium transmisi elektronik sama ada kabel / wayar tembaga, kabel

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Imej
Windows 7 adalah versi terbaru sistem operasi Windows dari Microsoft. Tidak seperti versi sebelumnya, Vista, Windows 7 menawarkan upgrade tambahan dan mensasarkan keserasian maksimum dengan aplikasi dan hardware yang telah disokong Vista. Agenda utama Microsoft tentang Windows 7 adalah untuk menarik kembali ramai pengguna Windows XP yang menolak Vista. Windows 7 menawarkan peningkatan prestasi yang signifikan ke atas versi terdahulu - terutama Windows Vista dan Windows XP. Ia masih berasaskan kernel Vista, tetapi datang dengan peningkatan prestasi substansial dan shell Windows yang direkabentuk semula, sebuah taskbar baru, dan sistem Account Control (UAC) yang kurang menjengkelkan. Terdapat juga pembaikan dalam rangkaian, khususnya pengenalan kepada sistem rangkaian rumah dikenali sebagai HomeGroup. Version-versi Windows 7 Dengan Windows 7, Microsoft masih lagi menawarkan banyak edisi. Namun, Microsoft dijangkakan memfokuskan pasarannya kepada dua edisi-Home Premium dan Profesional,

Habuk !!! Salah satu masalah komputer yang serius

Imej
Habuk adalah zarah-zarah halus pepejal dengan diameter kurang daripada 500μm (mikrometer) yang terampai di udara. Habuk bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan manusia, malah ia juga boleh merosakkan komputer atau memendekkan jangka hayat komputer. Bagaimana? Bagi komponen boleh bergerak seperti kipas, mendapan habuk berlebihan menyebabkan beban yang merintangi putaran bilah kipas. Mula-mula kelajuan kipas menurun, kemudian menjadi perlahan, mungkin juga berbunyi dan paling teruk kipas ketat, langsung tak dapat berpusing. Cara memperbaiki masalah habuk yang melekat pada motor kipas, gunakan spray "contact cleaner" untuk barangan elektrik/elektronik. Satu lagi masalah adalah mendapan habuk pada heat sink@cooler (bilah2 aluminium atau tembaga/kuprum yang digunakan sebagai penukar haba). Biasanya heat sink digunakan bersama kipas, untuk menyejukkan heat sink itu. Oleh itu habuk-habuk dimendapkan sedikit demi sedikit ke atas bilah2 logam yang nipis dan rapat. Lama kelamaan p

Widget@Plug-in untuk web atau blogger - Stat

Imej
Pembilang dan stat adalah satu keperluan bagi laman web dan blog. Ia membantu anda menilai trafik laman web@blog anda. Seterusnya ia membantu anda memperbaiki dan meningkatkan trafik ke laman web @ blog anda. Berikut adalah beberapa servis utama dan percuma untuk laman web @ blog anda. Google Analytics (GA) adalah perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh Google yang menghasilkan statistik terperinci tentang pengunjung ke laman web. GA paling banyak digunakan secara meluas bagi servis statistik web, pada masa ini kira2 57% dari 10,000 laman web yang paling popular menggunakan servis GA.  GA boleh menjejaki pengunjung dari semua perujuk, termasuk enjin carian, paparan iklan, pay-per-click network, email pemasaran dan kolateral digital seperti link dalam dokumen PDF. . Fungsi : Statistik dan analisis . Laporan statistik boleh dieksport ke format PDF atau diemelkan. Histats : Stat dan counter. Counter boleh dipaparkan di laman web. Contoh: Histat digunakan di blog ini. MapL

Tema menarik, premium untuk blogger & wordpress PERCUMA !!!

Imej
Suatu yang boleh dikatakan wajib anda dilakukan apabila membina sebuah blog baru adalah mengaplikasikan tema yang bersesuaian dengan konsep atau mesej blog anda. Tema adalah layout paparan bagi blog, atau antara muka blog itu. Konsep tema adalah seperti skin atau baju yang boleh bertukar ganti, seperti tema Windows, skin casing handfon, skin Winamp dan sebagainya. Yang mana lebih menarik? atas atau bawah? atau Terdapat banyak laman web yang menawarkan template percuma sedia dimuat turun di Internet. Gunakan kata kunci "free blogger template" atau "free wordpress template" dan yang seumpamanya untuk mencari laman web template percuma dengan Yahoo! , Google atau apa2 enjin carian. Template percuma Wordpress hanya untuk Wordpress.org dan bukan Wordpress.com, iaitu blog wordpress anda perlu dihoskan di server anda (sewa atau milik sendiri). Untuk wordpress.com, ada banyak template telah disediakan dalam wordpress.com untuk anda walaupun pilihannya amat terhad