Sistem Operasian Microsoft Windows - Bhg 1

Mungkin ada di antara pembaca ingin bertanya mengenai perbezaan antara Windows ini, ini, ini dan itu. Microsoft Windows adalah perisian sistem operasian keluaran Microsoft yang berasaskan antara muka grafik dan dikhususkan untuk komputer yang berasaskan mikro pemproses x86 (32bit) dan kini x86-64 (64bit). Selain itu terdapat edisi khas untuk mikro pemproses bukan PC (x86) seperti Intel Itanium (IA-64). 

Komputer Peribadi (PC)
Komputer peribadi atau personal computer (PC) pula merujuk kepada komputer untuk kegunaan umum yang mampu dimiliki dan digunakan oleh individu (baik pengguna di rumah atau pejabat) dari segi harga, saiz, kemampuannya. PC juga sering kali dirujuk kepada komputer berasaskan mikro pemproses x86 yang asalnya dimajukan oleh IBM (8086 dan sebagainya).

Sebuah komputer peribadi mungkin merupakan komputer desktop, laptop, notebook, netbook, PC tablet, atau PC genggam (juga disebut Palmtop). Software aplikasi untuk komputer peribadi merangkumi pengolah kata (word processing), spreadsheet, database, web browser dan klien e-mel, permainan, pelbagai aplikasi lain serta perisian aplikasi kustom. PC boleh digunakan di rumah atau di pejabat, ia juga boleh disambungkan kepada rangkaian kawasan tempatan (LAN), baik dengan kabel atau sambungan wayarles.

Sistem Operasian Windows
Sebelum Windows, sistem operasian asal untuk komputer PC adalah DOS (Disc operating system). DOS tidak mempunyai antara muka Windows, program DOS dilarikan pada pendorong arahan atau command prompt. Sistem operasian Windows dibina dengan antara muka grafik dan untuk membolehkan bebilang aplikasi dilarikan serentak (multi tasking).
DOS 6.x, arahan ditaip pada pendorong dos.

Windows 1.0 dan Windows 2.0
Windows 1.0 bermula pada September 1981 tetapi ia tidak dikeluarkan sehingga 1985. Satu ciri utama Windows 1.0 ialah ia tidak membenarkan tingkap2 bertindih. Kemudian pada October 1987, Windows 2.0 dikeluarkan dengan beberapa pembaharuan pada antara muka dan juga pengurusan memori.
antara muka Windows 1, tingkap disusun tanpa pertindihan


Windows 3.x
Windows 3.0 diperkenal pada 1990 dan Windows 3.1 pula diperkenal pada tahun 1992, ia menawarkan lebih banyak penambah baikan, reka bentuk yang diperbaiki, virtual memori dan banyak lagi. Windows 3.1.1 (11 August 1993) pula memperkenalkan networking kepada sistem operasian Windows dan juga capaian fail 32bit.
boot skrin Windows 3.x
Windows 3.1.1 for workgroup, mula menyokong rangkaian
tetingkap Windows 3.x
Ikon2 dikategorikan mengikut tetingkap program, dalam Windows sekarang ikon program dalam kumpulan program pada menu Start.
bersambung ... (link ke bahagian 2)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...