Wallpaper hadfon mahalnya, buat sendiri lebih jimat ...
Mungkin bagi sesetengah pengguna memuat turun satu wallpaper handfon bernilai 50 sen adalah sangat murah. Namun jika diteliti dan relatif kepada wallpaper komputer, yang biasanya boleh diperoleh secara percuma di Internet, maka wallpaper handfon boleh dikatakan sangat-sangat mahal. Saiznya sangat kecil, pilihan yang terbatas dan lain2 lagi. Tahukah anda? Anda boleh mengaplikasikan sebarang gambar yang terdapat di Internet sebagai wallpaper handfon anda. Kaedah yang sama juga boleh digunakan di komputer.