Tonton Video Online (Youtube, MySpace ...) dengan lebih mudah
Adakah anda sering menonton video secara online di laman2 hos video seperti YouTube, MySpace, MegaVideo,, Veoh dan lain2? Andakah anda mempunyai talian Internet broadband kelajuan tinggi lebih daripada 1Mbs? ATAU talian Internet anda agak perlahan dan perlu berkongsi dalam rangkaian? Atau anda adalah pelajar, mempunyai komputer tetapi tidak mempunyai talian Internet yang pantas di rumah, anda hanya guna Internet di Kolej atau Universiti?
Tahukan anda boleh memuat turun (download) video online yang dipaparkan pada laman2 hos video dan kemudian memainkan semula fail video itu secara offline pada bila2 masa? Jika anda adalah pelajar, mungkin sukar bagi anda untuk menonton apa2 video online secara terus di makmal komputer. Oleh itu kaedah memuat turun video membolehkan anda melakukan dua atau lebih kerja dalam satu masa. :-)
Dicadangkan anda menggunakan Firefox 3.x untuk tujuan ini. Kemas kini web browser Firefox anda jika perlu. Klik menu Help > Check for updates ...
Untuk memainkan video secara offline, anda perlukan pemain video yang menyokong format video FLV, MP4 atau apa2 format video yang anda muat turun itu. Terdapat banyak pemain video atau fail media di pasaran. Dicadangkan anda memuat turun dan menggunakan pemain media GOM Player kerana ia adalah perisian percuma dan menyokong banyak format fail media.
Perisian GOM Player boleh dimuat turun dari laman web : http://gom-player.en.softonic.com/.
Sebaliknya plug-in Video DownloadHelper Firefox membolehkan anda memuat turun pada sebarang halaman web yang mengandungi video. Walau bagaimana pun kaedah ini mungkin tidak berjaya jika pemain video pada halaman web itu tidak mencapai fail video secara terus. Lokasi asal fail video disembunyikan dengan cara pengkapsulan.
Selamat Mencuba,
Karya IT.
Tahukan anda boleh memuat turun (download) video online yang dipaparkan pada laman2 hos video dan kemudian memainkan semula fail video itu secara offline pada bila2 masa? Jika anda adalah pelajar, mungkin sukar bagi anda untuk menonton apa2 video online secara terus di makmal komputer. Oleh itu kaedah memuat turun video membolehkan anda melakukan dua atau lebih kerja dalam satu masa. :-)
Bagaimana download video online?
Aku tak pasti dengan browser (pelayar web) lain, tetapi rasanya paling mudah untuk memuat turun video online adalah menerusi web browser Mozilla Firefox. Anda perlu gunakan plug-in@add-on 3-party untuk tujuan ini. Salah satu plug-in terbaik yang hanya terdapat pada browser Firefox adalah Video DownloadHelper.Dicadangkan anda menggunakan Firefox 3.x untuk tujuan ini. Kemas kini web browser Firefox anda jika perlu. Klik menu Help > Check for updates ...
Install Video DownloadHelper add-on
- Klik menu Tools > Add-On. Dialog Add-on akan dipaparkan
- Klik Browse All Add-On.
- Halaman add-on Firefox akan dibuka, anda juga boleh terus melayari halaman add-on Firefox di https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/.
- Klik pautan Download Managemet pada menu sisi Kategori.
- Perhatikan plug-in bernama Video DownloadHelper.
- Klik pada butang/imej Add To Firefox.
- Dialog Software Installation akan dipaparkan, klik butang Install Now apabila tersedia.
- Tunggu fail program dimuat turun, fail tidak terlalu besar (< 1 Mb).
- Apabila selesai dimuat turun, software plug-in ini akan dipasang dan kemudian anda perlu restart Firefox.
- Tunggu sehinga Firefox dibuka semula.
- Plug in Video DownloadHelper sedia digunakan.
Setting
Sebelum anda mula menggunakan perisian ini, dicadangkan anda mengubah setting default program ini.- Right klik pada ikon DownloadHelper di toolbar, iaitu di sebelah petak alamat.
- Klik Preferences pada menu popup.
- Seterusnya klik ikon Services dan klik tab Download. Tukarkan Download mode kepada "One by one". Ini supaya proses muat turun akan menjadi lebih pantas pada hos yang sama.
- Jika perlu tetapkan Storage directory ke folder Video anda.
- Klik OK bila selesai.
Penggunaan
Layari apa-apa laman web yang mengandungi video yang boleh ditonton secara online. Sebagai contoh, selepas anda memasang plugin Video DownloadHelper pada browser Firefox anda. Cuba mainkan video di bawah.- Semasa video mula dimainkan, ikon DownloadHelper akan diaktifkan (berwarna dan berputar2). Ini memberi isyarat bahawa video di laman web itu sedia dimuat turun.
- Klik menu dropdown pada butang Download Helper.
- Semua video aktif akan disenaraikan pada menu dropdown itu. Dalam contoh ini adalah format2 video (saiz, kualiti dan resolusi) yang disediakan bagi video itu.
- Pilih fail dengan mengklik nama fail yang akan dimuat turun.
- Simpan fail video itu. Jangan tukar sambungan nama fail, kekalkan yang asal sama ada flv (format flash video) atau mp4 (format mp4).
Senarai download
Anda boleh melayari halaman video lain pula dan memuat turun video itu dengan cara yang sama, ketika fail video terdahulu masih lagi dimuat turun. Fail-fail video yang akan dimuat turun akan disenaraikan dalam satu senarai giliran dan ia akan dimuat turun satu per satu mengikut tetapan tadi.- Right click pada ikon DownloadHelper di toolbar.
- Pada menu popup klik Download queue.
- Fail2 yang akan dimuat turun disenaraikan dalam senarai ini.
- Apabila fail terdahulu selesai dimuat turun atau terhenti (ralat), fail seterusnya dalam senarai akan dimuat turun.
- Oleh itu dengan cara ini beberapa fail video atau satu siri video yang bersambung boleh dimuat turun secara terurus dan anda boleh menontonnya kemudian.
Perhatian !
Semasa video dimuat turun, sila tutup halaman web di mana video itu dimainkan dengan melayari halaman lain atau tutup tab halaman itu. Ini adalah untuk mengelakkan memuat turun video yang sama sebanyak dua kali serentak, satu untuk tontonan online di halaman web dan satu lagi pada download manager.Bagaimana memainkan fail2 video offline?
Biasanya format video untuk tontonan secara online adalah FLV (flash video), MP4 dan kadang kala format lain seperti MOV, WMV. Format AVI, MKV .. yang besar siaznya dimuat turun cara biasa atau melalui aplikasi P2P.Untuk memainkan video secara offline, anda perlukan pemain video yang menyokong format video FLV, MP4 atau apa2 format video yang anda muat turun itu. Terdapat banyak pemain video atau fail media di pasaran. Dicadangkan anda memuat turun dan menggunakan pemain media GOM Player kerana ia adalah perisian percuma dan menyokong banyak format fail media.
Perisian GOM Player boleh dimuat turun dari laman web : http://gom-player.en.softonic.com/.
Kenapa Firefox dan tidak browser lain?
Kebanyakkan plug-in pada browser lain memerlukan anda memasukkan alamat laman web atau hos video dan kemudian program mereka akan mendapatkan link dan memuat turun video itu. Biasanya sokongannya amat terhad kepada laman web hos video utama sahaja.Sebaliknya plug-in Video DownloadHelper Firefox membolehkan anda memuat turun pada sebarang halaman web yang mengandungi video. Walau bagaimana pun kaedah ini mungkin tidak berjaya jika pemain video pada halaman web itu tidak mencapai fail video secara terus. Lokasi asal fail video disembunyikan dengan cara pengkapsulan.
Selamat Mencuba,
Karya IT.
Ulasan
Catat Ulasan