Habuk !!! Salah satu masalah komputer yang serius

Habuk adalah zarah-zarah halus pepejal dengan diameter kurang daripada 500μm (mikrometer) yang terampai di udara. Habuk bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan manusia, malah ia juga boleh merosakkan komputer atau memendekkan jangka hayat komputer. Bagaimana?

Bagi komponen boleh bergerak seperti kipas, mendapan habuk berlebihan menyebabkan beban yang merintangi putaran bilah kipas. Mula-mula kelajuan kipas menurun, kemudian menjadi perlahan, mungkin juga berbunyi dan paling teruk kipas ketat, langsung tak dapat berpusing. Cara memperbaiki masalah habuk yang melekat pada motor kipas, gunakan spray "contact cleaner" untuk barangan elektrik/elektronik.

Satu lagi masalah adalah mendapan habuk pada heat sink@cooler (bilah2 aluminium atau tembaga/kuprum yang digunakan sebagai penukar haba). Biasanya heat sink digunakan bersama kipas, untuk menyejukkan heat sink itu. Oleh itu habuk-habuk dimendapkan sedikit demi sedikit ke atas bilah2 logam yang nipis dan rapat. Lama kelamaan penyejukan semakin tidak efisien dan suhu komponen akan meningkat.


Dalam komputer mendapan habuk berlebihan boleh di dapati pada cooler CPU, cooler kad grafik dan juga cooler cipset motherboard. Pemantauan suhu komponen dalaman komputer boleh dibuat menerusi perisian utiliti yang dibekalkan bersama hardware berkenaan seperti motherboard dan kad grafik. Oleh itu dicadangkan agar perisian jenis ini (jika ada) dipasangkan dan dilarikan pada masa Windows dimulakan ("run on windows start").

Sebagai contoh apabila suhu idle komputer saya melebihi 52°C, suhu biasa 38°C hingga 45°C (mengikut suhu persekitaran). Maka tiba masanya untuk buat "house keeping", habuk2 yang termendap perlu dibersihkan dengan berus (jangan gunakan berus yang boleh menghasilkan elektrik statik) dan juga vakum.

Jika anda tahu apa yang anda lakukan, anda boleh gunakan tip berikut untuk melakukan maintainace/hause keeping, dalaman PC. Ingat semua risiko tanggung sendiri, penulis tidak bertanggung jawab atas apa jua masalah atau kerosakkan atau kerugian yang timbul dengan panduan ini.
  1. Pastikan kabel power telah dicabut.
  2. Jika boleh gunakan alatan discaj elektrik statik yang diikat pada tangan.
  3. Gunakan tekanan sederhana atau lembut untuk membuka skru kipas cooler, tekanan berlebihan dengan penuh kekuatan boleh merosakkan motherboard atau komponen berkaitan. Jangan buka atau pasang skru komputer seperti memasang atau membuka skru motor atau kereta. Kalau rosak jangan salahkan sesiapa. ;-)
  4. Gunakan berus untuk menyapu habuk2 pada heat sink dan vakum untuk menyedut habuk yang disapu.
  5. Sebelum memvakum kipas, tahan bilah kipas dengan jari atau apa2 alat supaya bilah kipas tidak berpusing laju semasa di vakum nanti. Bilah kipas boleh berpusing terlampau laju bila divakum dan menyebabkan kipas rosak, tidak boleh digunakan lagi.
Selamat mencuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital