Menjejaki lokasi dalam anime dengan Google Maps

Satu fitur menarik yang terdapat dalam Google Maps adalah Street View, malangnya fitur ini tidak terdapat untuk peta Google Maps bagi negara kita dan juga kebanyakkan negara. Pada satu ketika, semasa menonton beberapa siri anime, terlintas difikiran untuk melihat sendiri pemandangan dan suasana yang digambarkan di dalam anime di negara Jepun. Nampak menarik dan indah, bagaimana pula dengan pemandangan sebenar, adakah ia sama?

Asalnya aku cuba menjejak kawasan2 yang dinyatakan dalam anime menerusi peta satelit dan juga foto. Memang benar, ia adalah sama dan sesetengah pemandangan itu lebih menarik dalam gambar sebenar. Bermula dari menjelajah sekitar Wakkanai, di wilayah Hokkaido, Jepun dengan mengikuti siri anime "Honey and Clover".


(Feri di teluk Aomori : http://maps.google.com.my/maps?hl=en&ie=UTF8&ll=40.844887,140.716096&spn=0.003701,0.010568&t=h&z=17&lci=com.panoramio.all&layer=c&cbll=40.844887,140.716096&cbp=13,0,,0,5&photoid=po-35329463)




(Soya Cape, Hokkaido, Jepun : http://maps.google.com.my/maps?hl=en&ie=UTF8&ll=45.494766,141.931193&spn=0.003429,0.010568&t=h&z=17&lci=com.panoramio.all&layer=c&cbll=45.494766,141.931193&cbp=13,0,,0,5&photoid=po-46783570)



(Tanjung paling utara Jepun, atas padanya Russia : http://maps.google.com.my/maps?ll=45.522796,141.936268&spn=0.007291,0.021136&t=k&z=16&lci=com.panoramio.all&layer=c&cbll=45.522796,141.936268&cbp=13,0,,0,5&photoid=po-11444628)


(Menara pengawasan lama tentera laut di Soya Cape : http://maps.google.com.my/maps?ll=45.520639,141.938145&spn=0.007292,0.021136&t=k&z=16&lci=com.panoramio.all&layer=c&cbll=45.520639,141.938145&cbp=13,0,,0,5&photoid=po-4396168)

Manakala lokasi kolej/universiti dalam anime ini pula agak susah sikit untuk dijejaki, aku bukannya boleh baca dan faham bahasa Jepun pun. Cuma ada beberapa key sebagai petunjuk iaitu Tokyo, Kolej Art, ruang tanah agak luas dan gambar2 di bawah. Cari punya cari dan dengan menggunakan Street Maps akhirnya jumpa juga ... he, he, he ...
Kebun sayur belakang kolej.
Bangunan dalam kampus
Bangunan berserbelahan
Klue paling jelas adalah pintu gerbang ini, banding dengan gambar di bawah...
Sama kan ... :-)

http://maps.google.com.my/maps?hl=en&ie=UTF8&ll=35.725964,139.449517&spn=0.002003,0.007328&t=h&z=18&layer=c&cbll=35.725877,139.44951&panoid=QWQcP0iQ4__Kud3d_eEdxA&cbp=12,313.86,,0,-3.96

dan nama univerisiti mereka adalah Musashino Art University.
http://maps.google.com.my/maps?t=h&ie=UTF8&ll=35.726291,139.448583&spn=0.002112,0.007328&z=18

Selepas "Honey and Clover", aku cuba mula menjejaki tempat2 yang disebutkan dalam movie anime "5 centimeter per seconds". Iaitu perjalanan watak utama, Takashi menaiki tren dari Tokyo ke Iwafune, dan kemudian semasa beliau tinggal di Pulau Tanegashima di wilayah Kagoshima. Pulau ini adalah pusat penyelidikan angkasa lepas bagi negara Jepun.

Semasa guna ikon hantu kuning (lihat artikel : Google Maps bukan sekadar peta ...) untuk mejelajah kawasan, baru perasan Google ada satu fitur baru yang dikenali sebagai street maps. Street Maps membolehkan kita melihat kawasan sekitar seolah-olah kita berada di situ. Kita boleh melihat keliling 360o dan juga mendongak atas bawah. Ternyata fitur Street View dalam Google Maps boleh membawa feel seolah seperti kita berada di situ.

Bagaimana menggunakan Street View?

• Kecilkan peta ke skala peta dunia dan drag hantu kuning ke atas peta, dan perhatikan peta jalan yang ditandakan dan warna biru.
• Lepaskan orang kuning di situ.
• Untuk lebih tepat, ulang sekali lagi dengan mengecilkan skala peta (zoom in) ke kawasan yang dikehendaki dan kemudian drag dan lepaskan hantu kuning Google Maps ke atas jalur biru bertanda.

Sebagai contoh
Layari http://maps.google.com.my/maps?hl=en&ie=UTF8&ll=30.571721,131.086121&spn=1.137437,3.751831&t=h&z=9



Kembali ke Hokkaido untuk melihat jalan susur pantai dengan Street Map.



Wah ... fitur Google Maps ini sangat2 menarik. Perak aku dibuatnya, aah cantiknya, aaa menariknya, wah, oooo, fulamak, ... aa .... aa ... すごい すごい ... Boleh masuk ke ceruk2 walau pun jalan terceruk di kampung, dalam hutan, pendalaman ... asalkan disokong oleh Street Maps, maka boleh sampai ke situ.

Dengan ini maka boleh sesiapa sahaja melancong secara maya (virtual) ke mana2 negara lain yang support Street Map ini.

Banyak benda, banyak perkara yang boleh diperhatikan dan difikirkan. Tak sangka negara Jepun juga kaya dengan alam semulajadi serta unik, dan bukan negara kita sahaja. Apa yang menarik kawasan2 perlancongan itu di majukan, nampaknya bukan lah untuk pelancong asing, tetapi lebih kepada warga tempatan. Pada pandangan aku terlalu banyak tempat menarik dalam negara yang luas untuk di kunjungi oleh warga negara mereka sendiri.

La ... Ingatkan Malaysia sahaja yang mempunyai tempat2 perlancongan menarik seperti yang diiklankan dalam iklan cuti2 Malaysia di TV-TV tempatan. Ha, ha, ha ... :-).

Sambungan siri mengembara dengan Google Maps seterusnya akan diterbitkan dalam blog Coretan Al-Kimia.


Karya IT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital