Google MAPS bukan sekadar peta ...

Mungkin ramai di antara pembaca yang pernah atau sering menggunakan servis Google Maps yang disediakan oleh Google. Terdapat banyak fitur menarik dalam Google Maps, kita boleh melihat peta dunia dalam bentuk peta jalan raya, ATAU peta satelit yang memaparkan bentuk muka bumi di lihat dari satelit. Selain itu kita juga boleh melihat bentuk muka bumi yang memaparkan garis2 kontur, maklumat trafik, gambar foto dan juga webcams. Tahukah, anda boleh melancong ke luar negara secara maya?



Bagaimana mencapai Google Maps?

Google Maps boleh dicapai dengan mengklik pautan Maps pada halaman carian Google.


Atau layari http://maps.google.com.my.

Penggunaan asas

  1. Klik peta dan heret (drag) untuk menggerakkan peta bagi melihat kawasan2 bersebelahan.
  2. Gunakan butang scroll pada mouse, tolak roda ke hadapan atau scroll up untuk pembesaran imej peta (zoom in) ATAU tolak roda ke bawah atau scroll down untuk pengecilan imej peta (zoom out).
  3. Zoom in dan zoom out boleh juga dilakukan dengan mengklik ikon berkaitan seperti ditunjukkan dalam rajah.
  4. Anda juga boleh gunakan medan carian untuk mencari suatu lokasi.
  5. Opsyen peta : trafik, photo, webcams, wikipedia, traffic, transit, terrain, bicycling dan 45o.


Peta Jalan

Dengan Google Maps anda boleh melihat peta jalan seluruh dunia secara percuma. Mungkin satu hari nanti peta kertas akan menjadi lapuk. Klik mod Maps untuk peta jalan.


Peta Satelit

Maklumat daripada peta jalan kurang mencukupi, gambaran dari peta satelit mungkin lebih jelas di mana anda boleh melihat bentuk muka bumi, bangunan dan juga persekitaran sesuatu kawasan. Tandakan opsyen label untuk label2 butiran lokasi.

Google Earth plug-in

Memaparkan peta dalam paparan 3D. Anda perlu install plugin Google Earth ke pelayar web anda. Klik mod Earth untuk paparan.


Foto

Selain kedua peta itu, Google Maps juga menyediakan gambar foto persekitaran kawasan dan gambar2 ini adalah sumbangan daripada komuniti. Anda juga boleh menjadi penyumbang dengan menyertai Google Panomramio.

Penggunaan
Cara 1
  • tandakan opsyen Photo pada Google Maps.
  • kawasan yang mempunyai gambar akan ditandakan dengan ikon gambar pada peta.
  • klik gambar itu untuk Zoom in.


Cara 2
  • tanpa enable opsyen Photo
  • heret (drag) ikon orang kuning pada skala zoom ke atas peta
  • titik2 bulat biru menunjukkan kawasan itu bergambar
  • heret ikon orang kuning ke bulatan biru untuk membuka gambar itu



Webcams

Berbeza daripada Foto, gambar daripada Webcams adalah gambar terkini yang diambil pada sela masa tertentu.

  •  klik ikon Webcams pada gambar untuk membukanya.


Bentuk Muka Bumi

Untuk paparan bentuk muka bumi secara geografi, klik mod Map (peta jalan) dan tandakan opsyen Terrain.


Trafik

Tiada data untuk opsyen Trafik masa nyata atau Live Traffic bagi negara ini. Sebagai alternatif, kita lihat negara jiran Singapura. Maklumat trafik ini berguna untuk mengelak kesesakan lalu lintas bagi pengguna2 jalan raya di negara itu.




Rasanya negara kita juga patut sediakan maklumat seperti ini daripada perkara2 membazir dan tak berfaedah. ;-( hu, hu, hu ....


Karya IT

Bersambung ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...