Boot Skin Islamik untuk Windows XP

Sebagai hadiah untuk pengunjung sekalian di Hari Raya Aidilfitri ini, saya hadiahkan 3 boot skin Windows berkonsepkan Islamik. Anda perlukan perisian Stardock Bootskin for Windows XP untuk menggunakan bootskin ini. Jangan bimbang perisian Stardock Bootskin adalah percuma dan boleh dimuat turun dari laman web Stardock.

Software diperlukan : Startdock BootSkin XP(download). BootSkin XP adalah percuma.

BootSkin Islamik

Basmallah (download XP bootskin)
Islamic Digital (download XP bootskin)
Laillahaillalah Muhammad Rasullullah (download XP bootskin)

Mengenai perisian BootSkin

Stardock BootSkin adalah sebuah program yang membolehkan pengguna menukar paparan boot Windows mereka.

Tidak seperti program lain yang setara, BootSkin melakukannya dengan cara selamat. Tiada patch pada kernel Windows. Tidak memerlukan pengguna untuk memuat turun penggantian kernel Windows untuk melakukannya.

Skrin Boot yang menggunakan BootSkin biasanya di bawah 20Kb berbanding dengan program boot skrin lain yang mana failnya melebih 2 Mb.


BootSkin adalah percuma untuk kegunaan bukan komersial.


Bagaimana untuk mengaplikasikan?
  1. Download Startdock BootSkin XP.
  2. Download mana-mana bootskin di atas.
  3. Install BootSkin.
  4. Run BootSkin.
  5. Import fail bootskin itu. Fail bootskin mempunyai akhiran namafail ".bootskin".
  6. Pilih fail bootskin.
  7. Klik Open untuk buka fail itu.
Dalam senarai bootskin, tandakan bootskin pilihan dan klik Apply untuk mengaktifkan ia.
Siap.

Anda boleh preview untuk pra lihat paparan bootskin  ATAU restart Windows untuk melihat paparan bootskin ini. Bootskin yang aktif akan dipaparkan setiap kali Windows dimulakan.

Nota: bootskin ini adalah untuk Windows XP sahaja dan dilarikan bersama StarDock BootSkin for Windows XP. BootSkin tak disokong dalam Windows 7. Windows Vista, sila gunakan bootskin untuk Windows Vista.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...