Membina Rangkaian Rumah @ Home Networking - Bhg 1
Membina rangkaian rumah / SOHO / pejabat kecil tidak lah begitu sukar. Konsepnya sama seperti membina kawasan rangkaian tempatan (LAN)
Peranti yang diperlukan :
- Modem DSL / ADSL2+ : untuk sambungan Internet, dengan Streamyx atau talian broadband DSL lain.
- Router (bina dalam dengan modem), 4 port minimum : menguruskan talian rangkaian dalaman dengan menguruskan trafik paket2 data antara nod dalam rangkaian.
- Switch (jika diperlu untuk pelebaran rangkaian) : fungsi switch adalah hampir seperti router, ia tidak menguruskan paket data tetapi cuma menghalakan paket (switch) terus port yang berkenaan tanpa perlu broadcast paket itu kesemua nod rangkaian seperti yang dilakukan oleh hub.
- Acces point (untuk fitur wireless, WIFI) : jika diperlukan. Anda juga boleh dapatkan modem DSL yang mempunyai fitur wireless bina dalam. Wireless memudahkan anda membina home networking tetapi anda perlu konfigur seting sekuriti betul2.
- Firewall (bina dalam dengan modem/router) : firewall paket filtering, diperlukan untuk menghalang paket luaran yang tidak diperlukan.
- NAT (network address translation, bina dalam) .
- DHCP (bina dalam, modem / router) : servis ini akan mengumpukkan alamat IP kepada sebarang nod dalam rangkaian LAN anda secara automatik.
- NIC (kad network) : jika diperlukan, biasanya PC hari ini mempunyai NIC on board dan port RJ45 boleh didapati pada terminal I/O motherboard belakang casing PC.
- Wireless NIC (kad wireless network) : jika diperlukan, kedudukan tetap di mana kad dipasang dalam PC.
- Wireless USB adapter : fungsi sama seperti wireless NIC kecuali anda boleh pasang ia secara plug n play seperti peranti USB lain (thumb drive, printer dsb).
- Homeplug (jika diperlukan) : solution jika anda tidak mahu pendawaian kabel networking berlebihan dalam bangunan atau rumah dan jika masalah dengan wireless untuk menembusi dinding tebal dalam bangunan. Homeplug menggunakan soket elektrik atau menggunakan sistem pendawaian elektrik sebagai medium transmisi data. Isyarat data bergerak dalam wayar elektrik.
Aztech DSL605EW (cadangan), ADSL2+, router, 4 port LAN, WIFI G++ atau Aztech DSL1000EW(L), ADSL2+, router, 4 port LAN, WIFI G atau lain-lain, wireless N mempunyai bandwidth 300Mbps dan jarak lebih jauh.
Jenama lain : D-Link, TP-Link, Prolink, Linksys (Cisco), Artnet, SMC, Belkin dan lain2.
Harga : RM100++
Komponen rangkaian lain
Contoh Port RJ45 dan kabel RJ45.
Contoh Network interface card (NIC), wireless NIC dan NIC on board.
Contoh Wireless Access Point, dan Wireless USB adapter
Contoh Homeplug
Contoh Modem ADSL+ (4 in 1, 5 in 1 dan lain2), built in router, LAN, wireless access point, firewall, DHCP, NAT dan sebagainya.
Contoh Network switch untuk LAN yang lebih besar.
Contoh implementasi : Untuk LAN yang besar seperti kampus, peranti2 rangkaian (rack mounted) seperti router, switch, hub, malah server 1U/2U ditempatkan dalam kabinet berkunci.
bersambung ... (link ke bahagian 2)
Ulasan
Catat Ulasan