Masalah virus komputer, Windows tak stabil atau komputer tak boleh start?

Jika komputer suatu komputer diserang oleh virus komputer, komputer itu mungkin menghadapi masalah ketakstabilan, menjadi perlahan, penggunaan resource tinggi, beberapa program biasa berhenti berfungsi secara normal, masalah yang tak dapat dikenal pasti kerana kelakuan luar jangka dan sebagainya. Masalah mungkin lebih serius jika Windows langsung tak boleh start, mungkin blue screen atau hang selepas logon dan sebagainya. Perisian antivirus mungkin gagal dipasang atau dilarikan jika virus telah menyerang teruk fail2 sistem. Bagi mengatasi masalah ini, kita perlu kaedah alternatif untuk mengimbas virus tanpa kehadiran virus di dalam memori walaupun komputer itu telah dijangkiti. Salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan virus removal tool dan satu lagi boot komputer menggunakan rescue disk antivirus.