Backup data browser Firefox, Thunderbird ...

Panduan ini adalah khas untuk pengguna Firefox dan Thunderbird serta produk2 Mozilla yang lain. Bagaimana untuk mengelakkan kehilangan data2 browser Firefox seperti bookmarks, profil, password, autocomplete form, emel, contacts, history, extensions, cache dll... JIKA
  • kita perlu reinstall browser Firefox ATAU 
  • format harddisk dan reinstall semua perisian termasuk browser Firefox ATAU 
  • memindahkan data2 sedia ada dari browser ke komputer baru atau komputer lain?
Anda boleh gunakan kaedah manual seperti yang dinyatakan dalam panduan Mozilla Firefox di sini. Dalam kaedah manual kita membuat salinan folder profil browser iaitu "%APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\" dan menyimpannya ke dalam media storan seperti CD/thumdrive atau dizipkan.


Satu lagi cara yang lebih mudah adalah dengan menggunakan perisian MozBackup. MozBackup adalah utiliti mudah untuk membuat backup2 bagi profil2 aplikasi Mozilla Firefox, Mozilla Thunderbird, Mozilla Sunbird, Flock, SeaMonkey, Mozilla Suite, Spicebird, Songbird dan Netscape.



Ia membolehkan kita backup dan restore bookmarks, emel, contacts, history, extensions, passwords, cache dll.

Perisian ini boleh dimuat turun secara peruma dari http://mozbackup.jasnapaka.com/download.php. Ia adalah perisian percuma, meskipun untuk kegunaan komersial. Jenis lesen MPL 1.1/GPL 2.0/LGPL 2.1.

Penggunaan

  • Laksanakan program.


  • Pilih mod operasi, pilih backup dan tandakan Firefox dalam senarai aplikasi.


  • Tandakan profil pada browser anda, biasanya default. Jika browser anda multi profil, sila pilih profil mana yang anda mahu backup.
  • Kemudian tetapkan lokasi dan nama fail backup anda. 


  • Tandakan item2 yang ingin dibackup.


  • Selesai, tunggu sehingga proses backup selesai.
Untuk restore pula, anda perlukan perisian ini sekali lagi. Jika anda mahu memindahkan data backup ke komputer lain, anda perlu memasang perisian MozBackup di komputer itu. Semasa larian pilih mod operasi restore dan ikuti langkah seterusnya yang diberikan.


Selamat Mencuba

Karya IT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...