Muat turun dan berkongsi fail dengan aplikasi@perisian torrent

Perkongsian fail secara P2P (peer to peer @ rakan ke rakan) adalah salah satu kaedah pemindahan dan muat turun (download) fail2 menerusi Internet. Berbeza daripada memuat turun sesuatu fail dari laman web di mana memuat turun fail dari laman web anda memuat turun fail itu daripada satu atau lebih pelayan yang dinamakan sebagai mirror. Sebaliknya kaedah pekongsian fail P2P anda berkongsi dan memuat turun daripada pengguna2 lain di Internet tanpa memerlukan pelayan2 pusat.

Perkongsian fail ini wujud apabila sekumpulan pengguna2 Internet termasuk anda bersepakat untuk berkongsi fail sesama sendiri, iaitu anda boleh memuat turun fail itu daripada seorang atau lebih pengguna dan anda pula berkongsi fail2 dan membenarkan ia dimuat turun oleh pengguna Internet lain. Salah satu protokol perkongsian fail P2P yang popular pada masa ini adalah kaedah "Torrent".

Torrent

Torrent atau lebih tepat lagi BitTorrent adalah protokol perkongsian fail P2P untuk pengagihan sejumlah besar data. Ia merupakan antara protokol paling banyak digunakan untuk memindahkan fail2 yang besar saiznya. Dianggarkan ia telah meyumbangkan kira2  27% hingga 55% jumlah trafik Internet pada Februari 2009.

Bagaimana menggunakan aplikasi bittorrent?
  1. Mula2 anda perlukan perisian torrent, misalnya µtorrent adalah perisian torrent popular pada masa ini. atau Azureus@Vuze atau perisian asal untuk protokol bittorent, iaitu BitTorrent.
  2. Untuk mencari sesuatu fail, misalnya tajuk filem, drama TV, anime, program, gambar atau apa2 format fail, adalah lebih baik jika anda menggunakan enjin carian bittorrent utama seperti btjunkie, isohunt, dan sebagainya.
  3. Klik muat turun torrent bagi fail atau carian anda dan seterusnya buka fail itu dengan klien bittorrent.
  4. Jika anda tidak menjumpai carian anda di enjin carian bittorrent, anda boleh gunakan enjin carian biasa seperti Yahoo! atau Google. Apa yang penting adalah kata kunci @ keyword yang anda gunakan. Misalnya untuk memuat turun perisian *beep*, maka jangan gunakan "*beep*" sahaja sebagai kata kunci sebaliknya gunakan kata kunci "*beep* torrent download" atau "*beep* torrent". Begitu juga untuk filem atau apa2 kandungan. Anda akan menjumpai apa2 laman web yang mempunyai link bagi memuat turun fail torrent bagi tajuk yang anda cari itu.
  5. Kata kunci yang kurang tepat menyukarkan sesuatu pencarian.
    Untuk memuat turun torrent pastikan kata kunci "torrent" ada dalam keyword carian.
  6. Contoh carian menggunakan enjin carian torrent btjunkie. Klik pautan download torrent dan terus buka fail torrent itu dengan klien torrent. Jika anda memuat turun perisian, sila lihat komen2 yang terdapat pada laman web enjin carian torrent itu untuk mengelakkan muat turun fail palsu, virus, dan juga fail yang tidak lengkap atau rosak.
Klik pautan download torrent dan yang seumpamanya.
Contoh fail program mengandungi virus torjan menurut dakwaan pelawat.
Terus buka fail torrent dengan klien bittorent.
Selepas selesai dimuat turun, sahkan torrent itu akan ditambah kepada klien bittorent
Fail yang diminta sedang dimuat turun, mana kala bagi fail yang selesai dimuat turun, anda perlu kongsikan dengan pengguna lain pula.
Fail yang selesai dimuat turun boleh dibuka dengan dwi klik atau klik butang kanan pada fail dan pilih Open Containing Folder pada menu konteks.

Catatan

  1. Anda perlu memuat turun fail torrent bagi fail yang anda ingin muat turun itu. Fail torrent ini memgandungi metadata yang mengandungi butiran tentang fail, dan juga penjejak2 (tracker). Fail ini diperlukan oleh klien torrent bagi mengenal pasti tracker yang akan digunakan bagi menjejak komputer2 yang dikenali sebagai seeder. Ia juga mengandungi maklumat mengenai setiap serpihan fail data yang besar dari segi saiz, integriti, nombor dalam jujukan dan lain2.
  2. Dalam protokol bittorrent fail yang besar dicincang halus menjadi serpihan2 kecil. Klien bittorent akan membuat banyak permintaan data2 kecil menerusi sambungan TCP berlainan daripada beberapa mesin klien (pengguna lain). Ini berbeza daripada kaedah muat turun klasik dibuat menerusi satu sambungan TCP kepada satu mesin tunggal.
  3. Selepas fail torrent dibuka dan diproses oleh klien bittorent, penjejak akan dihubungi bagi mendapatkan status semasa iaitu tentang bilangan seeder dan bilangan mereka yang online (sedia). Proses memuat turun akan dimulakan jika sekurang-kurang satu seeder telah bersedia,. Contoh : dalam Q apabila bilangan seeder amat terhad.
  4. Klien torrent akan menguruskan trafik muat turun dan muat naik mengikut tetapan yang anda tetapkan. Iaitu bandwidth talian untuk download dan upload. Jika pelayaran Internet anda dengan browser menjadi perlahan, anda perlu kurangkan bandwidth yang diperuntukkan kepada perisian torrent.
  5. Proses memuat turun mungkin mengambil masa yang panjang terutama bagi fail yang sangat besar saiznya (misalnya lebih daripada 1GB) atau jika sumber amat terhad.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...