Pasang & Larikan - Windows 7 Starter Edition, Langkah demi langkah

Panduan ini sesuai untuk mereka yang baru belajar mengenali selok belok komputer. Panduan ini hanya untuk komputer baru atau hard disk baru yang tidak mempunyai OS.



Windows 7 Starter adalah edisi dengan fitur2 yang amat terhad. Ini termasuk anda tidak boleh menukar wallpaper. Lihat artikel Windows 7 Pebezaan antara versi2.

Anda perlukan DVD installer Windows 7 Starter Edition untuk mengikuti latihan ini. Dengan konsep yang hampir sama, anda juga boleh gunakan kaedah ini untuk pemasangan Windows 7 edisi lain.

Masukkan DVD Installer Windows 7 Starter Edition ke pemacu DVD dan boot komputer dengan DVD installer ini. Jika perlu, sila tukar tetapan pada BIOS setting supaya boleh boot dari pemacu CD/DVD dan boot priority (keutamaan) mula2 adalah DVD/CD drive. Tunggu sehingga Windows dimuatkan.



1) Pilih bahasa, default adalah English
2) Jika perlu tukarkan Time and currency format ke Malay (Malaysia) atau ke bahasa pilihan anda. Klik Next.

3) Klik Install now

4) Tunggu Setup sedang dimulakan

5) Anda perlu bersetuju dengan terma perlesenan Microsoft untuk menggunakan produk mereka.

6) Oleh kerana ini pemasang baru, klik Custom (advance) atau pemasangan baru.

7) Seperti dibincangkan dalam artikel format & partition, anda boleh cipta partition2 dalam pemasangan ini. Klik options (advanced) untuk mencipta partition2 secara manual. Klik Next bila selesai.

8) Proses penyalinan fail dan pemasangan dimulakan.

9) Komputer anda akan direstart beberapa kali semasa pemasangan ini.

10) Selepas restart, Setup akan menyambung pemasangan.

11) Sekali lagi ia akan restart.

12) Kemudian Setup akan membuat beberapa persediaan pada Komputer anda sebelum ia boleh digunakan. Ini termasuk tetapan registry, dan lain2.

13) Windows memerlukan anda mencipta akaun user name dan juga nama Komputer. Ia akan digunakan bagi tujuan keselamatan dan juga dalam rangkaian.

14) Tetapkan kata laluan untuk user name anda dan sahkan.

15) Seterusnya masukkan nombor kunci produk. Nombor ini munkin terdapat pada kotak atau pek pemasangan.

16) Untuk memudahkan anda mengemas kini Windows, klik Use recommended settings. Kemas kini sistem operasian adalah satu keperluan, langkah keselamatan dan juga pencegahan dan pembaikian keralatan pada program. Kegagalan anda untuk mengemas kini Windows secara berjadual memungkinkan komputer anda terdedah kepada ancaman2 dari rangkaian atau luar. Misalnya eksploitasi kelemahan sekuriti.

17) Pastikan jam komputer adalah betul, anda juga boleh betulkan jam komputer pada CMOS/BIOS Setup. Gantikan bateri jika bateri CMOS telah lemah, waktu jam tidak tepat kembali ke tahun ia dikilangkan.

18) Sekarang untuk tetapan rangkaian, pilih jenis rangkaian anda. Pengguna di rumah, sila pilih Home Networks. Jika anda menggunakan Netbook atau Notebook dan sering mengunjung akses point WiFi di mana2, sila pilih Public Network.

19) Rangkaian untuk PC anda akan dikonfigir Windows.

20) Komputer dimulakan semula, tunggu. Windows sedang menyediakan Desktop pada kali pertama.

21) Windows anda berjaya dibuka, tetapi sila semak adakah semua driver hardware telah dipasang dengan betul. Jika driver hardware itu tidak dipasang, maka hardware itu tidak dapat digunakan atau tidak dapat digunakan dengan betul. Driver adalah suatu jenis perisian yang memberitahu sistem operasi bagaimana cara untuk menggunakan hardware itu dan membolehkan sistem operasi mengendali dan mengawal hardware itu.

22) Pemasangan driver dilakukan menggunakan CD/DVD driver yang dibekalkan bersama hardware itu.

23) Anda mungkin perlu restart semula komputer selepas, driver hardware dipasang.

24) Semak sekali Device Mananger sehingga semua driver dipasang.

Penggunaan Windows
  1. Hidupkan Komputer anda, dan Komputer akan dibootkan dengan Windows 7 Starter Edition
  2. Tunggu sehingga skrin logon dipaparkan.
  3. Masukkan password.

  • Windows sedia digunakan.

Anda sudah tentu perlu memasang perisian2 lain mengikut kegunaan dan juga keperluan anda.


Batasan pada Windows 7 Starter Edition
  • anda tidak boleh menukar wallpaper, tiada opsyen untuk ini dalam Windows.
  • Microsoft tidak membenarkan penukaran wallpaper dalam Windows 7 Starter Edition dan mereka memperketatkan keselamatan dalam Windows 7 Starter Edition supaya penukaran wallpaper tidak dapat dilakukan dalam Windows ini.

Maklumat lanjut lihat : http://karyait.blogspot.com/2010/05/kenali-windows-7-perbezaan-antara-versi.html



Selamat Mencuba

Karya IT

Ulasan

  1. Bro cam lak nak install windows 7 starter kat netbook guna usb drive?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital