Melarikan pelbagai sistem operasian dalam Windows

Bolehkah sebuah komputer melaksanakan pelbagai sistem operasi, misalnya Linux atau beberapa versi Windows berlainan di komputer (PC) yang sama? Boleh, kaedah yang digunakan dahulu adalah menerusi pembahagian partition hard disk. Sistem operasian tambahan itu dipasang pada partition yang dikhaskan untuknya. Perisian boot manager perlu dipasang bagi tujuan pemilihan sistem operasi mana yang akan digunakan selepas proses boot-up.


Masalah dengan kaedah ini adalah anda perlu reboot setiap kali untuk bertukar sistem operasi. Sistem operasi yang digunakan mestilah untuk platform mikro pemproses yang sama, iaitu untuk mikro pemproses x86-32/x86-64. Anda tidak dapat melarikan sistem operasian bukan PC di PC anda.

Teknologi yang lebih baru bagi tujuan ini adalah menerusi
  1. PC virtualization jika sistem operasian tambahan itu berdasarkan senibina mikro pemproses yang sama. OS berlainan boleh dilarikan dalam OS yang sedang digunakan.
  2. Perisian Emulator jika sistem itu dibina menggunakan senibina mikro pemproses berlainan. Misalnya MacOS untuk PowerPC, Unix untuk UltraSparc atau sistem operasian bagi konsol video (video games) seperti Playstation, PS2, PS3, Nintendo, Gameboy, Xbox dsb.

Microsoft Windows Virtual PC
Windows Virtual PC adalah teknologi virtualisasi terbaru Microsoft untuk Windows 7. Ini adalah mesin runtime untuk Windows XP Mode bagi menyediakan persekitaran maya Windows untuk Windows 7. Dengan Windows Virtual PC, aplikasi Windows XP Mode dapat dilihat dan diakses dari desktop Windows 7.

Windows XP Mode untuk Windows 7 memudahkan anda memasang dan melaksanakan pelbagai aplikasi produktiviti Windows XP secara terus dari PC berasaskan Windows 7. Ia menggunakan teknologi virtualisasi, seperti Windows Virtual PC, untuk memberikan persekitaran maya Windows XP kepada Windows 7.

Ini bertujuan mengatasi masalah ketakserasian aplikasi2 terdahulu untuk Windows XP. Aplikasi 16 bit Windows 9x juga boleh dilarikan menerusi kaedah ini.



Nota: Windows Virtual PC adalah untuk Windows 7, pengguna Windows XP atau Vista boleh menggunakan Virtual PC 2007 bagi tujuan ini. Windows 7 Starter tidak menyokong fitur Windows XP Mode atau Windows Virtual PC. Untuk Windows XP Mode, anda perlu memasang Windows Virtual PC terlebih dahulu.

Walau bagaimana pun, sistem operasian tambahan yang dilarikan dengan utility ini agak perlahan berbanding perisian VM ware. Kalau tak silap, kaedah emulator digunakan dalam perisian ini (fps).

Kaedah Penggunaan (basic)
  • Untuk memasang aplikasi dalam Windows XP Mode atau Virtual PC, anda perlu melarikan Windows XP Mode dari menu Start.
  • Pasang perisian seperti biasa, sama seperti anda menggunakan Windows.
  • Aplikasi dalam Windows XP Mode boleh dilarikan terus dari menu Start.





Keperluan sistem:
  • Windows 7 selain versi Starter.
  • Micropemproses yang menyokong hardware virtualization, mikro pemproses Intel Atom biasanya tidak menyokong fitur ini.
  • Sebaiknya multi core, itu mikro pemproses berbilang teras seperti dual core, triple core atau lebih.
  • Memori minimum 2GB untuk Windows 7 32 bit atau 4GB untuk Windows 7 64bit.


Maklumat lanjut :
http://www.microsoft.com/windows/virtual-pc/default.aspx

Download:
Untuk Windows 7 : http://www.microsoft.com/windows/virtual-pc/download.aspx
Untuk Windows XP / Vista : http://www.microsoft.com/windows/virtual-pc/support/virtual-pc-2007.aspx

VM Ware

Perisian ini adalah perisian komersial bagi tujuan ini, PC virtualization. Perisian ini melarikan sistem operasi pada PC maya dengan lebih pantas. Ia menggunakan fitur hardware virtualization yang terdapat pada mikro pemproses sepenuhnya.
Perisian ini lebih sesuai untuk melarikan sistem operasian lain bukan Windows seperti Linux, FreeBSD, DOS, Mac OS X dan lain2 bagi platform PC x86 atau x64. Juga sesuai digunakan untuk melarikan perkakasan yang hanya serasi dengan Windows terdahulu, tidak serasi dengan Windows yang anda gunakan (driver tak support).

Windows XP Login Screen

Windows XP dalam VMware

Windows 2000 Logon Screen

Windows 2000 Desktop

Ubuntu Linux

Mac OS X Tiger


Open SUSE Linux Desktop

Penggunaan Asas:
  • Cipta virtual PC, tetapkan saiz memori atau ikut memori yang dicadangkan, tetapkan dual processor untuk performa yang lebih baik. Windows 7 Starter tak support multi processor.
  • Install OS seperti anda install OS pada PC baru, boot melalui CD drive atau virtual CD (guna fail imej CD, misalnya .ISO).
  • Jika installation OS berjaya, install Vmware tool untuk driver hardware vmware (hardware maya).
  • Sistem sedia digunakan, gunakan seperti anda menggunakan PC biasa.
  • Untuk perkongsian fail, tetapkan folder sharing.
  • Support USB drive dan juga peranti USB lain (perlu install driver dalam PC maya VM Ware).


Keperluan sistem:
  • Standard x86‐compatible or x86‐64‐compatible personal computer
  • 1.3GHz or faster CPU minimum
  • Multiprocessor systems are supported.
  • Support for 64‐bit guest operating systems is available with Intel VT or AMD‐V CPUs.
  • Operating system installation media (disk or disk image) for virtual machines
  • For Windows 7 Aero Graphics Support
  • - Intel Dual Core, 2.2GHz and above or AMD Athlon 4200+ and above
  • - nVidia GeForce 8800GT and above or ATI Radeon HD 2600 and above
  • - At least 3GB of host system memory

Test drive:
http://www.vmware.com/go/tryworkstationwindows (evaluate 30 days)
http://btjunkie.org/search?q=vmware (illegal)
Test imej (illegal): cari guna google atau guna apa2 torrent search, keyword “vmware image” atau nama OS+ “ vmware”, misalnya “Mac OSX vmware image”, “Windows me vmware” dsb.

Emulator

Untuk sistem berlainan senibina mikro pemproses, misalnya untuk melaksanakan aplikasi permainan PlayStation (PSX) pada Windows. Kita perlu gunakan emulator yang bersesuaian, yang khusus bagi platform aplikasi itu. Selain permainan terdapat juga emulator untuk sistem operasi bagi mikro pemproses bukan PC.
Perisian emulator ePSXe untuk games PSX

Perisian emulator VisualBoyAdvance

Selamat Mencuba

Karya IT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital