Berkongsi pencetak dalam rangkaian - rumah

Pada hari ini sebuah rumah mempunyai lebih daripada sebuah komputer adalah perkara biasa. Komputer2 (termasuk netbook, notebook, ipad, tablet, HP …) di rumah berkongsi talian Internet rumah menerusi akses point atau switch atau router dan modem.
homenet01
Perkongsian sumber sama ada fail dan peranti seperti pencetak (printer) mungkin penting atau mungkin diperlukan. Perkongsian peranti dalam rangkaian dapat menjimatkan kos dan penggunaan peranti itu lebih efisen dan cepat.

Terdapat beberapa kaedah boleh digunakan bagi tujuan ini. Bagi rangkaian rumah, kita hanya membincangkan perkongsian pencetak pada satu komputer sahaja.
Kaedah perkongsian tidak memerlukan peranti khusus atau tambahan. Anda hanya berkongsi sumber rangkaian dalam rangkaian P2P (peer to peer).

Hanya sebuah komputer dalam rangkaian disambungkan ke pencetak menerusi sambungan USB/Parallel Port (LPT). Komputer lain akan cuba mencapai pencetak dikongsikan itu.
homenet02
Sebaikknya anda memiliki CD driver pemasangan printer yang dibekalkan bersama printer itu. Ini penting jika dalam rangkaian anda terdapat komputer berlainan sistem operasian, misalnya ada komputer Windows XP dan ada komputer Windows 7 64bit. Kemungkinan driver yang dimuat turun daripada Internet (walaupun daripada vendor asal) tidak compitable antara satu sama lain. Atau mungkin terdapat bugs yang tidak diselesaikan oleh vendor.

Perkongsian antara Windows 7 x64 dengan Windows XP

Dalam contoh ini komputer Windows 7 adalah komputer utama yang dilengkapi printer dan printer itu akan dikongsikan dengan komputer Windows XP/Vista.
Tetapan Perkongsian
  1. Langkah pertama pastikan semua nod(komputer) dalam rangkaian berada dalam workgroup yang sama dengan Windows 7. Sila semak properti komputer anda, iaitu Control Panel\System and Security\System (right click pada Computer di menu Start, dan klik Properties di menu popup). Catatan: Fitur HomeGroup Windows 7 tidak begitu serasi dengan Windows XP/Vista.
homenet03 ATAU homenet04
  1. Pergi ke Network and Sharing Center,
homenet05
  1. Klik menu Change advanced sharing settings.
homenet06
  1. Sila sahkan tetapan seperti berikut, tukar tetapan jika perlu mengikut tetapan di bawah.
homenet07
  1. Pengguna dari komputer lain perlu log masuk ke komputer yang dikongsi menggunakan akaun dan kata laluan salah satu akaun pengguna yang terdapat di komputer pencetak yang dikongsi. Cara ini lebih selamat untuk keselamatan komputer yang berkongsi fail dan juga pencetak.
  2. Buka Windows Explorer atau klik Computer di menu Start Windows, klik dahan Network di bahagian kiri tetingkap. Semua komputer dalam Workgroup yang sama akan disenaraikan.
homenet08
Berkongsi pencetak
Langkah seterusnya adalah berkongsi pencetak di komputer Windows 7. Jika anda tidak mempunyai CD driver printer, sila muat turun driver printer untuk Windows 7 dan juga driver untuk Windows XP/Vista. Cari guna Google dengan keyword “<nama printer dan model> driver download”. Anda juga boleh terus memuat turun driver dari laman web pembuat printer anda.
  1. Klik menu Start Windows di taskbar, dan kemudian klik Devices and Printers.
  2. Senarai peranti dan pencetak di komuter itu akan disenaraikan.
homenet09
  1. Dwi klik printer yang akan dikongsikan.
  2. Klik Customize your printer.
homenet10
  1. Dalam dialog properties printer itu, klik tab Sharing. Tandakan petak Sharing this printer.
homenet11
  1. Klik Additional Drivers… untuk memasukkan driver bagi Windows XP/Vista pula.
  2. Tandakan petak x86 dan klik OK, anda akan diminta menyatakan folder bagi driver printer x86 itu pula. Setup akan menyalin driver bagi XP, oleh itu ini akan memudahkan komputer XP dihubungkan dengan komuter Windows 7 itu.
homenet12
  1. Perhatikan, printer ini disenaraikan dalam komputer Windows 7 itu.
homenet13
Menghubungkan PC ke printer yang dikongsi
Dalam contoh ini kita menggunakan komputer klien Windows XP.
  1. Di komputer Windows XP, klik menu Start Windows di taskbar.
  2. Klik menu My Network Place. Dalam tingkap My Network Place klik View Workgroup Computers.
homenet14
  1. Dwi klik ikon komputer Windows 7 (berkongsi printer) itu.
homenet15
  1. Sekarang dwi klik ikon printer yang dikongsikan. Mesej Connect to printer akan dipaparkan. Klik OK.
homenet16
  1. Selepas sambungan berjaya dibuat. Printer dikongsi itu akan ditambah ke komputer Windows XP ini sebagai pencetak rangkaian. Anda boleh semak semula dengan klik menu Start di komputer Windows XP itu dan klik menu Printers and Faxes.
homenet17

Panduan ini hanya konsep asas sahaja, mungkin terdapat kelainan dengan komputer anda. ATAU mungkin juga perkongsian printer gagal dilakukan. Macam dalam kes aku, aku ada masalah dengan driver printer Canon Pixma ip1880 untuk Windows XP (Windows 7 tak dapat detect fail driver printer, dalam fail2 driver yang dimuat turun dari web Canon). Sad smile

Perkongsian printer Windows 7 dengan Windows 7

Perkongsian ini lebih mudah dilakukan. Tetapkan printer supaya dikongsikan, dan kemudian di komuter klien, hubungi printer itu yang dikongsikan itu. Network printer akan ditetapkan di komputer klien. Konsepnya hampir sama.

Selamat Mencuba


Karya IT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Windows 7 : perbezaan antara versi-versi

Alamat IP Private vs IP Public

Resolusi dan saiz gambar digital