Mikro pemproses Intel ATOM, sesuaikah ia untuk PC desktop?

Sebuah komputer PC boleh dibina pada harga yang sangat rendah dengan mikro pemproses Intel Atom. Mikro pemproses Intel ATOM diintegerasi bersama motherboard dan boleh didapati pada harga yang sangat murah. Misalnya : Motherboard Intel D410PT yang diintegerasi dengan Atom D410 (1.66GHz l 512KB) Single Core boleh didapati pada harga sekitar RM 230 dan motherboard Intel D510MO yang diintegerasi dengan Atom D510 (1.66GHz l 1MB) Dual Core pula boleh didapati pada harga sekitar RM280. Selain itu motherboard untuk mikro pemproses ATOM juga diintegrasikan dengan sokongan LAN 10/100Mbps, audio dan juga grafik on board. Ia juga menyokong S-ATA (x 2), DDR2 (4GB max) dan juga USB 2.0 (x 8). Oleh itu kita boleh membina PC di bawah RM500 (CPU sahaja) atau bawah RM1000 bersama LCD monitor dan lain2 aksesori.
Motherboard Intel D510MO dengan processor Atom D510
Die (teras) Intel ATOM D510
Saiz asal die mikro pemproses ATOM generasi pertama

Persoalannya, adakah mikro pemproses Intel ATOM termasuk versi baru D410 dan D510 boleh digunakan sebagai PC desktop low end? Untuk menjawap soalan ini, kita perlu fahami latar belakang mikro pemproses ATOM ini, fungsi dan pasarannya.

Apa itu pemproses ATOM?

Intel Atom adalah nama jenama untuk mikro pemproses x86 dan x86-64 voltan lampau rendah (ultra-low-voltage) dari Intel, di reka bentuk dalam CMOS 45 nm dan digunakan terutamanya di netbook, nettop, dan peranti Mobile Internet (MID).

Intel Atom processor family
Logo Code-name Series Core On-Die GPU TDP HT Intel 64 Intel VT-x Release date
Intel Atom logo 2008 MID / Ultra-Mobile PC
Silverthorne Atom Z single (45 nm) No 0.65~2 W No No No Apr 2008
2~2.4 W Yes Yes
Classmate PC / Netbook / Nettop
Diamondville Atom N2xx single (45 nm) No 2.5 W Yes No No June 2008
Atom 200 4 W Yes
Atom 300 dual (45 nm) 8 W Sep 2008
Intel Atom logo   2009 Pineview Atom N4xx single (45 nm) Yes 5.5 W Jan 2010
Atom D510 dual (45 nm) 10/13 W
List of Intel Atom microprocessors

Berbeza mikro pemproses PC biasa, mikro pemproses ini dipateri (solder) ke board seperti chipset Nortbridge dan Southbridge. Oleh itu anda perlu mikro pemproses ini sebagai satu pakej bersama motherboard.

Fokus utama mikro pemproses ATOM bukanlah sebagai mikro pemproses PC desktop sebaliknya khusus untuk platform netbook, nettop dan MID. Netbook adalah adalah sejenis notebook, bezanya ia lebih kecil (sai skrin LCD 5" hingga 10.1"), ringan, dan murah. Ia disesuaikan untuk pengkomputeran umum dan mengakses aplikasi berasaskan web.
Netbook vs Notebook dari segi saiz
Asus Eee PC 1005PE Netbook

Netbook Prolink Glee TA009 (6C1G)(Intel Atom N270, 1GB RAM, 160GB HDD,10.1” Screen,Card Reader, Web Cam,WiFi, MS-Win 7 Starter,6-cell Battery) boleh didapati pada harga serendah RM888.

Nettop juga mempunyai saiz yang kecil dan multi function (all-in-one), oleh itu ia mengambil ruang yang lebih kecil berbanding desktop PC. Amat sesuai untuk kegunaan pejabat dan kerajaan dalam sektor pengkeranian kerana ia bukan sahaja mengambil ruang yang kecil dalam pejabat, malah penggunaan tenaga yang kecil (<60 watt) bagi setiap nettop, amat praktikal dalam penjimatan tenaga dan seterusnya kos operasi.
Nettop juga boleh didapati dalam bentuk PC all in one, iaitu PC dan monitor LCD disatukan dalam satu unit seperti komputer Macintosh.

Performa @ Prestasi

Satu sebab kenapa mikro pemproses untuk platform netbook sesuai untuk perkomputeran umum dan aplikasi berasaskan web adalah faktor performanya yang sangat rendah berbanding mikro pemproses desktop. Jika anda mahu membina PC desktop dengan processor ATOM, dicadangkan anda memilih Intel ATOM D510 kerana ia adalah dwi pemproses dan ini dapat mengurangkan bebanan pada prosessor dan memperbaiki prestasi disamping mengekalkan penjimatan tenaga. Benchmark memberi gambaran kasar performa atau prestasi mikro pemproses ATOM berbanding mikro pemproses lain.

PassMark


CPU Type
Passmark CPU Mark
(higher is better)
Intel Atom D410 @ 1.66GHz 338
Intel Atom D510 @ 1.66GHz 662
Intel Atom N270 @ 1.60GHz 304
Intel Atom N280 @ 1.66GHz 314
Intel Atom N450 @ 1.66GHz 321
Intel Atom N470 @ 1.83GHz 356
Intel Atom Z540 @ 1.86GHz 340
Intel Atom Z550 @ 2.00GHz 386
AMD Athlon 64 4000+ 630
AMD Athlon 64 X2 Dual Core 3600+ 985
AMD Athlon II X2 215 1597
AMD Athlon LE-1660 742
AMD Athlon Neo MV-40 386
AMD Athlon Neo X2 Dual Core 6850e 1103
AMD Athlon XP 3000+ 456
AMD Geode NX 1750 291
AMD Sempron 140 823
AMD Sempron 3800+ 447
AMD Sempron LE-1300 602
AMD Turion II Dual-Core Mobile M500 1324
AMD Turion II Ultra Dual-Core Mobile M600 1496
AMD Turion Neo X2 Dual Core L625 849
AMD Turion X2 Dual Core Mobile RM-70 1034
Celeron Dual-Core T3000 @ 1.80GHz 1161
Intel Celeron 3.33GHz 415
Intel Celeron 420 @ 1.60GHz 460
Intel Celeron 570 @ 2.26GHz 629
Intel Celeron D 430 @ 1.80GHz 539
Intel Celeron E1200 @ 1.60GHz 890
Intel Celeron M 585 @ 2.16GHz 627
Intel Core Duo L2400 @ 1.66GHz 787
Intel Pentium 4 2.66GHz 340
Intel Pentium D 2.66GHz 676
Intel Pentium M 2.26GHz 572

Jika penjimatan tenaga penting dan faktor performa juga penting (misalnya untuk memainkan video HD dengan lebih lancar), kita boleh pertimbangkan sistem dengan mikro pemproses AMD Athlon II X2 240(65watt) atau AMD Athlon II X2 240e(45watt) dengan perbezaan harga yang tidak terlalu besar.


Disebabkan performa yang rendah, mikro pemproses Intel Atom kurang sesuai untuk
  1. Games terutama games 3D atau yang guna banyak kuasa CPU.
  2. Pengkodan video terutama video HD, seperti MPEG-4, x264 HD.
  3. Playback video HD.
  4. 3D rendering, termasuk CAD.
  5. Encryption/decription yang banyak.
  6. kerja-kerja grafik intensif.
  7. Windows 7 (boleh run tetapi kurang lancar)
  8. atau apa2 aplikasi moden yang menggunakan CPU secara intensif

Penjimatan Tenaga

Kesedaran mengenai pemanasan global mendorong kesedaran pengguna mengenai kepentingan penjimatan tenaga. Penjimatan tenaga juga bermaksud penjimatan dari segi penggunaan elektrik dan seterusnya penjimatan bil elektrik. Penjimatan elektrik sudah tentu amat penting kepada syarikat atau mana-mana organisasi.

Misalnya bagi kerja-kerja pengkeranian biasa, perlukah setiap komputer kerani dilengkapi dengan mikro pemproses terkini seperti i3 atau i5 atau i7 yang pantas? dan setiap komputer mestilah berjenama Dell (seperti di UM)? Sebuah komputer desktop biasa menggunakan kuasa elektrik dari 70watt hingga 300 watt atau lebih (secara kasar), sebaliknya komputer dengan mikro pemroses ATOM menggunakan kuasa elektrik kurang daripada 50watt. Oleh itu bagi penggunaan biasa seperti melayari Internet dan pengunaan perisian Office, dengan komputer biasa sudah tentu ini suatu pembaziran tenaga elektrik dan wang.

Oleh itu solution komputer desktop dengan mikro pemproses Intel Atom adalah antara solution terbaik untuk kemudahan komputer umum kepada kakitangan dan pelajar bagi penggunaan biasa. Selain daripada penjimatan tenaga, komputer dengan mikro pemproses Intel Atom juga mempunyai saiz yang lebih kecil dan seterusnya menjimatkan ruang pejabat. Ini boleh didapati dalam bentuk nettop atau All in one PC.


Produk Saingan : AMD Athlon Neo, VIA Nano.

Epilog :
Intel adalah salah sebuah syarikat antara bangsa yang memberi sokongan kuat kepada Israel. Kebanyakkan mikro pemproses Intel di reka bentuk di Israel. Mereka juga ada kampus Intel - Israel Design Center campus. Cuba search Google atau Yahoo! dengan key word "Intel Israel".
Link :

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...