Beli barangan terpakai secara online? Hati-hati! jangan terkena.

Notebook 2nd hand atau apa2 barangan 2nd adalah pilihan bagi mereka yang budget atau tak mahu berbelanja lebih atau tidak mahu melabur terlalu banyak untuk pulangan yang tak pasti atau pulangan kecil. Dengan teknologi Internet, barangan terpakai lebih mudah dicari, dijual dan dibeli pengguna. Ada banyak laman web atau servis e-dagang di Internet, misalnya e-bay, atau untuk pasaran tempatan kita, kita ada Lelong, Mudah dan lain-lain.

Ada banyak isu yang perlu diperhatikan jika anda mahu membeli barangan terpakai. Anda perlu lakukan banyak kajian atau studi harga pasaran dan pasaran itu sendiri.

Jenis Barangan Terpakai

Barang jenis "komponen bergerak" atau "moving part" adalah komponen yang mudah haus dimamah usia dengan penggunaan berterusan. Misalnya pemacu CD/DVD atau CD/DVD writer, ini termasuk drive blu-ray. Gelang getah di dalam drive biasanya mempuyai jangka hayat yang pendek. Motor juga mempunyai hayat tertentu.

Hard disk, juga akan mengalami susutan prestasi dengan kehausan pada head pembaca, pelincir pada permukaan juga akan mengalami perubahan dari segi struktur molekul dan juga kimia. Oleh itu gerakan header tak lancar, dalam kes teruk permukaan plat bercalar dan putaran cakera menghasilkan bunyi yang agak kasar.

Oleh itu barangan seperti ini tidak wajar untuk dibeli secara barangan terpakai. Tambahan pula pemacu CD/DVD termasuk DVD/CD writer dan juga harddisk boleh didapati pada harga mampu dimiliki. Jangka hayat bagi barangan ini mungkin tidak sepadan dengan nilai yang dibeli, iaitu cepat rosak dan tak tahan lama.

Harga DVD writer terpakai di mudah.my (internal) : RM45 - RM90.
Harga DVD writer baru di pasaran : RM70 - RM90.

Harga harddisk terpakai, di mudah.my, contoh :  RM35 (40GB), RM40 (120GB), RM60 (80GB), ...
Harddisk baru dipasaran : ~RM100 (160GB STA), ~RM145 (160GB IDE)

Tamak dan Nilai yang tak sepadan

Barangan IT kebanyakkannya mempunyai susut nilai yang sangat teruk, antaranya adalah perisian, notebook, dan komputer serta komponen2 di dalamnya. Sama ada hakikat ini tidak disedari atau si penjual enggan kerugian sedikit pun atau pun mahu menjana keuntungan meskipun ia barangan terpakai. Terdapat beberapa penjual yang menjual barang terpakai hampir setara dengan harga barangan baru di pasaran dan ada juga yang cuba menjual barangan lebih tinggi daripada spec dan nilai di pasaran, dan ia bukannya barangan antik  pun.

Contoh laptop terpakai : Intel Atom 1.33GHz, 2G RAM, 160G HD = RM750

Pada harga yang sama boleh didapati barangan terpakai yang lebih baik, lebih laju.

Contoh laptop terpakai : Intel Core 2 Duo 1.83GHz, 1GB DDR2 RAM / 120GB HDD, NVIDIA GeForce Go 7300 Graphic, 15" WXGA TFT LCD = RM850

atau pada harga yang sama : intel core 2 processor, 120gb harddisc,1 gb ram,wifi,webcam, cardreader,dvd rom+cd-rw drive avalable. = RM750.

lagi mengarut notebook lama dijual tidak jauh daripada harga di atas : Pentium III 750Mhz, 128MB SDRAM, 14.1", ATI Rage Mobility 128 graphics chip with 8MB of SGRAM, 10GB hard drive. = RM700.

Harga netbook baru di pasaran (minimum) : ACER ASPIRE A0D255, ATOM 1.66 GHZ (N450), 1GB DDR2 RAM, 160GB HDD, 10.1" WIDE SCREEN, WIFI B/G, BLUETOOTH, Card Reader, WINDOWS 7 STARTER = RM1099

Harga notebook baru di pasaran (minimum) : COMPAQ P'SARIO CQ42-203AU, AMD ATHLON X2 2.1Ghz, 1GB DDR3 RAM, 320GB HARDDISK, DVD BURNER, 14" WIDE SCREEN, WIFI B/G, HDMI PORT, CARD READER, ATI HD4250 256MB, FREE DOS = RM 1499

Oleh itu notebook terpakai jenis lama terutama dengan spec CPU terdahulu, sepatutnya tidak dijual dengan harga melebihi harga ini. Ini kerana spec baru adalah lebih laju dengan fitur terkini.

Harga yang dicadangkan bagi generasi pertama dan kedua mikro pemproses dual core : RM700 - RM900.
Harga yang dicadangkan bagi generasi Pentium 4 dan sezaman dengannya :RM450 - RM600
Harga yang dicadangkan bagi generasi Pentium 3 dan sezaman dengannya : kurang daripada RM450

Anda perlu mengkaji harga pasaran, jika budget anda tidak jauh dari yang baru adalah lebih baik beli yang baru.

Aku bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa prestasi mutlak bukanlah pilihan terbaik, nilai prestasi/harga satu pelaburan yang lebih bijak kerana teknologi komputer berkembang dengan pesat setiap tahun. Dan anda mungkin mahu menukar komputer anda selepas beberapa tahun, selaras dengan perubahan dan kemajuan perisian dan juga hardware.

Adakah benar barangan terpakai atau pun barangan yang orang lain pakai?

Aku pernah bercadang untuk membeli notebook terpakai di mudah.my. Setelah kajian dan penelitian beberapa hari, aku cuba untuk mendapatkan spec terbaik dalam budget aku. Susah juga untuk mendapatkannya, iklan masih ada tetapi si penjual kata sudah lama dijual. Akhirnya dengan spec yang setara, aku jumpa iklan yang nak jual notebook dalam margin harga budget aku.

Malam itu aku call si penjual itu untuk mendapatkan butiran lanjut dan kondisi notobook itu. Tanya punya tanya, lepas tu aku tanya ada beg notebook sekali tak? Katanya tak ada ... aku kata kalau tak ada masalah, aku nak turun ke KL naik komuter. Susah sikit kalau tak ada beg. Kata dia beg UM ada ler, katanya dia student UM. Oooo UM, ... aku cakap aku biasa kat UM, x-student UM dan juga x-staff UM. Masa aku tanya fakulti mana ... aaa ... dia ambil masa untuk menjawabnya. Aku janji nak jumpa keesokkan hari di KL sentral dan kalau ada apa2 aku akan call. Katanya ok, esok sabtu cuti ... dia free boleh jumpa.

Esoknya aku call tak angkat (mungkin awal pagi sangat kot), jadi aku sms kata confirm aku on the way ke sana. Aku juga dah bagi anggaran waktu sampai di sana, jumpa pukul berapa. Dalam tren tak da reply sms pun, bila sampai KL sentral aku call dan call dan call beberapa kali call tapi tak angkat juga. Dalam sela 5 minit, 10minit, 15 minit call pun tak angkat. Aku tunggu maksimum sampai kul 12tgh sahaja. Semasa menunggu aku, aku minta adik aku cekkan iklan itu di mudah.my dan cuba utk call si penjual itu. Malangnya iklan itu sudah dikeluarkan.. Takut ? macam bau sindiket jer.

Sampai sudah hingga aku balik ke rumah pun si penjual itu tak ada call. Aku cek balik memang sah iklan itu telah dikeluarkan. Walaupun tak ada duit hilang ditipu tetapi si penipu itu telah menipu dan berjaya mencuri masa aku, kah, kah, kah ... :-).

Selang dua-tiga hari cek lagi kat mudah.my, terjumpa nama si penjual itu sekali lagi tetapi dengan nombor telefon lain dan notebook lain pula yang dijualnya. Bila cek banyak2 iklan notebook/laptop terpakai, memang ada banyak nama yang seakan nama ** dalam ***, ****, ***** dan sebagainya. Adakah orang yang sama? Apa kerja polis, kes mudah macam ini pun kena tunggu ramai orang menjadi mangsa dan buat aduan baru mereka mahu bertindak? Faham2 aku pun pernah kerja gomen, benda2 kecil pun kena ikut prosedur birokrasi. Kalau tak, tak la nama keja gomen kan ;-).

Dalam kes kedua, kali ini sangat jauh ... mula nampak si penjual ini serius untuk jual model yang aku cari itu, dia yang call aku tanya betulkah aku serius nak beli notebook. Bincang2, aku kata boleh dan aku perlu susun dan rancang jadual perjalanan dahulu. Malam itu aku survey perjalanan ke utara semenanjung, jadual perjalanan tren, bas, transit dan sebagainya. Pastu dia sms sekali lagi tanya confimkah utk beli notebook itu. Aku beritahu dia aku dah susun jadual perjalanan, aku tak dapat jumpa esok, aku bertolak malam esok dan akan sampai di situ awal pagi lusa. Dia sms, katanya tak payah susah2, bank-in dan dia boleh poskan, tapi tambah duit sikit untuk pos. Aku kata tak apa, boleh aku makan2 angin, lagi pun lama dah tak bercuti.. macam stuck dah. Ok, bla, bla ... dia sms, kalau boleh dia nak guna duit esok. Bla, bla .. kemudian dia sms lagi, boleh bagi deposit sikit. Esok baru aku balas sms dia, aku mana boleh ambil risiko ... kenal pun tidak macam mana senang2 nak percaya. (kalau kenal pun belum tentu aku akan percayakan ... ha, ha, ha ... ). Jadi aku kansel, tak jadi nak beli.

Ada satu lagi kes, kali ini iklan baru berapa jam keluar. Bila emel kepada si penjual itu, petang itu dia reply kata telah dijual, dan katanya lagi kawan dia pun ada nak jual notebook, lihat iklan atas nama *beep*. Harga lebih dari 1k. Banyaknya kebetulan, seorang ada dua notebook untuk dijual dan kebetulan juga kawan2 mereka juga ada satu-dua notebook untuk dijual. Kebetulan sungguh dunia ini secara kebetulan. Ha, ha, ha ...

Ini ada lagi satu kes, lihat emel di bawah :
ya, the laptop masih ada, ram 2GB, harga 800 sudah tetap lor, sebab i plan to sell at 1000 geh.
tapi bang, i want to tell u 1st, i can't perform COD, if u can accept poslaju, we only continue talk about it. ok? sorry bout can't COD.

Bila rajin follow iklan notebook/laptop terpakai ... kalau tak silap macam satu trend, banyak iklan notebook / laptop terpakai yang diiklankan dekat hujung minggu. Kalau kedai itu mungkin munasabah gak, ini yang individu ... jangan jual barang yang orang lain pakai udah. Tapi itu tak mustahil kan?

Teringat aku tentang cerita yang diceritakan ...di suatu kawasan perumahan lot2 banglo, sering berlaku kes pecah rumah dan kecurian notebook. Ada yang dilakukan oleh kejiranan dalam kawasan itu sendiri, berdasarkan tangkapan yang dibuat.

Akhir sekali pesanan kepada mereka yang punya laptop atau notebook atau netbook, jaga baik2 barang anda jangan sampai dicuri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital