Bina Blog dengan Blogger - Bahagian II

Anda boleh mula memasukkan "posting" baru dengan mengklik mana2 pautan New Post.

Klik New Post di halaman Dashboard

Atau di Halaman Edit Post (senarai posting)


Overbiu Tingkap Editor
Anda boleh masukkan kandungan blog dalam dua mod iaitu dalam mod HTML (masukkan kod HTML mentah) atau mod Compose (kaya teks seperti dalam aplikasi pemproses kata, Word).


Nyatakan tajuk posting.
Taipkan kandungan dalam ruang disediakan.
Tetapkan label jika perlu.
Tetapkan tarikh siaran jika perlu, tarikh perlu dalam format YY/MM/DD (tahun-bulan-hb) dan jam dalam format 24jam.

Format dan Gaya Teks
Anda boleh gunakan format bold, italik, bergaris di bawah, dipotong, warna tulisan, warna latar tulisan (spt highlight), alignment teks, butiran (bullet & numbering) dan sebagainya. Blockquote pula digunakan untuk petikan misalnya.

Malaysia’s national waterski team comprising veteran Phillipa Yoong and three young...
Masukkan Gambar
Masukkan gambar boleh dibuat dengan memuat naik (upload) fail gambar dari komputer anda, atau gambar2 sedia ada pada blog anda (gambar yang pernah dimuat naik sebelum ini), dari Album Web Picasa anda (anda perlu melanggan servis ini dahulu) atau URL (gambar luar dari sumber2 lain Internet). 

Klik Choose File, selepas selesai uploading tanda gambar dan klik Add selected

Masukkan Pautan
Pautan boleh dimasukkan dengan dua cara. Jika anda menyatakan URL misalnya : http://www.karyait.co.cc, tandakan teks URL dan klik butang Link. Pautan akan dibuat secara automatik, oleh itu pastikan URL anda adalah URL penuh iaitu termasuk "http://".

Anda juga boleh memasukkan URL dengan mengklik butang Link dan kemudian masukkan URL dan petak masukkan.


Masukkan Video
Google Blogger juga membolehkan anda memasukkan video ke dalam pos. Pastikan anda memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan Google. Perlu diingatkan fail video mengambil ruang yang besar dan boleh menyebabkan quota saiz storan boleh anda dipenuhi dengan cepat. Dicadangkan anda menggunakan servis Google Youtube atau lain2 dan masukkan kod terbenam (embbed) object dalam mod HTML.

Pemutus Seksyen
Jika template anda mengehadkan bilangan huruf yang dipaparkan pada senarai pos di halaman utama secara automatik, fungsi ini tidak diperlukan. Pemutus seksyen membolehkan anda mengehadkan kandungan pos yang dipaparkan di muka hadapan iaitu hanya sebahagian kandungan pos dipapar dalam senarai pos. Pengunjung perlu mengklik pautan read more atau baca baki entri untuk membaca artikel penuh.

Klik Insert Jump Break untuk memutuskan seksyen.


Masalah Paste Teks dari aplikasi lain
Teks yang di copy-paste dari aplikasi lain, misalnya Microsoft Word akan mengekalkan format teks yang disalin ke dalam editor blogger dalam mod Compose. Masalah di sini biasanya terdapat lebihan format XML yang tidak perlukan dan tidak serasi dengan editor blogger dan juga pelayar web.



Anda boleh betulkan masalah ini dengan menanda dan klik butang remove formatting ATAU pastekan teks yang di salin dalam mod EDIT HTML.


Pra papar Pos
Klik butang Preview untuk pra papar pos.

Terbit dan Siarkan Pos
Akhir sekali klik butang Publish Post dan pos ada disiarkan di blog anda.


Karya IT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...