Beli barangan terpakai secara online? Hati-hati! jangan terkena.

Notebook 2nd hand atau apa2 barangan 2nd adalah pilihan bagi mereka yang budget atau tak mahu berbelanja lebih atau tidak mahu melabur terlalu banyak untuk pulangan yang tak pasti atau pulangan kecil. Dengan teknologi Internet, barangan terpakai lebih mudah dicari, dijual dan dibeli pengguna. Ada banyak laman web atau servis e-dagang di Internet, misalnya e-bay, atau untuk pasaran tempatan kita, kita ada Lelong , Mudah dan lain-lain. Ada banyak isu yang perlu diperhatikan jika anda mahu membeli barangan terpakai. Anda perlu lakukan banyak kajian atau studi harga pasaran dan pasaran itu sendiri. Jenis Barangan Terpakai Barang jenis "komponen bergerak" atau "moving part" adalah komponen yang mudah haus dimamah usia dengan penggunaan berterusan. Misalnya pemacu CD/DVD atau CD/DVD writer, ini termasuk drive blu-ray. Gelang getah di dalam drive biasanya mempuyai jangka hayat yang pendek. Motor juga mempunyai hayat tertentu. Hard disk, juga akan mengalami susutan pr