Membina Rangkaian Rumah @ Home Networking - Bhg II
(sambungan ...)
Contoh : plan LAN yang mudah
Contoh : plan rangkaian berkabel dan wireless untuk rangkaian rumah.
Satu kelebihan pendawaian secara kabel, bandwidth setiap port adalah dedicated atau dikhaskan kepada nod yang disambungkan tanpa perkongsian bandwidth. Iaitu katakan router mempunyai 4 port RJ45 (LAN), bandwidth bagi port 1 adalah 100Mbps (atau 10 / 1000Mbps mengikut switch / router dan juga NIC) uplink dan 100Mbps downlink, oleh itu jumlah bandwith bagi port 1 adalah 200Mbps. Setiap port mempunyai bandwith masing2, oleh itu port 2,3 dan 4 juga mempunyai jumlah bandwidth 200Mbps masing2. Oleh kerana bandwidth adalah khusus dan tidak dikongsikan maka ia sesuai untuk rangkaian dalaman yang memerlukan kelajuan tinggi dan kestabilan talian yang tetap. Had jarak kabel rangkaian (CAT5e) maksimum adalah 100 meter. Bandwidth dedicated ini hanya benar jika disambungkan ke switch atau router, jika disambungkan ke hub (discontinued, tidak lagi digunakan) bandwidth adalah dikongsikan.
Bandwidth bagi wireless adalah dikongsikan, tetapi bergantung juga kepada standard bandwidth AP seperti wireless G, wireless G++, wireless draft N dan juga bandwidth nod wireless itu sendiri. Jika bandwith AP adalah 125Mbps dan ia boleh menampung dua nod wireless pada 54Mbps, jika lebih daripada dua nod wireless maka bandwidth AP perlu dibahagikan mengikut bilangan nod. Tetapi ini juga bergantung kepada trafik semasa setiap nod.
Homeplug
Contoh : plan rangkaian berkabel, wireless dan homeplug untuk rangkaian rumah.
Plan rangkaian ini hampir sama seperti di atas kecuali kabel rangkaian hanya digunakan untuk jarak pendek. Pendawaian kabel rangkaian bilik ke bilik digantikan dengan homeplug yang diplugkan ke soket elektrik di dinding. Kabel rangkaian pendek digunakan untuk menyambungkan homeplug dengan PC atau apa-apa peranti rangkaian.
Pendawaian menggunakan wayar elektrik adalah lebih kemas kerana pendawaian elektrik telah sedia ada dalam bangunan. Kos pendawaian atau kerja2 pendawaian kabel rangkaian dapat dijimatkan. Penggunaan homeplug juga membantu untuk jarak jauh atau di mana dinding bangunan agak tebal dan gelombang WIFI sukar untuk menembusinya. Namun harga bagi satu homeplug pada masa ini agak mahal (dari RM80) terutama jika setiap nod memerlukan satu homeplug. Homeplug perlu dipasang minimum dua unit seperti rajah berikut.
Bandwidth bagi homeplug adalah sama seperti AP. Ia juga bergantung kepada bandwidth homeplug yang disambungkan ke router serta bandwidth port router yang dihubungkan ke homeplug.
Rangkaian rumah tidak berasaskan pelayan atau rangkaian "peer-to-peer", oleh itu masing2 adalah bebas mencapai rangkaian yang dikongsi. Bagi setiap komputer rangkaian, anda perlukan alamat nombor IP untuk komputer itu, IP sub mask, ip gateway dan juga IP DNS (domain name servers). Alamat bagi komputer anda serta tetapan lain akan dijanakan secara automatik oleh ISP komputer anda semasa di sambungkan ke Internet.
Bagi home networking yang kita bincangkan di atas, oleh kerana modem/router yang mendail internet maka alamat IP yang diberikan oleh ISP akan diumpukkan kepada router itu. Router akan bertindak sebagai gateway untuk LAN anda mencapai Internet.
Router mempunyai dua alamat IP satu IP private dan satu lagi IP public yang diberikan oleh ISP bila sambungan Internet dibuat. Alamat IP private router adalah "default gateway" kepada LAN anda. Setiap nod dalam LAN yang mahu mencapai Internet akan melalui router (gateway) yang memproses trafik2 rangkaian dalaman ke Internet. Secara ringkas router mempunyai dua tugas menguruskan trafik rangkaian dalaman dan satu lagi menguruskan capaian trafik dalaman ke Internet.
Setiap PC atau nod mestilah dibezakan dalam rangkaian berdasarkan alamat IP. Servis DHCP dalam modem boleh memperuntukkan alamat IP private daripada NAT. NAT adalah proses pemetaan alamat IP private (192.168.x.x) kepada satu alamat IP public yang diperuntukkan oleh ISP. Proses penterjemahan alamat IP ke alamat IP awam ini juga dilakukan oleh router.
Satu kelebihan NAT ialah ia boleh memisahkan rangkaian dalaman daripada rangkaian luaran sepenuhnya. Ini adalah satu bentuk firewall dan sekuriti rangkaian di mana rangkaian luaran seperti Internet tidak boleh mencapai LAN anda secara terus. Private IP hanya sah dalam rangkaian dalaman sahaja, ia tidak diterjemah dan digugurkan oleh router luaran.
Servis DHCP juga mengumpukkan tetapan rangkaian seperti submask, alamat IP pelayan DNS, gateway dan WINS kepada komputer yang meminta servisnya. Dalam rangkaian rumah apabila kabel LAN disambungkan ke router modem ADSL+, mula2 sistem operasi komputer akan cuba mendapatkan IP daripada servis DHCP (jika tetapan rangkaian dibuat secara automatik). Sistem operasian kemudian akan menetapkan tetapan rangkaian pada komputer secara automatik berdasarkan tetapan yang diberikan oleh DHCP. Jika anda menetapkan tetapan rangkaian secara manual, semua tetapan rangkaian bagi setiap nod perlu ditetapkan secara manual satu persatu. Tetapan manual juga mempunyai kelebihan sendiri berbanding servis DHCP di mana ia mewujudkan rangkaian yang lebih stabil, tiada jangka hayat bagi IP ditetapkan berbanding DHCP.
Begitu juga dengan rangkaian wireless, untuk tetapan rangkaian seperti alamat IP, submask, gateway dan DNS ia juga ditetapkan oleh servis DHCP dalam modem/router. Tetapi untuk membolehkan wireless adapter PC anda ataupun wireless LAN PC anda disambungkan ke access point wireless, anda perlu membuat beberapa tetapan tentang rangkaian wireless LAN anda.
Mula2 tetapkan tetapan sekuriti SSID dan kekunci pada AP modem / router. Pastikan capaian hanya dibenarkan jika log in SSID / key itu sah sahaja. Untuk keselamatan AP, anda perlu pilih teknik enkripsi WEP atau WPA bagi penyulitan data rangkaian. Sorokkan SSID AP anda jika perlu, ini akan menyukarkan cubaan luar untuk disambungkan ke rangkaian anda walaupun mereka dapat mengesan kehadiran WIFI @ wireless LAN anda. Key bagi AP adalah nombor heksadesimal, nombor perenam belas (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, A, B, C, D, E, F). Adalah lebih baik jika anda tidak menggunakan default key AP dan menggunakan key yang anda ciptakan sendiri.
Untuk modem pula, anda perlu memasukkan tetapan akaun broadband kepada modem ADSL+ anda. Ini membolehkan modem menyambungkan rangkaian ke Internet secara automatik apabila modem dihidupkan.
Misalnya, rangkaian LAN bagi perjabat seperti ini walau pun kecil memerlukan perancangan pemasangan rangkaian dengan betul. Anda memerlukan peranti2 rangkaian yang lebih khusus seperti router, switch, AP, rak, pelayan2, printer server, NAS atau file server, Windows Server (domain controller dsb) dan sebagainya. Untuk talian Internet sudah tentu anda perlukan talian korporat yang lebih besar bandwidthnya, dedicated IP dan sebagainya.
Hakcipta
Ilustrasi rajah diambil daripada pelbagai sumber dan diubahsuai, hakcipta pemilik asal ilustrasi itu. Kecuali gambar makmal komputer dan rack-mounted, hakcipta Karya IT.
Reka bentuk layout rangkaian
Untuk mewujudkan sistem rangkaian sama ada rangkaian rumah atau pejabat kecil, anda masih perlu merancang plan layout fizikal rangkaian anda, sekurang-kurangnya secara lakaran. Misalnya ruang dalam bangunan yang akan ditempatkan komputer atau nod rangkaian, bilik ke bilik atau tingkat ke tingkat, tebal dinding, jarak dan keluasan.Contoh : plan LAN yang mudah
Contoh : plan rangkaian berkabel dan wireless untuk rangkaian rumah.
Sambungan kabel
Sambungan nod berkabel sangat mudah, hanya sambungkan kabel network ke nod sama ada PC atau peranti. Servis DHCP dalam modem akan memperuntukkan IP private yang disediakan oleh servis NAT kepada nod itu. Modem perlu dikonfigur dengan akaun broadband anda (seperti streamyx) terlebih dahulu. Apabila modem mendail ISP dan disambungkan ke ISP, rangkaian anda disambungkan ke Internet secara perkongsian talian. Perkongsian talian ini diuruskan oleh servis NAT yang menterjemah alamat IP awam dari ISP ke ISP private dalaman, dan juga servis router yang menguruskan trafik rangkaian dalaman dan juga ke Internet.Satu kelebihan pendawaian secara kabel, bandwidth setiap port adalah dedicated atau dikhaskan kepada nod yang disambungkan tanpa perkongsian bandwidth. Iaitu katakan router mempunyai 4 port RJ45 (LAN), bandwidth bagi port 1 adalah 100Mbps (atau 10 / 1000Mbps mengikut switch / router dan juga NIC) uplink dan 100Mbps downlink, oleh itu jumlah bandwith bagi port 1 adalah 200Mbps. Setiap port mempunyai bandwith masing2, oleh itu port 2,3 dan 4 juga mempunyai jumlah bandwidth 200Mbps masing2. Oleh kerana bandwidth adalah khusus dan tidak dikongsikan maka ia sesuai untuk rangkaian dalaman yang memerlukan kelajuan tinggi dan kestabilan talian yang tetap. Had jarak kabel rangkaian (CAT5e) maksimum adalah 100 meter. Bandwidth dedicated ini hanya benar jika disambungkan ke switch atau router, jika disambungkan ke hub (discontinued, tidak lagi digunakan) bandwidth adalah dikongsikan.
Wireless
Bagi seting wireless, ada perlu tetapkan SSID bagi access point (modem) anda bersama dengan key WEP atau WPA. Jika tiada kesulitan, anda perlu tetapkan SSID sebagai hidden (tersorok) supaya AP anda sukar untuk dihack. Jika anda tidak menetapkan tetapan sekuriti dengan betul, talian Internet anda akan digunakan oleh jiran2 anda atau mereka yang berdekatan secara percuma. Kesannya? Internet anda akan menjadi perlahan apabila trafik terlalu tinggi.Bandwidth bagi wireless adalah dikongsikan, tetapi bergantung juga kepada standard bandwidth AP seperti wireless G, wireless G++, wireless draft N dan juga bandwidth nod wireless itu sendiri. Jika bandwith AP adalah 125Mbps dan ia boleh menampung dua nod wireless pada 54Mbps, jika lebih daripada dua nod wireless maka bandwidth AP perlu dibahagikan mengikut bilangan nod. Tetapi ini juga bergantung kepada trafik semasa setiap nod.
Homeplug
Contoh : plan rangkaian berkabel, wireless dan homeplug untuk rangkaian rumah.
Plan rangkaian ini hampir sama seperti di atas kecuali kabel rangkaian hanya digunakan untuk jarak pendek. Pendawaian kabel rangkaian bilik ke bilik digantikan dengan homeplug yang diplugkan ke soket elektrik di dinding. Kabel rangkaian pendek digunakan untuk menyambungkan homeplug dengan PC atau apa-apa peranti rangkaian.
Pendawaian menggunakan wayar elektrik adalah lebih kemas kerana pendawaian elektrik telah sedia ada dalam bangunan. Kos pendawaian atau kerja2 pendawaian kabel rangkaian dapat dijimatkan. Penggunaan homeplug juga membantu untuk jarak jauh atau di mana dinding bangunan agak tebal dan gelombang WIFI sukar untuk menembusinya. Namun harga bagi satu homeplug pada masa ini agak mahal (dari RM80) terutama jika setiap nod memerlukan satu homeplug. Homeplug perlu dipasang minimum dua unit seperti rajah berikut.
Bandwidth bagi homeplug adalah sama seperti AP. Ia juga bergantung kepada bandwidth homeplug yang disambungkan ke router serta bandwidth port router yang dihubungkan ke homeplug.
Konfigurasi Rangkaian
Konfigurasi rangkaian menentukan rangkaian yang dibina berfungsi atau tidak. Ia mungkin memeningkan kepala jika ia tidak dilakukan dengan baik.Rangkaian rumah tidak berasaskan pelayan atau rangkaian "peer-to-peer", oleh itu masing2 adalah bebas mencapai rangkaian yang dikongsi. Bagi setiap komputer rangkaian, anda perlukan alamat nombor IP untuk komputer itu, IP sub mask, ip gateway dan juga IP DNS (domain name servers). Alamat bagi komputer anda serta tetapan lain akan dijanakan secara automatik oleh ISP komputer anda semasa di sambungkan ke Internet.
Bagi home networking yang kita bincangkan di atas, oleh kerana modem/router yang mendail internet maka alamat IP yang diberikan oleh ISP akan diumpukkan kepada router itu. Router akan bertindak sebagai gateway untuk LAN anda mencapai Internet.
Router mempunyai dua alamat IP satu IP private dan satu lagi IP public yang diberikan oleh ISP bila sambungan Internet dibuat. Alamat IP private router adalah "default gateway" kepada LAN anda. Setiap nod dalam LAN yang mahu mencapai Internet akan melalui router (gateway) yang memproses trafik2 rangkaian dalaman ke Internet. Secara ringkas router mempunyai dua tugas menguruskan trafik rangkaian dalaman dan satu lagi menguruskan capaian trafik dalaman ke Internet.
Setiap PC atau nod mestilah dibezakan dalam rangkaian berdasarkan alamat IP. Servis DHCP dalam modem boleh memperuntukkan alamat IP private daripada NAT. NAT adalah proses pemetaan alamat IP private (192.168.x.x) kepada satu alamat IP public yang diperuntukkan oleh ISP. Proses penterjemahan alamat IP ke alamat IP awam ini juga dilakukan oleh router.
Satu kelebihan NAT ialah ia boleh memisahkan rangkaian dalaman daripada rangkaian luaran sepenuhnya. Ini adalah satu bentuk firewall dan sekuriti rangkaian di mana rangkaian luaran seperti Internet tidak boleh mencapai LAN anda secara terus. Private IP hanya sah dalam rangkaian dalaman sahaja, ia tidak diterjemah dan digugurkan oleh router luaran.
Servis DHCP juga mengumpukkan tetapan rangkaian seperti submask, alamat IP pelayan DNS, gateway dan WINS kepada komputer yang meminta servisnya. Dalam rangkaian rumah apabila kabel LAN disambungkan ke router modem ADSL+, mula2 sistem operasi komputer akan cuba mendapatkan IP daripada servis DHCP (jika tetapan rangkaian dibuat secara automatik). Sistem operasian kemudian akan menetapkan tetapan rangkaian pada komputer secara automatik berdasarkan tetapan yang diberikan oleh DHCP. Jika anda menetapkan tetapan rangkaian secara manual, semua tetapan rangkaian bagi setiap nod perlu ditetapkan secara manual satu persatu. Tetapan manual juga mempunyai kelebihan sendiri berbanding servis DHCP di mana ia mewujudkan rangkaian yang lebih stabil, tiada jangka hayat bagi IP ditetapkan berbanding DHCP.
Begitu juga dengan rangkaian wireless, untuk tetapan rangkaian seperti alamat IP, submask, gateway dan DNS ia juga ditetapkan oleh servis DHCP dalam modem/router. Tetapi untuk membolehkan wireless adapter PC anda ataupun wireless LAN PC anda disambungkan ke access point wireless, anda perlu membuat beberapa tetapan tentang rangkaian wireless LAN anda.
Mula2 tetapkan tetapan sekuriti SSID dan kekunci pada AP modem / router. Pastikan capaian hanya dibenarkan jika log in SSID / key itu sah sahaja. Untuk keselamatan AP, anda perlu pilih teknik enkripsi WEP atau WPA bagi penyulitan data rangkaian. Sorokkan SSID AP anda jika perlu, ini akan menyukarkan cubaan luar untuk disambungkan ke rangkaian anda walaupun mereka dapat mengesan kehadiran WIFI @ wireless LAN anda. Key bagi AP adalah nombor heksadesimal, nombor perenam belas (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, A, B, C, D, E, F). Adalah lebih baik jika anda tidak menggunakan default key AP dan menggunakan key yang anda ciptakan sendiri.
Untuk modem pula, anda perlu memasukkan tetapan akaun broadband kepada modem ADSL+ anda. Ini membolehkan modem menyambungkan rangkaian ke Internet secara automatik apabila modem dihidupkan.
Rangkaian LAN yang lebih besar
Walau pun anda boleh menggunakan switch untuk melebarkan rangkaian, router 4 port LAN tak mampu untuk menguruskan trafik lebih daripada 5 atau 6 nod. Anda mungkin perlukan router yang lebih besar bilangan portnya dan pelan rangkaian yang lebih rumit. Di mana anda mungkin perlu router khusus (bukan built-in dengan modem ADSL+) atau pelayan2 tertentu. Lebih besar suatu rangkaian maka lebih rumit lagi rangkaian itu dan ia merupakan satu subjek atau bidang yang agak besar untuk dibincangkan di sini.Misalnya, rangkaian LAN bagi perjabat seperti ini walau pun kecil memerlukan perancangan pemasangan rangkaian dengan betul. Anda memerlukan peranti2 rangkaian yang lebih khusus seperti router, switch, AP, rak, pelayan2, printer server, NAS atau file server, Windows Server (domain controller dsb) dan sebagainya. Untuk talian Internet sudah tentu anda perlukan talian korporat yang lebih besar bandwidthnya, dedicated IP dan sebagainya.
Hakcipta
Ilustrasi rajah diambil daripada pelbagai sumber dan diubahsuai, hakcipta pemilik asal ilustrasi itu. Kecuali gambar makmal komputer dan rack-mounted, hakcipta Karya IT.
Ulasan
Catat Ulasan