Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Bina Blog dengan Blogger - Bahagian I

Imej
Mengendalikan blog adalah lebih mudah daripada mengendalikan laman web, kandungan blog boleh terus dimasukkan menerusi panel admin blog manakala untuk laman web, kandungan web perlu di muat naik (upload) ke pelayan melalui FTP dan sebagainya. Salah satu hos servis blog yang popular adalah blogger, iaitu salah satu servis yang disediakan oleh Google . Kelebihan Google Blogger adalah ia menyokong skrip JavaScript, oleh iaitu anda boleh memasukkan skrip2 luar daripada pihak ketiga seperti Counter, Stat, Chat, Mp3 Player, Video, Flash dan sebagainya. Selain itu anda mempunyai kebebasan untuk memilih dan menggunakan tema blog. Anda boleh cipta sendiri tema anda atau memuat naik tema2 percuma yang telah direka bentuk dengan menarik dari pihak lain. Lihat artikel, http://karyait.blogspot.com/2010/05/tema-menarik-premium-untuk-blogger.html . Kekurangan adalah anda perlukan servis lain atau luar untuk menyimpan fail2 bukan gambar atau video, seperti fail CSS, skrip JavaScript, applet JAVA, FL

Pelbagai servis tambahan untuk webmaster & blogger - LinkWithin

Imej
Widget ini sering ditemui dikebanyakkan blog berita. Ia menampilkan berita berkaitan daripada arkib berita blog anda dalam setiap pos. Ini untuk memastikan artikel2 lama tidak terbuang atau tidak dibaca pengunjung blog anda. Apabila banyak pos baru masuk, maka pos lama akan disimpan dalam arikib berita. Kebiasaannya pengunjung hanya membaca apa yang terpapar pada halaman blog, jarang mereka menyelak kandungan  blog anda. Ini menyebabkan artikel laman tidak lagi dibuka dan dibaca kecuali jika pengunjung mencari dari enjin carian. Ini sesuatu yang merugikan anda. LinkWithin mengambil dan mengindeks semua cerita dari arkib blog anda dan menjadikan berita2 itu boleh dicapai pembaca baru atau kasual blog. Jika tidak mereka mungkin tidak menemukan berita2 itu. Meningkatkan paparan halaman, dan menarik minat Pembaca Widget LinkWithin memautkan berita2 yang relevan dan menarik pembaca tentang sesuatu pos. Meningkatkan daya tarikan dan juga meningkatkan trafik bagi blog anda. Reka bent

Muat turun dan berkongsi fail dengan aplikasi@perisian torrent

Imej
Perkongsian fail secara P2P (peer to peer @ rakan ke rakan) adalah salah satu kaedah pemindahan dan muat turun (download) fail2 menerusi Internet. Berbeza daripada memuat turun sesuatu fail dari laman web di mana memuat turun fail dari laman web anda memuat turun fail itu daripada satu atau lebih pelayan yang dinamakan sebagai mirror. Sebaliknya kaedah pekongsian fail P2P anda berkongsi dan memuat turun daripada pengguna2 lain di Internet tanpa memerlukan pelayan2 pusat. Perkongsian fail ini wujud apabila sekumpulan pengguna2 Internet termasuk anda bersepakat untuk berkongsi fail sesama sendiri, iaitu anda boleh memuat turun fail itu daripada seorang atau lebih pengguna dan anda pula berkongsi fail2 dan membenarkan ia dimuat turun oleh pengguna Internet lain. Salah satu protokol perkongsian fail P2P yang popular pada masa ini adalah kaedah "Torrent". Torrent Torrent atau lebih tepat lagi BitTorrent adalah protokol perkongsian fail P2P untuk pengagihan sejumlah besar data.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Imej
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Syukur alhamdulillah,  dipanjangkan umur kita dan berpeluang sekali lagi bertemu bulan Ramadan al-mubarak, bulan yang penuh barokah. Sekali lagi kita diberi peluang untuk merebut segala kelebihan dan kebaikkan yang ada di bulan Ramadhan ini sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Maksud hadis : Berkata Abu Hurairah ra. bahwasanya Nabi Saw. bersabda: "Allah telah berfirman: Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan membalasnya." Selamat menjalani ibadah puasa.

AMD atau Intel? - Bahagian II

Imej
(sambungan dari Bahagian I ) Intel lebih bagus, tetapi AMD cuma bagus untuk main games sahaja? Satu soalan yang sering diajukan mikro pemproses mana lebih bagus, lebih laju, lebih pantas, terbaik, ... AMD atau Intel? Mikro pemproses mana terbaik pada masa ini? Ada orang kata Intel lebih bagus kerana AMD cepat panas dan AMD lebih baik untuk main games sahaja dan sebagainya ... AMD lebih baik untuk main games daripada Intel ? kah, kah, kah ... kelakar bunyinya. Dey macha, mana sebenarnya lagi bagus ni? Games pada hari ini adalah kebanyakkan adalah dalam bentuk visualasi 3D, dan bukan lagi piksel atau poligon. Ia sangat kaya grafik, sangat teperinci, gambar yang jelas dan terang, penggunaan memori yang besar, memerlukan CPU berkuasa tinggi untuk prestasi yang lebih baik. Rata2 saiz games sekarang adalah jauh-jauh-jauh lebih besar saiznya daripada games Super Mario tahun 80an. Games moden pada hari ini lebih banyak menggunakan kuasa daripada mikro pemproses grafik atau leb

AMD atau Intel? - Bahagian I

Imej
AMD atau Intel? Jawapannya adalah mudah jika anda memboikot barangan Israel atau mana2 syarikat atau organisasi dunia yang bersekutu dengan Israel. Terutama apabila disaksikan oleh mata kepala negara kita sendiri dalam tragedi Serangan Israel Ke Atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza. Sudah tentu anda akan memilih produk2 alternatif. YA ! memboikot barangan Israel bukan sekadar memboikot produk makanan dan minuman seperti Coca-Cola, Starbuck, McDonald ... bla, bla... (seperti hipokrit je) dan kita pelu melihat skop yang lebih luas. Petikan daripada akhbar online "China Daily" bertajuk "Economy of Israel" yang bersumberkan wikipedia: Intel and Microsoft built their first overseas research and development centers in Israel, and other high-tech multi-national corporations, such as IBM, Cisco Systems, and Motorola, have opened facilities in the country. In July 2007, US billionaire Warren Buffett's Berkshire Hathaway bought an Israeli company Iscar, its first n

Terokai angkasa dengan perisian planetarium, Stellarium

Imej
Stellarium adalah perisian planetarium yang menunjukkan apa yang anda lihat apabila anda melihat bintang-bintang di langit. Sangat mudah untuk digunakan, dan percuma. Perisian ini sesuai bagi tujuan pendidikan atau pembelajaran tentang astronomi. Perisian ini renders (spt persembahan visual) langit secara realistik dalam masa nyata dengan OpenGL. Dengan Stellarium, anda benar-benar melihat apa yang anda dapat melihat dengan mata anda, teropong atau teleskop kecil. Stellarium juga digunakan dalam planetariums. Simulasi paparan langit, anda boleh lihat bintang2 yang terang di langit seperti ini di ufuk barat selepas maghrib hari ini. Ada dua bintang paling terang di langit jika anda lihat betul2, ia merupakan planet Zuhal (Saturn) dan Zurah@Kejora (Venus). Jika anda menggunakan teleskop, anda boleh nampak bentuk planet Zuhal bukan mengiring atau mendatar tetapi menegak. Anda boleh mempelajari tentang nebula, seperti gugusan bintang2. Anda mungkin tidak dapat melihat de

Kajian Kes "Home@Small Office" Networking

Imej
Dalam artikel ini kita akan membincangkan masalah dan penyelesaian rangkaian LAN pejabat kecil atau rumah. Andaikan sebuah pejabat mempunyai sistem rangkaian LAN bagi tujuan perkongsian fail antara PC tetapi ia tidak mempunyai sambungan Internet. Setiap PC mempunyai IP statik private 192.168.1.x dan gateway adalah IP PC itu sendiri masing2. Switch 10/100Mbps full duplex dengan 5 port digunakan dalam LAN ini. Kaedah rangkaian kabel diutamakan kerana kepantasan, lebih terjamin keselamatan dan lebih privisi daripada rangkaian wireless. Mereka juga memilih kabel kerana tidak mahu talian Internet mereka digodam oleh jiran2 berdekatan dan kemudian mengguna Internet mereka secara percuma. Tambahan pula mereka tidak mempunyai kepakaran dalaman untuk mengendalikan sistem rangkaian. Jika pejabat/rumah itu melanggan talian broadband 1MBps dan ISP membekalkan sebuah modem. Sambungan ke Internet perlu dibuat secara dailup dari PC (Windows), dengan memasukkan username dan password. Oleh itu hanya