Sistem Operasian Microsoft Windows - Bhg 4

(sambungan dari bahagian 3)

Windows XP
Hayat Windows 2000 dan Windows ME tidak lama, pada Ogos 2001 Microsoft memperkenalkan Windows XP untuk PC sama ada perniagaan atau pun pengguna di rumah. Ini termasuk untuk kegunaan notebook. XP adalah singkatan kepada "eXPerience", iaitu perubahan atau pengalaman baru dalam penggunaan PC. Windows XP, adalah berasaskan kernel Windows 2000 (NT) yang diperbaiki, ia adalah sistem operasian 32 bit sepenuhnya.

Ciri baru dalam Windows XP adalah antara muka baru (tema Luna), driver rollback (balik ke asal jika instalasi gagal), multi user dengan Fast Switching, sekuriti yang diperbaiki, sokongan hardware yang lebih baiik dan luas, pembaikkan dalam rangkaian, games dan lain2.
Tetingkap, Start Menu, dan desktop Windows XP

Skim pengaktifan produk online atau Windows Genuine Advantage mula diperkenalkan dalam Windows XP untuk mengatasi masalah cetak rompak. Ia agak sensitif kepada perubahan harware PC di mana pengguna mungkin perlu mengaktifkan semula Windows. Ini mungkin menjadi masalah kepada mereka yang tidak mempunyai sambung terus ke Internet atau telefon.

Windows XP pada asasnya terdiri daripada dua versi iaitu Windows XP Home Edition untuk kegunaan pengguna di rumah dan Windows XP Profesional untuk kegunaan perniagaan dan pengguna mahir, di mana ia menyokong sambungan ke rangakaian domain Windows Server, sokongan dwi mikro pemproses dan beberapa fitur lain. Windows XP Media Center Edition adalah versi Windows XP yang ditambah baikkan untuk sokongan fitur2 multimedia. Windows XP Tablet PC Edition adalah untuk platform PC Tablet.

Selain itu terdapat edisi khas untuk mikro pemproses 64 bit iaitu Windows XP 64-bit Edition untuk pemproses IA-64 (Intel Itanium) dan Windows XP Professional x64 Edition untuk x86-64 (AMD-64 dan serasi). Terdapat juga Windows XP Embedded, versi komponen dari Windows XP Professional untuk platform komputer tertanam (Embedded) seperti terminal kiosk, dan edisi untuk pasaran tertentu seperti Windows XP Starter Edition.
Boot skrin Windows XP, ia boleh ditukar dengan perisian 3 party seperti stardock. Lihat artikel berkaitan dengan tag boot skrin atau star dock.
teingkap shell Windows Explorer dalam Windows XP.
Remote Desktop mula diperkenalkan dalam Windows XP.

Windows Server 2003
Adalah sistem operasian pelayan bagi menggantikan platform Windows 2000 Server. Ia diperkenalkan pada 24 April 2003. Ia mengandungi penambah baikkan pada fitur2 terdahulu seperi Active Directory, Group Policy, IIS 6 dan lain2. Tidak seperti Windows 2000 Server, Windows 2003 Server boleh didapati dalam banyak edisi iaitu Windows Small Business Server, Web Edition, Standard Edition, Enterprise Edition, Datacenter Edition, Windows Compute Cluster Server, Windows Storage Server dan Windows Home Server. Asas antara mukanya adalah seperti Windows XP.

sumber wikipidia
servis2 pelayan dipasang dan dikonfigur menerusi program ini atau dari administrator control panel.

Windows Server 2008
Juga adalah sistem operasian pelayan baru bagi menggantikan Windows Server 2003. Diperkenalkan pada 27 February 2008 dan keluran kedua Windows Server 2008 R2 pada 22 Julai 2009. Asas antara mukanya adalah seperti Windows Vista.

Antara ciri barunya : server core, Active Directory roles, Failover Clustering, Windows PowerShell, Self-healing NTFS dan lain2. Edisi2 Windows Server 2008: Windows Server 2008 Standard (x86 & x86-64), Windows Server 2008 Enterprise (x86 & x86-64), Windows Server 2008 Datacenter (x86 & x86-64), Windows HPC Server 2008 (mengantikan Windows Compute Cluster Server 2003), Windows Web Server 2008 (x86 & x86-64), Windows Storage Server 2008 (x86 & x86-64), Windows Small Business Server 2008 (x86-64) untuk perniagaan kecil, , Windows Essential Business Server 2008 (x86-64) untuk pernigaan bersaiz sederhana, Windows Server 2008 untuk sistem Itanium dan Windows Server 2008 Foundation.
Start menu dan server manager.
Server Core
Windows Power Shell

bersambung ke bahagian 5...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital