Pelbagai servis tambahan untuk webmaster & blogger - LinkWithin

Widget ini sering ditemui dikebanyakkan blog berita. Ia menampilkan berita berkaitan daripada arkib berita blog anda dalam setiap pos. Ini untuk memastikan artikel2 lama tidak terbuang atau tidak dibaca pengunjung blog anda.

Apabila banyak pos baru masuk, maka pos lama akan disimpan dalam arikib berita. Kebiasaannya pengunjung hanya membaca apa yang terpapar pada halaman blog, jarang mereka menyelak kandungan  blog anda. Ini menyebabkan artikel laman tidak lagi dibuka dan dibaca kecuali jika pengunjung mencari dari enjin carian. Ini sesuatu yang merugikan anda.

LinkWithin mengambil dan mengindeks semua cerita dari arkib blog anda dan menjadikan berita2 itu boleh dicapai pembaca baru atau kasual blog. Jika tidak mereka mungkin tidak menemukan berita2 itu.

Meningkatkan paparan halaman, dan menarik minat Pembaca
Widget LinkWithin memautkan berita2 yang relevan dan menarik pembaca tentang sesuatu pos. Meningkatkan daya tarikan dan juga meningkatkan trafik bagi blog anda.

Reka bentuk elegan, tidak menonjol
Widget LinkWithin hanya digayakan gaya minimum bagi membolehkan ia mudah disatukan dengan reka bentuk blog anda.

Percuma ! dan mudah dipasang
Widget ini percuma dan tidak iklan. Hanya perlukan seminit untuk memasang widget dan kemudian sedia dilarikan di blog anda, pendaftaran tidak diperlukan!

Sila layari laman web http://www.linkwithin.com/.

Apa yang anda perlu lakukan?
  1. Masukkan emel.
  2. Alamat blog.
  3. Nyatakan hos blog anda
  4. Tetapkan bilangan tajuk berita untuk dimuatkan di bawah setiap pos
  5. Nyatakan sama ada warna latar blog anda cerah atau gelap.
  6. Selepas anda hantar borang pemasangan, anda akan diberikan panduan tentang pemasangannya ke blog anda. Klik pautan Install Widget.
  7. Ikut arahan yang diberi.
isikan butiran anda dan laman blog.
panduan pemasangan, anda perlu log in ke akaun blog anda.
 Selamat mencuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital