Terokai angkasa dengan perisian planetarium, Stellarium

Stellarium adalah perisian planetarium yang menunjukkan apa yang anda lihat apabila anda melihat bintang-bintang di langit. Sangat mudah untuk digunakan, dan percuma. Perisian ini sesuai bagi tujuan pendidikan atau pembelajaran tentang astronomi.


Perisian ini renders (spt persembahan visual) langit secara realistik dalam masa nyata dengan OpenGL. Dengan Stellarium, anda benar-benar melihat apa yang anda dapat melihat dengan mata anda, teropong atau teleskop kecil. Stellarium juga digunakan dalam planetariums.

Simulasi paparan langit, anda boleh lihat bintang2 yang terang di langit seperti ini di ufuk barat selepas maghrib hari ini.
Ada dua bintang paling terang di langit jika anda lihat betul2, ia merupakan planet Zuhal (Saturn) dan Zurah@Kejora (Venus).
Jika anda menggunakan teleskop, anda boleh nampak bentuk planet Zuhal bukan mengiring atau mendatar tetapi menegak.
Anda boleh mempelajari tentang nebula, seperti gugusan bintang2.
Anda mungkin tidak dapat melihat dengan jelas bentuk nebula dengan teleskop, tetapi perisian ini membolehkan anda zoom untuk melihat dengan lebih dekat.

Selain itu lakaran buruj2 dan namanya, serta pelbagai simulasi termasuk bagaimana gambaran langit di planet lain juga disediakan.

Anda mungkin perlukan komputer berkuasa tinggi untuk melarikan perisian ini, sekurang2nya keperluan hardware minimum adalah kad grafik yang mampu render Open GL (lepas tahun 2000).
    * Pentium III 800Mhz, 128MB RAM, Intel on board graphics (under Windows XP).
    * AMD K6 400 Mhz, 256MB RAM, Nvidia Gforce2 AGP, DirectX 9.0 (Windows XP)
    * Mac PPC's back to about 667MHz, running at least OSX 10.3.9, any Mac Intel

Untuk maklumat lanjut dan muat turun (download), sila layari laman web rasmi http://www.stellarium.org/. Untuk muat turun pilih sama ada  Windows, Linux atau Mac mengikut sistem operasian yang anda gunakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital