Sistem Operasian Microsoft Windows - Bhg 3

(sambungan dari bahagian 2)


Windows NT
Sistem operasian Windows adalah sama ada sistem 16 bit atau hibrid 16 dan 32 bit. Sistem 32 bit sepenuhnya adalah untuk stesen kerja dan pelayan. Perisian sistem operasian Windows 32bit sepenuhnya yang pertama adalah Windows NT pada 1993 yang disasarkan untuk sektor perniagaan. Ini kerana ia lebih stabil berbanding Windows pengguna.

Windows NT juga berkembang dari tahun ke tahun Windows NT 3.5 (1994), NT 3.51 (1995), NT 4.0 (1996), dan Windows 2000 (2000). Windows NT 3.x mempunyai antara muka seperti Windows 3.x pengguna, manakala Windows NT 4.0 pula mempunyai antara muka seperti Windows 95. Berbeza daripada Windows pengguna, Windows NT menyokong bebilang pemproses, dan juga berbilang pengguna, iaitu sistem operasian stesen kerja yang setara dengan Unix.
antara muka Windows NT 3.5 seperti windows 3.x
Begitu juga dengan Windows 3.5.1
Windows NT 4 mempunyai antara muka seperti Windows 9x.

Sistem format partition harddisk yang digunakan oleh Windows 9x paling tinggi adalah FAT32 yang tidak menawarkan ciri keselamatan. Dalam sistem Window NT pula sistem format harddisk NTFS diperkenalkan. Format NTFS adalah lebih selamat daripada FAT32 dan sebelumnya kerana ia boleh menyimpan rekod sekuriti pada fail dan juga direktori. Misalnya pengguna A hanya boleh mencapai dokumen dan direktorinya sahaja.

Windows 2000
Windows 2000 adalah sebaris sistem operasi yang Microsoft untuk kegunaan pada komputer peribadi, perniagaan desktop, laptop, dan pelayan. Dikeluarkan pada 17 Februari 2000. Antra ciri2 baru dalam Windows 2000 adalah Windows File Protection, NTFS 3.0, Microsoft Management Console, penambah baikkan pada Windows Explorer, koata disk, multi bahasa, dan lain2. Edisi Windows 2000: Windows 2000 Profesional untuk kegunaan PC biasa atau stesen kerja,  dan Windows Server (3 edisi).

Satu ciri utama dalam Windows 2000 adalah penambah baikkan dalam sistem rangkaian dan pelayan. Antaranya adalah domain Windows Server yang memusatkan rangkaian di bawah satu kawalan sepusat, Active Directory, fitur2 server seperti NAT, DNS, WINS, Group Policy, dan banyak lagi.
Tetingkap dan Start Menu Windows 2000 Profesional
Boot skrin Windows 2000
Skrin logon Windows 2000.
Windows 2000 adalah lebih stabil daripada Windows 9x termasuk Windows ME
Mozilla Firefox dilarikan dalam Windows 2000.


bersambung ke bahagian 4 ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...