Tema menarik, premium untuk blogger & wordpress PERCUMA !!!

Suatu yang boleh dikatakan wajib anda dilakukan apabila membina sebuah blog baru adalah mengaplikasikan tema yang bersesuaian dengan konsep atau mesej blog anda. Tema adalah layout paparan bagi blog, atau antara muka blog itu. Konsep tema adalah seperti skin atau baju yang boleh bertukar ganti, seperti tema Windows, skin casing handfon, skin Winamp dan sebagainya.



Yang mana lebih menarik? atas atau bawah?

atau

Terdapat banyak laman web yang menawarkan template percuma sedia dimuat turun di Internet. Gunakan kata kunci "free blogger template" atau "free wordpress template" dan yang seumpamanya untuk mencari laman web template percuma dengan Yahoo!, Google atau apa2 enjin carian.

Template percuma Wordpress hanya untuk Wordpress.org dan bukan Wordpress.com, iaitu blog wordpress anda perlu dihoskan di server anda (sewa atau milik sendiri). Untuk wordpress.com, ada banyak template telah disediakan dalam wordpress.com untuk anda walaupun pilihannya amat terhad.


Selamat ber BLOG.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital