Kajian Kes "Home@Small Office" Networking
Dalam artikel ini kita akan membincangkan masalah dan penyelesaian rangkaian LAN pejabat kecil atau rumah. Andaikan sebuah pejabat mempunyai sistem rangkaian LAN bagi tujuan perkongsian fail antara PC tetapi ia tidak mempunyai sambungan Internet. Setiap PC mempunyai IP statik private 192.168.1.x dan gateway adalah IP PC itu sendiri masing2.
Switch 10/100Mbps full duplex dengan 5 port digunakan dalam LAN ini. Kaedah rangkaian kabel diutamakan kerana kepantasan, lebih terjamin keselamatan dan lebih privisi daripada rangkaian wireless. Mereka juga memilih kabel kerana tidak mahu talian Internet mereka digodam oleh jiran2 berdekatan dan kemudian mengguna Internet mereka secara percuma. Tambahan pula mereka tidak mempunyai kepakaran dalaman untuk mengendalikan sistem rangkaian.
Jika pejabat/rumah itu melanggan talian broadband 1MBps dan ISP membekalkan sebuah modem. Sambungan ke Internet perlu dibuat secara dailup dari PC (Windows), dengan memasukkan username dan password. Oleh itu hanya satu PC sahaja boleh menggunakan Internet.
Jika mereka bercadang menggunakan aplikasi ICS (Internet Connection Sharing) seperti yang dicadangkan dalam Windows. Semua PC lain boleh mengakses Internet tetapi mesti melalui PC 192.168.1.4 sebagai gateway.
Kelemahan kaedah ini semua beban trafik dipusatkan ke PC 192.168.1.4. PC ini akan menjadi perlahan (kerana perlu memproses trafik LAN) dan amat terdedah kepada ancaman luar dari rangkaian Internet. Adalah lebih baik jika ISP itu membekalkan modem dengan router, NAT, firewall, DHCP dan lain2 bina dalam walaupun hanya satu port RJ45. Ataupun dapatkan sendiri modem jenis ini, harganya tidak terlalu mahal iaitu lebih kurang RM50.
Modem broadband USB untuk LAN tidak digalakkan kerana ia terikat pada 1 PC. Modem ini boleh mendail sendiri ISP mengikut konfigurasi yang ditetapkan dalam sistemnya, iaitu apabila modem itu di "on" kan, ia akan cuba menyambungkan ke Internet secara automatik. Biasanya, konfigurasi ini boleh ditetapkan dengan pelayar web dengan melayari IP private tertentu misalnya : 192.168.1.1, 192.168.1.254 dan sebagainya.
Penggunaan DHCP yang dibekalkan oleh modem akan memudahkan tetapan rangkaian bagi setiap PC. Konfigurasi rangkaian akan ditetapkan oleh servis DHCP secara automatik. Oleh itu pada setiap PC anda perlu tetapkan atau pastikan tetapan rangkaian secara automatik. IP statik tidak lagi diperlukan. IP statik bukan lah pilihan yang teruk, IP statik adalah lebih stabil berbanding DHCP dan biasanya digunakan dalam LAN yang besar seperti LAN dalam kampus.
Penggunaan DHCP adalah memudahkan untuk tetapan. Jika anda tidak mahu menggunakan servis DHCP, anda boleh disablekan fitur ini pada modem dan menetapkan sendiri IP private (192.168.x.x) dengan servis NAT yang disediakan dalam modem itu. Gateway adalah IP modem, submask bagi IP 192.168.x.x adalah 255.255.255.0 dan DNS (1st dan 2nd) adalah DNS ISP (biasanya tetap, sila rujuk ISP atau ikut seting daripada sambungan Internet semasa). Seting DNS tidak boleh diabaikan kerana jika tidak, anda tidak dapat melayari Internet (sebenarnya hanya nama domain tidak dapat digunakan, capaian terus dengan IP masih boleh, ini sudah tentu sukar dan menyukarkan pelayaran Internet).
Untuk rangkaian yang kecil kurang daripada 5 PC seperti di atas, adalah lebih baik lagi jika kita menggunakan router dengan 4 port LAN (RJ45). Oleh itu rangkaian adalah lebih kemas, dan router dapat menguruskan trafik rangkaian lebih baik daripada switch. Anda boleh dapatkan modem dengan 4 port LAN kurang daripada RM100 dari beberapa jenama.
Rangkaian anda telah ditetapkan dengan baik sehingga kini. Bagaimana jika ada dua PC tambahan hendak ditambah ke sistem rangkaian sedia ada? PC ini juga perlu mengakses Internet.
Gunakan semula switch 10/100Mbps tadi atau jika tiada dapatkan switch 5 port atau lebih. Anda boleh dapatkan switch 10/100Mbps 5port pada harga serendah RM30 sahaja bagi jenama tertentu. Switch Gigabits pula pada harga kurang dari RM100. Switch membolehkan rangkaian sedia ada dilebarkan seperti soket extension elektrik. Dari sudut topologi rangkaian pula, topologi STAR berkembang kepada extended STAR atau tree.
Suka diingatkan sekali lagi, reka bentuk rangkaian adalah untuk rangkaian kecil. Rangkaian yang lebih besar memerlukan reka bentuk yang lebih baik dengan perancangan yang lebih tersusun. Antara masalah bagi rangkaian yang besar adalah pengagihan trafik yang baik (load balancing), kawalan kelancaran trafik, kawalan bandwith dan sekuriti.

Ulasan
Catat Ulasan