Baiki Komputer Sendiri? - Format & Partition (kajian kes)

Komputer masalah, komputer lembab semacam jer, Windows selalu crash ... masalah start Windows, program ... tak boleh run walaupun reinstall banyak kali, PC kena virus tak boleh clean, bla, bla, bla ... Kebiasaan solution yang kedengaran adalah format semula hard disk itu.

Aku pernah experience sendiri, kat computer labs. Baru je ganti hard disk baru kerana hard disk lama rosak secara mekanikal, format dan kemudian setup semula Windows. Semasa update Windows servis pack secara automatik, bomm PC dah terkena virus/worm dari rangkaian kampus. Oleh itu belum apa2 lagi PC dah crash. Jadi format bukanlah suatu penyelesaian unggul dalam memperbaiki komputer.

Dalam troubleshooting PC, terlebih dahulu kita perlu mengenal pasti punca masalah, sama ada masalah hardware, software, Windows atau rangkaian, atau bercampur-campur. Jangan hentam semua dengan format, ia mungkin tidak menyelesaikan masalah.

Dalam kes yang dinyatakan tadi, sekali lagi kena format dan reinstall Windows tetapi update servis pack dikemas kini secara manual mod offline sebelum network setting dikonfigur. Selepas dikemas kini dan setting IP di konfigur. Barulah PC boleh online semula kerana servis pack dah fix kan eksploitasi lubang sekuriti Windows.




Format
Apa itu format? Format adalah satu proses mengawalkan (initialize) media storan seperti hard disk, floppy atau thumb drive pada kali pertama ia digunakan. Ia juga menempatkan sistem fail, cara bagaimana ruang storan itu digunakan nanti untuk menyimpan maklumat.

Mungkin pembaca tertanya apa bezanya drive atau pemacu disk (dalam BM) dengan hard disk atau cakera keras (dalam BM).

Harddisk adalah sebagaimana yang pembaca boleh lihat dan pengang, itulah hard disk. Manakala drive/pemacu pula adalah ruang maya dari pembahagian ruang hard disk menerusi tetapan partition. Partition adalah pembahagian ruang atau memperuntukkan ruang2 hard disk kepada unit2 storan logikal.

Sistem operasian menindakkan partition seperti ia adalah pemacu2 disk berasingan. Misalnya kita membahagikan ruang harddisk kepada dua bahagian, drive C: untuk Windows dan Programs, dan drive D: untuk dokumen dan lain2 fail.

Bagaimana untuk memformat dan membuat partition pada harddisk baru?
Kita boleh memformat hard disk dan membuat (atau membina semula) partition semasa pemasangan sistem operasi Windows. ATAU jika hard disk tambahan kita boleh memformatkan ia pada bila2 masa di dalam Windows dengan menggunakan utiliti format Windows atau perisian utiliti 3-party.

Mengenai Format Partition
Partition yang dibina perlu diformatkan untuk membolehkan ruang yang peruntukkan itu dapat digunakan. Kita perlu memformatkan partition itu dengan format yang bersesuaian dengan sistem operasi. Jika Windows, sama ada NTFS atau FAT32, dan jika Linux, formatnya adalah ext3/4.

NTFS (New Technology File System) adalah sistem fail standard bagi Windows NT, Windows 2000, Windows XP, Windows Server 2003, Windows Server 2008, Windows Vista, dan Windows 7. NTFS menggantikan sistem fail FAT sebagai sistem fail pilihan untuk sistem pengendalian Microsoft Windows.

NTFS mempunyai beberapa kemajuan mengatasi FAT dan HPFS (High Performance File System) seperti sokongan diperbaiki untuk metadata dan penggunaan struktur data canggih untuk meningkatkan prestasi, kebolehpercayaan, dan penggunaan ruang cakera, ditambah sambungan tambahan seperti senarai keselamatan akses kawalan (ACL) dan sistem fail journal.

File Allocation Table (FAT) adalah arkitektur fail sistem komputer yang digunakan meluas pada kebanyakkan sistem komputer dan kebanyakkan kad memori, seperti yang digunakan pada kamera digital. Sistem fail FAT biasanya ditemui pada disket, flash memory card, kamera digital, dan banyak peranti portable lain kerana kesederhanaan relatifnya.

Sistem fail FAT yang relatifnya mudah secara teknikal dan ia disokong oleh hampir semua sistem operasi untuk komputer peribadi. Ini membuatkan ia format yang berguna untuk kad memori solid-state dan cara mudah untuk berkongsi data antara sistem operasi.


Contoh 1
: Cipta Partition dan Format semasa Setup Windows
Tetapkan saiz partition, jika anda hanya mengambil sebahagian ruang untuk partition pemacu c, anda boleh ulangi langkah ini untuk mencipta partition bagi pemacu drive lain.

Partition ruang yang diperuntukkan perlu di format dengan sistem fail, dalam contoh ini adalah format NTFS.

Contoh 2
: Format hard disk sedia ada
Klik butang kanan pada pemacu disk, dan klik Format
Pilih format yang bersesuaian

Contoh 3 : Format hard disk baru sebagai hard disk tambahan, hard disk tidak kelihatan dalam Windows

Klik butang kanan pada My Computer (XP) atau Computer (Vista / 7) dan pilih Manage.
Jika wizard Dynamic Disks muncul, batalkan ia.
Hard disk baru tidak kelihatan dalam Windows, kita perlu awalkan ia dengan mengklik Initialize Disk pada menu popup.
Selepas diawalkan, hard disk muncul dalam Windows tetapi masih belum boleh digunakan kerana kita perlu menguntukkan ruang dalam hard disk dengan membina partition dan kemudian memformatkan ia dengan format yang sesuai.
Windows menyediakan Wizard untuk membina partition. Gunakan wizard ini.
Pilih Primary Partition (default) kecuali jika anda mahu membahagikan ruang hard disk melebihi had yang disokong oleh Primary Partition, pilih Extended Partition.

Peruntukkan ruang yang akan digunakan dalam hard disk itu.
Kita perlu umpukkan drive letter yang akan digunakan kelak, misalnya pemacu F:
Seterusnya pilih format bagi sistem fail untuk hard disk itu, namakan label hard disk jika perlu
Semak ringkasn tindakan yang akan diambil dan klik Finish.
Tunggu sementara hard disk di format
Pemacu hard disk baru sedia digunakan.

Contoh 4 : Cipta dan Format Partition atau resaiz partition dengan utiliti 3 party,
Terdapat beberapa jenama perisian bagi tujuan ini, anda boleh gunakan Norton, Easeus dan lain2. Perisian ini agak mudah digunakan tetapi perlu digunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kehilangan data. Sila backup data anda jika anda mahu resaiz partition.

Klik partition dan pilih tindakan untuk dilakukan.

Selamat mencuba,

Karya IT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital