Sekatan ke atas laman web@servis provider tertentu ...

Apa makna melanggan broadband kelajuan tinggi, jika sekatan bandwidth ke atas laman tertentu dan sekatan capaian ke atas hos2 servis provider tertentu seperti file hosting? Kalau download pada laman2 web umum yang popular seperti Youtube, 3 ke 5 saat pertama bandwidth adalah hampir penuh, namun selepas itu bandwidth kena cap limit. Lihat artikel terdahulu, link.

Kini *beep* (bukan ISP) pula mengenakan sekatan ke atas servis provider hos2 fail pula, atas alasan untuk mencegah piracy di peringkat antara bangsa. Antara bangsa? Wah hebatnya suruhan jaya kita ... membasmi piracy di peringkat antara bangsa.

Tapi kebanyakkan hos2 servis file hosting itu berpengkalan di negara2 barat, seperti Amerika dan negara2 Eropah. Adakah undang2 serta penguatkuasan di negara2 itu lemah? Jika hosting2 itu benar2 menyalahi undang2, kenapa mereka tidak dikenakan tindakan oleh negara masing2? ATAU apakah cerdik-bodoh2 di negara ini sebenarnya terlebih sudu dari kuah? 

Aduhai ... apa nak jadi dengan negara ini!!! Setiap kali si2 bodoh baru memegang jawatan baru, masing2 ingin menunjuk2kan satu perubahan baru yang dibawa olehnya. Meskipun sistem sedia ada sudah terbukti establish@mantap. Yang patut diperbaiki langsung tak diusiknya, sebaliknya yang dah mantap diubah suai seperti tikus membaiki labu. Akhirnya sistem2 yang sekian lama mantap kian ranap... waduh, hu, hu, hu ... 

Apa pun bagaimana rupa pemimpin, begitulah rupa pengikutnya, ... ha, ha, ha ... 

Oleh itu kita terpaksa buka balik buku dan lihat semula definasi2 asas. Definasi ini adalah alih bahasa daripada Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/File_hosting). 

File Hosting

Servis pengehos fail@file hosting service, pembekal storan online, atau cyberlocker adalah servis pengehos@hosting Internet yang direka khususnya untuk mengehoskan kandungan statik, biasanya fail2 besar yang bukan halaman2 web. Ia boleh dioptimumkan untuk melayani ramai pengguna (secara tersirat dengan istilah "hosting") atau boleh dioptimumkan untuk storan pengguna tunggal (secara tersirat dengan istilah "storan"). Servis2 berkaitan adalah servis2 hos paparan kandungan (iaitu video, gambar, audio/musik), storan maya dan backup remote. 

Kegunaan
Software file hosting
Pemaju2 bagi perisian Shareware, Freeware dan Open Source/Free seringkali menggunakan khidmat hos fail untuk mengedarkan perisian mereka. Untuk menampung kos bandwidth yang tinggi, pembekal servis membuat beberapa batasan dan mengadakan servis2 premium.
Contoh perisian percuma yang diedarkan menerusi khidmat file hosting.

Personal file storage
Servis storan fail personal disasarkan kepada individu persendirian, menawarkan pelbagai "storan rangkaian" untuk backup peribadi, capaian fail atau pengedaran fail. Pengguna boleh memuat naik fail2 mereka dan berkongsi secara umum atau lindungi ia dengan password.


Content caching
Pembekal2 kandungan yang mahu mengatasi masalah kesesakan bandwidth mungkin menggunakan servis yang khusus dalam mengagihkan kandungan cached@disorok atau statik.

Masalah salah guna & Hak cipta

Masalah salah guna dan pelanggaran hak cipta oleh uploader bukan satu isu besar di mana setiap pembekal servis hos fail menetapkan beberapa peraturan dan polisi servis, serta mereka juga tertakluk kepada undang2 negara masing2.

Sering kali fail2 yang menyalahi undang2 dipadam dan uploader itu mungkin diban. Pemilik hak cipta atau sesiapa sahaja boleh melaporkan mana2 kandungan yang menyalahi undang2 kepada pembekal2 servis berkenaan dan mereka akan mengambil tindakan susulan. Jadi ini bukan satu isu yang sangat besar. Isu ini pernah dibangkitkan di mahkamah Jerman, setelah perbicaraan yang panjang lebar ... akhirnya kesimpulan yang dibuat adalah "unreasonable or pointless" (tak munasabah dan tak berasas). Lihat juga http://en.wikipedia.org/wiki/File_hosting#Use_for_copyright_breaching


Menghalang terus capaian kepada hos2 fail adalah ibarat mengharamkan pisau kerana pisau boleh membahayakan orang lain. Adakah cerdik-bodoh2 di suruhan jaya IT kita itu buta IT??? Sama keadaan seperti pihak2 pengurusan kereta api negara yang terlalu naif dan lemah pengetahuan tentang kereta api dan teknologi kereta api moden. Mereka hanya pandai berdolak-dalih.  Link : http://blogkaryait.wordpress.com/2011/03/21/perbandingan-kereta-api-negara-kita-dengan-negara-orang-satu-cadangan-bhg-1/

Solution untuk Pengguna : Tukarkan DNS modem anda kepada Google Public DNS!!!

Apa itu DNS Awam Google@Google Public DNS?
Google Public DNS adalah percuma, servis penyelesaian Domain Name System (DNS) global, yang anda boleh gunakan sebagai alternatif kepada DNS semasa pembekal (ISP) anda.

Cara penggunaan
Tetapkan konfigurasi rangkaian untuk menggunakan alamat IP berikut sebagai IP bagi DNS rangkaian anda.

  • Primary DNS : 8.8.8.8
  • 2nd DNS : 8.8.4.4

Jika anda menghubungi Internet secara dailup dalam Windows, maka anda perlu menukar setting ini dalam tetapan sambungan rangkaian Windows. Jika sambungan Internet dibuat oleh modem secara automatik sebaik sahaja modem dihidupkan, anda perlu menukar tetapan DNS dalam konfigurasi modem (built in).

Apabila anda menggunakan Google Public DNS, semua program klien akan melakukan semua DNS lookup menerusi Google Public DNS ini.

Kenapa DNS penting?
Protokol DNS adalah bahagian penting bagi prasarana web, ia bertindak seperti buku telefon Internet. Di mana setiap kali anda melayari laman web, komputer anda akan melakukan DNS lookup (pencarian DNS). Halaman yang kompleks sering kali memerlukan berbilang DNS lookups sebelum ia mula dimuatkan. Jadi komputer anda mungkin melakukan beratus2 atau beribu2 lookups sehari.

Kenapa cuba Google Public DNS?

  • Untuk meningkatkan kelajuan pelayaran.
  • Meningkatkan keselamatan anda, Google adalah antara pembekal servis2 Internet yang sangat reliable.
  • Mendapatkan keputusan yang dikehendaki tanpa ubah hala@redirection sama sekali.
  • Mengatasi kelemahan sistem rangkaian ISP anda, sering kali broadband tempatan menghadapi gangguan servis yang disebabkan masalah DNS. Di mana isyarat ton telefon ok(signal normal), DSL ada signal, dan talian internet disambungkan, TETAPI DNS lookup gagal kerana kegagalan DNS ISP. 

Nota : Cadangan ini hanya untuk memperbaiki masalah DNS sahaja, tetapi jika suatu IP atau laman web diblok oleh ISP atau suruhan jaya tak da kerja lain, maka capaian ke IP atau alamat web itu tetap tidak berhasil. Bagi tujuan ini anda perlu gunakan servis proxy, atau hide IP anda seperti yang dinyatakan dalam artikel terdahulu. Link: http://karyait.blogspot.com/2011/06/tmnet-adalah-scammer-internet.html

 Maaf kalau ada pihak yang terasa!!!
Kepada pihak berkenaan, tolong jangan SCAM rakyat marhean. 


Selamat mencuba


Karya IT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...