Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Melarikan pelbagai sistem operasian dalam Windows

Imej
Bolehkah sebuah komputer melaksanakan pelbagai sistem operasi, misalnya Linux atau beberapa versi Windows berlainan di komputer (PC) yang sama? Boleh, kaedah yang digunakan dahulu adalah menerusi pembahagian partition hard disk. Sistem operasian tambahan itu dipasang pada partition yang dikhaskan untuknya. Perisian boot manager perlu dipasang bagi tujuan pemilihan sistem operasi mana yang akan digunakan selepas proses boot-up. Masalah dengan kaedah ini adalah anda perlu reboot setiap kali untuk bertukar sistem operasi. Sistem operasi yang digunakan mestilah untuk platform mikro pemproses yang sama, iaitu untuk mikro pemproses x86-32/x86-64. Anda tidak dapat melarikan sistem operasian bukan PC di PC anda. Teknologi yang lebih baru bagi tujuan ini adalah menerusi PC virtualization jika sistem operasian tambahan itu berdasarkan senibina mikro pemproses yang sama. OS berlainan boleh dilarikan dalam OS yang sedang digunakan. Perisian Emulator jika sistem itu dibina menggunakan seni