Mengenai Penulis

Adalah seorang penulis, pemaju sys. maklumat, konsultan dan programmer. Lulusan Dip. IT (eks), Universiti Malaya. Lebih 17 thn pengalaman dlm ICT. >>>

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Isnin, Julai 05, 2010

Pelbagai servis tambahan untuk webmaster & blogger - domian percuma

Apa itu nama domain? Nama domain adalah nama bagi alamat pelayan atau hos di Internet yang menggunakan nama biasa yang mudah diingati berbanding alamat dengan nombor IP. Nama domain ditulis dengan huruf2 kecil dan dipisahkan dengan titik noktah. Contoh : karyait.blogspot.com adalah satu contoh nama domain.

Nama domain terdiri daripada nama zon atau TLD (top level domain) diikuti dengan nama bagi domain itu atau sub zone. Misalnya www.google.com.my, ".my" adalah TLD bagi zon Malaysia, sub zon ".com" adalah (juga adalah TLD jika tanpa .my, zon domain untuk organisasi atau komerisal) dan google adalah domain yang didaftarkan oleh google.

Jika "blogspot.com" adalah domain untuk servis "Blogger" yang ditawarkan Google, "karyait" dalam "karyait.blogspot.com" pula adalah salah satu sub domin dalam domain "blogspot.com".

Berapakah harga bagi langganan domain? Contoh:

  • .my (TLD), misalnya "www.utm.my". Harga langganan setahun : RM120.
  • .com.my, .edu.my, .org.my, .biz.mt, .gov.my dan sebagainya. Harga langganan setahun : RM80.
  • .com, .biz, .org dan lain2. Harga langganan setahun : RM55.
  • .name.my. Harga langganan setahun : RM32.

Promosi HEBAT !!! untuk tahun pertama atau harga istimewa untuk langganan dua tahun atau lebih oleh  Exabytes - Your Excellent Hosting Partner!
  • Domain ".com", ".net", ".biz", ".info" pada harga RM38 (biasa RM55). 
  • ATAU Domain TLD ".my" pada harga RM75 (biasa RM120).
  • ATAU Domain ".asia" pada harga RM79 (biasa RM99). 
  • ATAU Domain ".me" pada harga RM59 (biasa RM99). 
  • ATAU Domain ".com.my", ".net.my", ".org.my" pada harga RM50 (biasa RM80). 
  • ATAU Domain ".name.my" pada harga RM22 (biasa RM32).

Domain percuma .co.cc

Anda juga boleh mendapatkan domain percuma daripada hos servis .co.cc. Mereka juga menawarkan sub domain, CNAME,A,MX,NS,TXT, Control Panel, Google Apps, Windows Live Custom Domain, Web forwarding dalam servis domain percuma mereka. Oleh itu url anda yang panjang boleh dipendekkan atau dinamakan dengan nama sendiri. Misalnya : karyait.blogspot.com ke karyait.co.cc. Anda boleh gunakan servis ini untuk alamat laman web dan juga emel.

Servis domain .co.cc juga menawarkan nama domain dengan teks atau huruf bukan rumi seperti  www.光の利点.co.cc.

CO.CC:Free Domain

0 komen:

Catat Ulasan

Jika sebahagian dari skrin pengesahan komen FB terlindung, klik dialog pengesahan komen FB itu dengan butang tengah tetikus dan heret ke bawah sehingga anda nampak butang Submit.

Related Posts with Thumbnails