Pasang & Larikan - Windows 7 Starter Edition, Langkah demi langkah

Panduan ini sesuai untuk mereka yang baru belajar mengenali selok belok komputer. Panduan ini hanya untuk komputer baru atau hard disk baru yang tidak mempunyai OS. Windows 7 Starter adalah edisi dengan fitur2 yang amat terhad. Ini termasuk anda tidak boleh menukar wallpaper. Lihat artikel Windows 7 Pebezaan antara versi2 . Anda perlukan DVD installer Windows 7 Starter Edition untuk mengikuti latihan ini. Dengan konsep yang hampir sama, anda juga boleh gunakan kaedah ini untuk pemasangan Windows 7 edisi lain. Masukkan DVD Installer Windows 7 Starter Edition ke pemacu DVD dan boot komputer dengan DVD installer ini. Jika perlu, sila tukar tetapan pada BIOS setting supaya boleh boot dari pemacu CD/DVD dan boot priority (keutamaan) mula2 adalah DVD/CD drive. Tunggu sehingga Windows dimuatkan.