Alamat IP Private vs IP Public

Sebelum kita mulakan perbincangan ini, terlebih dahulu ... alamat IP itu apa? Ya! IP itu apa sebenarnya? Tahukah anda alamat IP itu apa? untuk apa? dan di mana ia digunakan? Yang mana satukah IP? wujud dalam gambar ini? Apa itu IP? Bagaimana sepucuk surat yang akan dikirim kepada anda, akan sampai ke tangan anda? Sudah tentu dengan menggunakan alamat. Begitu juga komputer atau apa2 peranti rangkaian di Internet mahupun dalam rangkaian tempatan LAN. Ia mesti mempunyai alamat tertentu dan alamat ini mestilah unik. IP adalah singkatan kepada Internet Protocol (protokol Internet). Alamat IP pula adalah satu label bernombor yang diberikankan kepada setiap peranti seperti komputer, printer, sever (juga dikenali sebagai nod) yang dipautkan dalam rangkaian komputer yang menggunakan protokol Internet (IP) untuk komunikasi.