Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Berkongsi pencetak dalam rangkaian - rumah

Imej
Pada hari ini sebuah rumah mempunyai lebih daripada sebuah komputer adalah perkara biasa. Komputer2 (termasuk netbook, notebook, ipad, tablet, HP …) di rumah berkongsi talian Internet rumah menerusi akses point atau switch atau router dan modem.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Imej
Kad raya untuk pembaca@pengunjung sekalian, klik untuk besarkan imej. Selamat balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Banyak2 berdoa supaya selamat perjalanan pergi dan selamat perjalanan pulang. Karya IT

Kerapnya gempa bumi … hampir setiap 10 minit

Imej
Tahukah anda? Gempa bumi berlaku seluruh dunia hampir setiap 10 minit. Aku pun tak tahu tentang fenomena ini kerana di negara ini tersangat jarang berlaku gempa bumi atau tidak pernah dicatatkan. Terdapat satu gadget untuk Windows 7 / Vista bernama Earthquake Meter v1.1 bagi melihat perkembangan gempa bumi yang berlaku di seluruh dunia pada masa hampir nyata. Gadget ini boleh dimuat turun dari laman web http://addgadget.com/ .

Skrin logon Ramadhan/Islamik untuk Windows Vista & 7

Imej
Assalamualaikum, alhamdulillah bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak tiba lagi. Di sini ana kongsikan berberapa logon skrin untuk Windows Vista atau Windows 7. Bagaimana untuk menggunakan fail logonvista, sila rujuk pos ini http://karyait.blogspot.com/2010/04/cara-mudah-menukar-skrin-log-on-windows.html . http://www.mediafire.com/file/nfpg5we0mv9b2dx/Islamic%20Logon%201.logonvista

Tinjauan Pasaran Harga Hardware/Software Julai 2011

Imej
Rujukan harga pasaran sekitar Kuala Lumpur Mikro pemproses Single Core Intel Celeron 430 = RM109 AMD Sempron LE 140 = RM 99 Dual Core AMD Athlon II X2 250 = RM 165 AMD Athlon II X2 255 = RM 180 AMD Phenom II X2 555 = RM 229 Intel Pentium Dual Core E5700 = RM 185 Intel Dual Core G620 = RM 209 Intel Core i3 540 = RM 309 Intel Core i3 2100 = RM 339 Triple Core AMD Athlon II X3 440 = RM 199 Quad Core Intel Core i5 2300 = RM 535 Intel Core i7 2600 = RM 874 AMD Athlon II X4 640 = RM 295 AMD Phenom II X4 840 = RM 299 AMD Phenom II X4 955 BE = RM 349 AMD Liano A6 3650 = RM 360 AMD Liano A8 3850 = RM 440 Six Core AMD Phenom II X6 1055T = RM 485 AMD Phenom II X6 1100T BE = RM 605 Intel Core i7 990X BE = RM 3429 Nota : AMD Llano adalah mikro pemproses terbaru dalam kategori baru, ia dinamakan sebagai APU. Ia berasaskan teknologi AMD Vision, yang menggabungkan mikro pemproses CPU, GPU dan Chipset dalam satu c

Alamat IP Private vs IP Public

Imej
Sebelum kita mulakan perbincangan ini, terlebih dahulu ... alamat IP itu apa? Ya! IP itu apa sebenarnya? Tahukah anda alamat IP itu apa? untuk apa? dan di mana ia digunakan? Yang mana satukah IP? wujud dalam gambar ini? Apa itu IP? Bagaimana sepucuk surat yang akan dikirim kepada anda, akan sampai ke tangan anda? Sudah tentu dengan menggunakan alamat. Begitu juga komputer atau apa2 peranti rangkaian di Internet mahupun dalam rangkaian tempatan LAN. Ia mesti mempunyai alamat tertentu dan alamat ini mestilah unik.  IP adalah singkatan kepada Internet Protocol (protokol Internet). Alamat IP pula adalah satu label bernombor yang diberikankan kepada setiap peranti seperti komputer, printer, sever (juga dikenali sebagai nod) yang dipautkan dalam rangkaian komputer yang menggunakan protokol Internet (IP) untuk komunikasi.

Sekatan ke atas laman web@servis provider tertentu ...

Imej
Apa makna melanggan broadband kelajuan tinggi, jika sekatan bandwidth ke atas laman tertentu dan sekatan capaian ke atas hos2 servis provider tertentu seperti file hosting? Kalau download pada laman2 web umum yang popular seperti Youtube, 3 ke 5 saat pertama bandwidth adalah hampir penuh, namun selepas itu bandwidth kena cap limit. Lihat artikel terdahulu, link . Kini *beep* (bukan ISP) pula mengenakan sekatan ke atas servis provider hos2 fail pula, atas alasan untuk mencegah piracy di peringkat antara bangsa. Antara bangsa? Wah hebatnya suruhan jaya kita ... membasmi piracy di peringkat antara bangsa. Tapi kebanyakkan hos2 servis file hosting itu berpengkalan di negara2 barat, seperti Amerika dan negara2 Eropah. Adakah undang2 serta penguatkuasan di negara2 itu lemah? Jika hosting2 itu benar2 menyalahi undang2, kenapa mereka tidak dikenakan tindakan oleh negara masing2? ATAU apakah cerdik-bodoh2 di negara ini sebenarnya terlebih sudu dari kuah? 

Backup data browser Firefox, Thunderbird ...

Imej
Panduan ini adalah khas untuk pengguna Firefox dan Thunderbird serta produk2 Mozilla yang lain. Bagaimana untuk mengelakkan kehilangan data2 browser Firefox seperti bookmarks, profil, password, autocomplete form, emel, contacts, history, extensions, cache dll... JIKA kita perlu reinstall browser Firefox ATAU  format harddisk dan reinstall semua perisian termasuk browser Firefox ATAU  memindahkan data2 sedia ada dari browser ke komputer baru atau komputer lain? Anda boleh gunakan kaedah manual seperti yang dinyatakan dalam panduan Mozilla Firefox di sini . Dalam kaedah manual kita membuat salinan folder profil browser iaitu "%APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\" dan menyimpannya ke dalam media storan seperti CD/thumdrive atau dizipkan. Satu lagi cara yang lebih mudah adalah dengan menggunakan perisian MozBackup. MozBackup adalah utiliti mudah untuk membuat backup2 bagi profil2 aplikasi Mozilla Firefox, Mozilla Thunderbird, Mozilla Sunbird, Flock, SeaMonkey, Mozilla Suit

Emotikon untuk Blogger

Imej
Emotikon ialah simbol (atau gabungan simbol) yang digunakan untuk menyampaikan kandungan emosi dalam bentuk tulisan atau mesej. Contoh penggunaan : Program messenger seperti Yahoo! Messenger, Windows Live Messenger (MSN Messenger), dalam emel dan juga laman sosial seperi Facebook. Blogger Wordpress.com boleh menggunakan simbol2 yang dinyatakan di laman web http://en.support.wordpress.com/smilies/ . Walau bagaimana pun pilihan agak terhad. Anda perlu tetapkan tetapan yang dinyatakan dalam setting untuk menukar simbol teks kepada ikon grafik emotikon. Contoh: :-) kepada Untuk blogger Blogger@Blogspot, anda beberapa langkah yang anda perlu lakukan. Walaupun begitu ia lebih fleksible dan lebih banyak pilihan berbanding Wordpress.com. Fitur ini asalnya menggunakan addon Greasemonkey untuk pelayar web Firefox. Google kini menyokong skrip pengguna secara bina dalam. Pengguna IE anda perlu memasang plugin Greasemonkey for IE dari laman http://www.gm4ie.com/index.html dan perlu mengubahsua

TMnet adalah scammer Internet?

Imej
Adakah anda pengguna TMnet? Apakah pakej broadband Internet yang anda langgan? Adakah anda melanggan pakej Streamyx atau pakej UniFi? Tahukah anda mengenai “polisi penggunaan adil TMnet”atau “ Fair Usage Policy ”? Apa makna polisi ini? Petikan ( link ) TM is committed to ensuring our customers receive the best broadband service at the most competitive price. To achieve this goal, we provide a contended broadband service. This means our Internet bandwidth (capacity) is catered to be shared by all our customers at any one point in time , to ensure we provide a satisfactory and acceptable performance on an equal basis to all our customers. However, a small number of customers use more than their "fair share" of the Internet bandwidth provided by us. On average, about 10% of our customers are using a disproportionate amount of Internet bandwidth. These customers degrade the performance of our broadband service by taking bandwidth away from other customers, who use the service

Melarikan pelbagai sistem operasian dalam Windows

Imej
Bolehkah sebuah komputer melaksanakan pelbagai sistem operasi, misalnya Linux atau beberapa versi Windows berlainan di komputer (PC) yang sama? Boleh, kaedah yang digunakan dahulu adalah menerusi pembahagian partition hard disk. Sistem operasian tambahan itu dipasang pada partition yang dikhaskan untuknya. Perisian boot manager perlu dipasang bagi tujuan pemilihan sistem operasi mana yang akan digunakan selepas proses boot-up. Masalah dengan kaedah ini adalah anda perlu reboot setiap kali untuk bertukar sistem operasi. Sistem operasi yang digunakan mestilah untuk platform mikro pemproses yang sama, iaitu untuk mikro pemproses x86-32/x86-64. Anda tidak dapat melarikan sistem operasian bukan PC di PC anda. Teknologi yang lebih baru bagi tujuan ini adalah menerusi PC virtualization jika sistem operasian tambahan itu berdasarkan senibina mikro pemproses yang sama. OS berlainan boleh dilarikan dalam OS yang sedang digunakan. Perisian Emulator jika sistem itu dibina menggunakan seni

Pelayar web dan update terkini 2011

Imej
Pemaju2 perisian pelayar web telah mengemas kini pelayar web mereka dengan fitur2 baru dan menarik. Versi terkini pelayar2 web utama adalah Microsoft Internet Explorer 9, Mozilla Firefox 4, Opera 11, Google Chrome 10 dan Apple Safari 5. Safari 5.0.4

Wallpaper hadfon mahalnya, buat sendiri lebih jimat ...

Imej
Mungkin bagi sesetengah pengguna memuat turun satu wallpaper handfon bernilai 50 sen adalah sangat murah. Namun jika diteliti dan relatif kepada wallpaper komputer, yang biasanya boleh diperoleh secara percuma di Internet, maka wallpaper handfon boleh dikatakan sangat-sangat mahal. Saiznya sangat kecil, pilihan yang terbatas dan lain2 lagi. Tahukah anda? Anda boleh mengaplikasikan sebarang gambar yang terdapat di Internet sebagai wallpaper handfon anda. Kaedah yang sama juga boleh digunakan di komputer.

Menjejaki lokasi dalam anime dengan Google Maps

Imej
Satu fitur menarik yang terdapat dalam Google Maps adalah Street View, malangnya fitur ini tidak terdapat untuk peta Google Maps bagi negara kita dan juga kebanyakkan negara. Pada satu ketika, semasa menonton beberapa siri anime, terlintas difikiran untuk melihat sendiri pemandangan dan suasana yang digambarkan di dalam anime di negara Jepun. Nampak menarik dan indah, bagaimana pula dengan pemandangan sebenar, adakah ia sama? Asalnya aku cuba menjejak kawasan2 yang dinyatakan dalam anime menerusi peta satelit dan juga foto. Memang benar, ia adalah sama dan sesetengah pemandangan itu lebih menarik dalam gambar sebenar. Bermula dari menjelajah sekitar Wakkanai, di wilayah Hokkaido, Jepun dengan mengikuti siri anime "Honey and Clover".

Google MAPS bukan sekadar peta ...

Imej
Mungkin ramai di antara pembaca yang pernah atau sering menggunakan servis Google Maps yang disediakan oleh Google. Terdapat banyak fitur menarik dalam Google Maps, kita boleh melihat peta dunia dalam bentuk peta jalan raya, ATAU peta satelit yang memaparkan bentuk muka bumi di lihat dari satelit. Selain itu kita juga boleh melihat bentuk muka bumi yang memaparkan garis2 kontur, maklumat trafik, gambar foto dan juga webcams. Tahukah, anda boleh melancong ke luar negara secara maya?