Jangan Jadi Mangsa ... scam syarikat2 IT orang tengah !!!

Syarikat2 IT orang tengah adalah seperti kontraktor civil yang mendapatkan projek-projek besar kemudian projek itu out-source kepada sub kontraktor yang lebih kecil. Banyak masalah timbul akibat daripada sikap orang tengah yang mahu mengambil untung besar.

Dilema Klien

Dilema yang bakal dihadapi oleh klien iaitu mereka yang membeli servis orang tengah adalah mereka perlu membayar kepada syarikat IT orang tengah itu dengan harga yang tinggi untuk sesuatu projek. Akan tetapi hasil kerja mereka tidak seberapa, fitur amat terhad, setiap tambahan walaupun kecil dicaj dengan harga yang melampau, penggunaan teknologi lapuk, kerja ala kadar janji siap dan boleh run.

Faktor-faktor mendalam atau butiran terperinci seperti masalah sekuriti, kebolehan untuk berkembang di masa hadapan, reabiliti, integriti, fleksibiliti, mesra pengguna, GUI dan lain-lain sering diabaikan, seperti melepas batuk di tangga. Keadaan ini bertambah buruk jika pihak klien itu buta IT, jadilah mereka seperti kambing yang dibaham buaya lapar.

Ada di antara buaya darat ini bukannya mahir dalam ICT, malah ada juga syarikat IT orang tengah yang tidak kepakaran dalaman iaitu tidak mempunyai staff teknikal, profesional atau programmmer yang betul2 mempunyai latar belakang dalam ICT. Pengetahuan mereka dalam ICT adalah pada level pengetahuan umum ICT, misalnya pernah mengikuti program sijil atau diploma kolej swasta dengan kerjasama bla, bla ... Bukan nak menghina, tetapi mereka ini bodoh sombong... mereka melihat staf yang betul-betul mempunyai latar belakang IT adalah satu ancaman dan bukan aset kepada syarikat. Sebab itu staf ICT asyik bertukar ganti tak sampai setahun.

Projek-projek ICT diurus secara tidak profesional, ini kerana staf profesional adalah terlalu kos. Mereka kemudian memberi tender kepada syarikat IT yang lebih kecil atau freelancer untuk melaksanakan projek itu. Tiada in house programmer atau profesional staff, pihak klien juga tidak dibenarkan berurusan terus dengan programmer atau teknikal walaupun dalam perkara-perkara kecil.

Syarikat IT orang tengah mengaut keutungan besar atas angin. Kunci atau key of survival bagi mereka adalah kroni dan politik, tanpa kroni mereka akan sesak nafas dan terus mati. Tak hairan jika mereka berjaya mendapatkan tender sepanjang hayat dengan badan-badan berkanun.

Dilema sub-sub kontraktor

Sebagaimana yang disebutkan tadi, syarikat IT orang tengah tidak mempunyai kepakaran dalaman atau langsung tidak mempunyai kepakaran dalaman. Mereka menawarkan pula projek ini kepada sub kontraktor dan akan memilih sub kontraktor yang dapat memberi harga terendah.

Oleh itu dilema yang dihadapi oleh sub-sub kontraktor adalah upah yang dibayar tidak berbaloi dengan kerja2, permintaan2, tambahan2 dan tanggung jawab selepas itu. Mana mungkin dengan RM1.00 yang diberi, boleh membeli teh tarik secawan, roti canai dua bungkus, nasi lemak ayam goreng bersama sambal kerang.

Masalah pembayaran oleh syarikat IT orang tengah kepada sub kontraktor juga memberi impak besar kepada klien. Jika syarikat IT orang tengah yang melengah-lengahkan pembayaran dengan seribu satu alasan atau gagal membayar upah dalam tempoh kontrak, bagaimana pihak sub kontraktor hendak meyempurnakan projek ICT pihak klien.

Risiko kepada Klien

Biasanya sub-sub kontraktor yang sanggup menerima upah yang rendah adalah mereka yang mengejar projek. Oleh itu tanggung jawab ke atas projek kurang diberi perhatian. Kata mereka, "ooo ini senang jer, mereka boleh buat... dalam masa *beep* hari jer". Bila ada masalah mereka enggan bertanggung jawab, deposit sudah bayar, bagaimana?

Pengambilan sub kontraktor termurah, janji boleh laksanakan projek itu mendedahkan klien kepada satu lagi risiko, iaitu latar belakang sub kontraktor yang tak tentu. Betul ke mereka mempunyai kepakaran dalam bidang ini dan mampu melaksanakan projek itu dari mula sampai akhir?

Kes pertama, keluhan dari klien yang menjadi mangsa syarikat IT orang tengah, mereka mendakwa bahawa mereka tidak dibenar untuk menghubungi atau bertemu dengan sub kontraktor lantikan orang tengah itu, oleh itu mereka sukar untuk berhubung dan membincangkan mengenai projek yang mereka berikan, malah apabila timbul masalah sub kontraktor berlepas tangan tak mahu bertanggung jawab dan sub kontraktor pula tidak dapat membezakan hal peribadi dengan kerja. Dalam satu kes, oleh kerana tunangnya "under pressure" bila masalah timbul akibat kerjanya yang ala kadar dan tidak profesional, pihak klien pula yang dimarahi. Katanya "itu memang tak boleh buat, ini memang tak boleh buat, nak kena beli sistem luar, kemudian kata orang lain tak reti IT... tapi tiada pula solution yang dia diberi".

Dalam kes lain pula, tak tahu lah apakah hasil kerja ala kadar ini adalah disebabkan kebodohan syarikat IT atau sub kontraktornya atau ia sememangnya dirancang untuk servis penyelengaraan di masa hadapan. Dalam kebanyakkan kes, sering kali ditemui kesilapan2 kecil dalam atur cara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh programmer profesional, ada juga masalah sepatutnya tidak terlalu kompleks atau boleh dikatakan mudah dan solutionnya sepatutnya mampu diselesaikan oleh programmer biasa, dan ada juga masalah dalam atur cara yang mudah, algoritmanya sengaja ditinggalkan kosong dan tidak diselesaikan. Maintainance terancang?

Dilema yang dihadapi pihak klien adalah kos yang terlalu tinggi dan tidak berbaloi dengan hasil kerja projek ICT dan banyak permintaan tidak dapat ditunaikan. Dilema yang dihadapi oleh pihak sub kontraktor adalah upah yang terlalu rendah tidak dapat menampung kos kerja-kerja atau permintaan2 yang diminta oleh pihak klien. Apabila masalah mengenai pembayaran timbul, syarikat IT orang tengah ini menarik diri daripada projek itu dan membiarkan masalah itu kepada klien dan juga sub kontraktor. Kesudahannya projek ICT itu terbengkalai, dan sub kontraktor pula tidak mendapat upah hasil kerja.

Freelancer atau Syarikat Besar?

Kepada syarikat atau badan berkanun yang mahu "out source" projek ICT kepada pihak luar, patutkah memilih syarikat besar yang mempunyai nama atau mengupah freelancer secara terus? Sebenarnya tiada jawapan untuk ini.

Ada badan berkanun tidak mahu out source kepada syarikat besar kerana "hasil projek yang dihasilkan" adalah sama dengan hasil kerja freelancer atau syarikat kecil, tetapi jurang kos syarikat besar adalah terlalu-lalu mahal. Apakah syarikat besar lebih terjamin? ini juga tidak semestinya benar kerana ada syarikat besar hidup semata-mata bergantung kepada politiking dan banyak menimbulkan masalah. Begitu juga tiada jaminan daripada syarikat kecil atau freelancer. Apatah lagi jika bertemu dengan freelancer bermasalah macam kes di atas.

Hint : Untuk mengatasi masalah ini gunakan undang-undang sebaiknya.

epilog 1 :
"kalau ayam jantan ingin menunjukkan kejantanannya kepada ayam betina, baik kedua-dua ayam jantan dan betina itu duduk dalam reban saja, tak payah menyusahkan orang lain, .... :-)"
epilog 2 :
"hairan dan pelik, kalau nak mintak kerja dengan sektor awam dan badan berkanun... sijil mestilah diiktiraf oleh JPA atau LAN. Akan tetapi bagaimana badan berkanun dan jabatan kerajaan boleh "out source" projek ICT seperti pembangunan laman web kepada syarikat IT orang tengah yang mempunyai latar belakang dalam bidang IT yang lemah. Patutlah sesetengah laman web badan berkanun, dan juga jabatan kerajaan nampak stereotiap dan nampak macam laman web budak sekolah dan tidak informatif".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital