Program menukar wallpaper Windows, DeztopWP 2.2 fixed

Program penukar wallpaper untuk Windows XP, dan Vista. Juga boleh digunakan pada Windows 7, lihat maklumat lanjut di bawah. Freeware@Percuma !!. DeztopWP adalah program penukar wallpaper Windows. Berbeza daripada pendekatan dalam Windows 7 yang menawarkan fitur slide show untuk desktop background dengan meletakan semua wallpaper dalam satu folder dan pengguna boleh memilih gambar mana untuk slide show background. DeztopWP berkonsepkan album gambar atau album wallpaper, konsepnya adalah seperti playlist Mp3 dalam Winamp dan Media Player. Gambar2 wallpaper boleh diambil dari pelbagai folder dan disimpan sebagai album wallpaper. Dezktop akan menukar2 wallpaper desktop mengikut gambar yang dipilih dalam album. DeztopWP Album Maker untuk membina album aka playlist wallpaper. Pertukaran wallpapar boleh dibuat secara rawak atau ikut susunan, dan mengikut sela masa tertentu atau tukar wallpaper semasa Windows dibuka dan tamat program (load and exit). Efek fade in seperti slide show Wi