Menjejaki lokasi dalam anime dengan Google Maps

Satu fitur menarik yang terdapat dalam Google Maps adalah Street View, malangnya fitur ini tidak terdapat untuk peta Google Maps bagi negara kita dan juga kebanyakkan negara. Pada satu ketika, semasa menonton beberapa siri anime, terlintas difikiran untuk melihat sendiri pemandangan dan suasana yang digambarkan di dalam anime di negara Jepun. Nampak menarik dan indah, bagaimana pula dengan pemandangan sebenar, adakah ia sama? Asalnya aku cuba menjejak kawasan2 yang dinyatakan dalam anime menerusi peta satelit dan juga foto. Memang benar, ia adalah sama dan sesetengah pemandangan itu lebih menarik dalam gambar sebenar. Bermula dari menjelajah sekitar Wakkanai, di wilayah Hokkaido, Jepun dengan mengikuti siri anime "Honey and Clover".