Lagi Anime Music Video suara seperti Saleem, ha, ha ...

Satu lagi AMV oleh suara macam Saleem, tapi versi Jepun. AMV Honey and Clover ハチミツとクローバー, Robinson ロビンソン oleh Spitz スピッツ. Anda boleh mengikuti lagu ini kerana AMV ini disertakan dengan subtitle Bahasa Melayu, serta lirik romanji dan kanji. Lagu ini amat popular dan pernah menjadi top ten di Jepun suatu ketika dahulu. Manakala Honey & Clover pula adalah anime berbentuk drama yang baik, manga-nya telah memenangi Kodansha Manga Award ke 27 untuk shōjo. AMV kali ini aku buat sepenuhnya, tak ambil shortcut macam AMV Aku Hanya Serangga. Dalam AMV terdahulu itu aku hanya bernasib baik kerana kebetulan AMV itu lebih sepadan dengan lagu Aku Hanya Serangga, berbanding lagu asal. Klik butang Play di tingkap pemain di bawah untuk memainkan AMV ini. Atau pergi ke halaman Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=QY1gqGNdpsA . Subtitle bahasa melayu dan inggeris. Memperkenalkan Karya IT AMV (Youtube Channel) untuk koleksi AMV yang dihasilkan oleh Karya IT.