TMnet adalah scammer Internet?

Adakah anda pengguna TMnet? Apakah pakej broadband Internet yang anda langgan? Adakah anda melanggan pakej Streamyx atau pakej UniFi? Tahukah anda mengenai “polisi penggunaan adil TMnet”atau “Fair Usage Policy”? Apa makna polisi ini? Petikan (link)

TM is committed to ensuring our customers receive the best broadband service at the most competitive price. To achieve this goal, we provide a contended broadband service. This means our Internet bandwidth (capacity) is catered to be shared by all our customers at any one point in time, to ensure we provide a satisfactory and acceptable performance on an equal basis to all our customers.

However, a small number of customers use more than their "fair share" of the Internet bandwidth provided by us. On average, about 10% of our customers are using a disproportionate amount of Internet bandwidth. These customers degrade the performance of our broadband service by taking bandwidth away from other customers, who use the service fairly.

Maksudnya bandwidth talian tulang belakang (backbone) dikongsi “sama adil” dengan semua pengguna. Adakah semua pengguna membayar pada kadar yang sama ATAU Tmnet hanya menawarkan satu pakej Internet tunggal? Oleh itu bandwidth perlu dikongsikan pada kadar rata, sama adil? Bagaimana agaknya mereka yang melanggan pakej Streamyx 4Mbs berkongsi talian sama adil dengan pakej 384Kbs? Bandwidth pun sama ke?



Mungkin TMnet boleh menyalahkan pengguna P2P kerana banyak memakan bandwidth. Tetapi apakah bandwidth backbone Internet bagi satu stesen pemancar? Adakah bandwidthnya tinggi, atau rendah atau gitu2? Kawasan penduduk padat mungkin menghadapi masalah kesesakan trafik Internet yang serius pada waktu puncak atau pada waktu2 tertentu. Tetapi bagaimana kawasan berpenduduk tak padat hingga ke penduduk jarang2, di kawasan luar bandar juga menghadapi masalah kesesakan? Sebagai contoh kawasan perumahan baru agak pendalaman tetapi di luar Bandar dan sangat dekat dengan stesen pemancar. Berapa bandwidth pemancar yang perlu dikongsi oleh penduduk setempat? Adakah ini polisi penggunaan yang adil? :-P

Mungkin sesiapa yang rajin menonton video di Youtube perasan tentang isu ini. Masa mula2 buka video nampak macam laju, tetapi tiba2 perlahan balik. Betul ke ada benda2 macam ini?

Lihat graf bandwith meter di bawah, semasa aku download video Youtube di awal pagi 2 pagi – 7 pagi. Di kawasan perumahan aku, penduduk jarang2, tak ramai, time malam lebih sunyi sepi … maklumlah kawasan pendalaman, pinggir Bandar. Yang best dekat pemancar, tak sampai 1 km. Oleh itu bandwidth utilization boleh jadi sangat tinggi, menghampiri bandwidth pakej bradband yang dilanggan. Bagi tujuan ini aku pakai  gadget Windows 7, Wired Network Meter.

Tarikh : 25/5/2011


Bandwidth penuh kira-kira 1.75Mbs dicapai semasa permulaan download, kemudian bandwidth jatuh dan kekal sekitar 800kbps. Pakej broadband Internet dilanggan adalah 2Mbps.

Tarikh : 3/6/2011



mula Lepas download pertama selesai, download lagi. Corak graf bandwidth hampir sama. Corak bandwidth limit di siang hari agak sukar dilihat, tetapi ia masih mempunyai corak tertentu. Bandwith kena cantas.

Tarikh : 5/6/2011
Kali ini menonton video anime pada video hosting bukan Youtube, bukan servis hosting video biasa. Tak nak bagi tau, nanti kena bandwidth limit plak.

Wah! Bandwidth hampir penuh. Mungkin TMnet akan mengatakan bahawa Youtube yang mengehadkan bandwidth. Mungkin juga Youtube dan bukan salah TMnet … :-? Bagaimana?

Untuk tujuan ini perisian jenis proxy atau hide ip atau Anonymous Surfing dipasang dan run kat komputer. Perisian ini membolehkan kita menyorok laman web yang kita layari daripada ISP. Secara tidak langsung ini juga membolehkan bypass sekatan2 “adil dan saksama” yang dikenakan oleh ISP. Tetapi perlu diingatkan, pelayaran melalui proxy mungkin lebih perlahan daripada talian ISP. Ini bergantung kepada trafik, jarak, polisi hos proxy itu, dan bla, bla, bla …

Analogi pelayaran Internet biasa, semua paket atau trafik rangkaian dikawal oleh ISP berdasarkan polisi penggunaan adil dan juga polisi keselamatan dan juga polisi kerajaan.


Pelayaran menerusi proxy, laluan jauh diambil untuk ke destinasi yang sama. Apa yang dilihat ISP adalah aktiviti ke hos proxy sahaja. Tahap keselamatan boleh ditingkatkan lagi jika komunikasi dengan pelayan proxy disulitkan (encrypted) dan menerusi saluran SSL. Namum ini akan menyebabkan pelayaran Internet menjadi lebih perlahan.

Contoh perisian:

Anda boleh cuba memilih IP secara "try & error", jika talian terlalu perlahan atau laman web tak dapat dicapai, anda boleh tukar IP ke IP lain pada bila2 masa.

Berbalik kepada cerita sekatan bandwidth TMnet, perisian trial 14 hari dipasang bagi tujuan ini. Berikut adalah perbezaan bandwidth dicatatkan apabila IP disorok dan pelayaran melalui proxy.

Tarikh : 8 /6/2011
Bandwidth sekitar 1 Mbps. Bandwidth sekitar 1 Mbps.
Bandwidth sekitar 1 Mbps. Bandwidth sekitar 1 Mbps atau lebih.

Walaupun tidak mencapai bandwidth penuh, bandwidth talian diperoleh adalah lebih baik daripada bandwidth hasil sekatan “fair usage policy”. Iaitu sekitar 1Mbps daripada 2Mbps, berbanding 700kbps hasil sekatan.

Walaupun anda bayar penuh dengan harga yang tinggi, kalau lewat bayar talian kena potong. Kalau talian telefon/Internet terputus sehingga dua minggu akibat masalah teknikal TMnet, tiada pula potongan pada bayaran bil. Alasan bil pertama upgrade line ke BB Deal yang berbelit2, mula cakap lain lepas langgan cakap macam lain pula. Bandwidth yang anda perolehi semasa melayari sesetengah laman web hanya sekitar 40% daripada bandwith yang anda langgan. Ini dinamakan oleh TMnet sebagai “fair usage policy”.

Sebagai perbandingan pakej Internet negara jiran kita, Singapura.
ISP : Singtel
10Mbps Home BroadBand With 1.5Mbps Mobile BroadBand = SGD45 ~ RM110 (TMnet BB Deal 1Mbps [tanpa mobile broadband@wimax])
15Mbps Home BroadBand With 3.6Mbps Mobile BroadBand = SGD53 ~ RM130 (TMnet BB Deal 2Mbps [tanpa mobile broadband@wimax])

Bukankah itu dinamakan sebagai SCAM? Apa nak jadi dengan negara ini, terlalu banyak SCAM? Kat Internet, emel & Facebook, ada macam2 jualan, servis & pelaburan scam. Kat akhbar pun sama, banyak jualan, servis dan juga peluang perkerjaan/ perniagaan/ pinjaman/ pelaburan berbentuk scam. Syarikat2 koporat besar pun banyak main SCAM. Jangan kata TM, yang lain pun sama ...

Waduh … adakah negara ini sudah menjadi negara SCAM? Hu, hu, hu … :-(

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...